Malaysia Tanah Airku....

Makan-makan di Sabah - Sabah siri 4



Makanan bagi sesuatu kaum merupakan identiti dan pengenalan bagi sesuatu kaum. Terdapat banyak jenis makanan dalam masyarakat Kadazandusun di Sabah. Biasanya kita dapat melihat pelbagai jenis hidangan ini di musim perayaan seperti Pesta Kaamatan yang dirayakan setiap tahun iaitu 30 dan 31 Mei.

Sesungguhnya makanan tradisional bagi kaum Kadazandusun ini amat berbeza dari kaum yang lain terdapat di negeri Sabah. Selain makanan ini lazat, sudah tentu ianya juga mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazandusun ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi Kaum Kadazandusun.

Saya sempat mencatatkan beberapa jenis makanan tradisi, kuih muih, keropok dan minuman yang disediakan semasa pesta keamatan tempoh hari, antaranya :

Nasi daun tarap - Daun tarap juga dkenali dengan nama "daun timadang". Orang Kadazan Dusun secara tradisinya menggunakan daun tarap untuk membungkus nasi. Nasi yang dibungkus ini dipanggil "linopot" yang bermaksud bungkusan. Nasi yang dibungkus menggunakan daun tarap berbau harum dan enak dimakan. Selain untuk membungkus nasi, linopot kadangkala mengandungi nasi yang sudah digaul dengan gu'ol (keladi), tawadak (labu manis), mundok (ubikayu) atau kasou (keledek).

Linopot, Nasi daun tarap
Pokok, buah dan daun tarap



Hinava - Ini merupakan makanan kegemaran saya, Hinava merupakan makanan yang paling popular di kalangan kaum Kadazandusun. Bahan yang diperlukan untuk penyediaan makanan ini ialah Isi ikan mentah ( biasanya menggunakan ikan tenggiri ) dihiris halus, biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan garam. Isi ikan yang mentah hanya dimasak menggunakan perahan jus limau samada menggunakan limau nipis ataupun limau kasturi (ala-ala shushi). Boleh juga menggantikannya dengan sotong dan udang.......

Hinava

Noonsom - merupakan makanan dari jenis yang dijeruk, terdapat beberapa jenis Noonsum antaranya :

Noonsom Sada - makanan ini menggunakan isi ikan selalunya menggunakan jenis ikan air tawar, yang dibersihkan lalu dijeruk bersama isi buah Pangi yang ditumbuk, nasi dan garam. Biasanya ia dijeruk di dalam botol atau tajau kecil selama sepuloh hinga ke dua belas hari, baru boleh dimakan. Oleh kerana saya tidak berjumpa dengan makanan ini, maka tiada gambar yang boleh ditunjukkan......

Noonsom Bambangan - Ini merupakan makanan kegemaran isteri saya, ( saya tidak mampu untuk makan ....;-)). Selalunya isteri saya memesan buah bambangan ini dari keluarganya di sabah dan diposkan ke Semenanjung.....Isi Buah Bambangan akan dihiris dan dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut berserta garam secukup rasa. Apabila kesemua bahan dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol atau tajau kecil dan biarkan selama seminggu sebelum dimakan.


Noonsom Bambangan

Noonsom Tuhau - Tuhau ini adalah sejenis tumbuhan. Isi tuhau akan dihiris halus atau ditumbuk, kemudian direndam didalam perahan jus air limau nipis atau cuka lalu dijeruk dengan garam dan cili merah selama seminit sebelum dihidangkan. Lagi sedap kalau ditambah dengan udang kering.


Noonsom Tuhau

Keropok Amplang - Keropok Pelang-Pelang atau Keropok Amplang adalah keropok buatan tempatan. Biasanya ia berperisa udang dan ikan.


Keropok Amplang

Kuih Cincin - diperbuat dari tepung yang isinya menggunakan kacang. Disebabkan ia berbentuk bulat-bulat seperti cincin ia dipanggil kuih 'Cincin'. Kuih Cincin amat popular dikalangan penduduk Pantai Barat Sabah dan Brunai. Dan ia merupakan kuih yang mempunyai permintaan yang tinggi dari pemesan-pemesan dari Semenanjung.... ;-)


Kuih Cincin

Kuih Penjaram - Terdapat dua jenis kuih penjaram yang popular iaitu yang berwarna coklat dan hijau. Kuih penjaram dibuat dari tepung beras, dimana yang berwarna hijau itu berperisa pandan.


Kuih Penjaram

Kueh Jala - Ia bukanlah sejenis roti jala, tetapi sejenis makanan rangup, yang diperbuat dari tepung, gula merah, garam dan air. Kemudian adunan tersebut dituang melalui sabut kelapa yang telah ditebuk lubang-lubang kecil padanya dan dihalakan kedalam kuali yang panas. Dengan skil tersendiri, yang perlu dipelajari, maka terhasillah jaringan halus seumpama jaring jala yang cantik......


Kuih Jala

Kinomulok - Amalan meminum minuman arak sudah dianggap kebiasaan bagi masyarakat kadazandusun, malah sudah menjadi adat yang diterima pakai dalam masyarakat di Sabah. Terdapat berbagai jenis arak tradisonal yang dibuat oleh masyarakat kadazan seperti air tapai, air lihing, air linutau, air bahar, air tuak, air kinomulok dan banyak lagi. Tetapi yang saya jumpai semasa bercutian tempoh hari ialah kinomulok, sejenis air tapai manis, yang dibuat dari nasi, buah pangi dan ragi yang diperam dan air bahar yang dibuat dari peraman air kelapa.

Aksi meminum kinomulok
Aksi dari si Bobby, sedang meminum kinomulok - Gambar pinjam ;-)

Buah pangi


Ikan lolong merah - Ikan ini memang sedap bila dibakar. Ia juga dikenali dengan nama Ikan uji Rashid lihat sahaja matanya, sudah cukup menggambarkan kenapa ia dipanggil begitu... ;-)

ikan Uji Rashid

Anak ikan segar - Pada mulanya saya agak terperanjat, kerana inilah pertama kali saya melihat masakan yang terdiri dari anak-anak ikan segar (kalau ikan bilis tu biasa). Mula-mula saya agak ragu untuk merasanya, tetapi akhirnya akur, bahawa anak-anak ikan yang direbus dengan bawang ini, memang sedap dimakan....


Anak ikan rebus

Akan datang : Tugu Tun Fuad Stephen

Berkaitan :
Tenghilan ketika dahulu -Sabah siri 3
Dusun Kadazandusun-siri Sabah 2
Susur ke Poring Ranau-siri Sabah 1


p/s: Sebenarnya banyak lagi bahan makanan yang saya jumpa, tetapi tidak dapat saya ceritakan kerana kekurangan maklumat serta gambar. Mungkin saya akan usahakan bila kesana lagi.....

6 comments:

Mak Su said...

kuih jala tu saya suka, bila makan jer, trus berderaiii

iEn said...

pernah rasa semua dah?? sedap x?

arsaili said...

hinava tu ala2 umai di sarawak...principle dia la...ikan/udang mentah di masak dgn perahaan jus limau

de_kerinchi said...

salam maksu,

betul kuih tu memeang berderai....sedap pula...

salam ien,

saya dah rasa masakan tersebut kecuali yanhg haram..


salam arsaili,

betul tu dia ala2 umai.....yang dimasak hanya menggunakan perahan jus limau....

ladymariah said...

nyam. nyam.nyam... mengalir air liur :P~

eLLa said...

thumbs up.. !

Blog Widget by LinkWithin