Malaysia Tanah Airku....

June 04, 2008

SMS Maut versi Kaamatan...



Salam kepada pembaca, saya baru pulang bercuti dari Sabah bersama keluarga. Banyak kenangan manis semasa disana. Kebetulan kepulangan saya bersamaan dengan sambutan pesta "kaamatan", membuatkan diari percutian saya bagaikan penuh dan banyak tempat yang tidak sempat dilawati. Dan saya akan cuba menulis tentang beberapa perkara menarik sepanjang percutian saya di Sabah termasuk, tentang politik semasa dikalangan penduduk Sabah.

Untuk Permulaan, saya ingin menulis tentang SMS maut versi "Kaamatan"... sebagai hiburan bersama... ;-)

SMS versi Dusun:

"Hati-hati jika menerima SMS/Panggilan no awal 001 berwarna hitam macam "stout"(minuman keras, dan kemudian bertukar warna merah macam warna "bahar"(sejenis minuman keras yang diperbuat dari nira kelapa), harap jangan dilayan, kerana sekumpulan orang dusun sedang menguji kekuatan minuman tradisional mereka, melalui SMS, jika dilayan, mulut akan berbuih kerana terlalu "sinum"(teringin minum) lalu mabuk sampai, kalapik (terlalu mabuk)!!... kotobian tadau kaamatan ( Selamat pesta menuai)...Alamak terlebih sudah....."

p/s: Terima kasih kepada kaum keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan jiran sekampung atas layanan mesra, sepanjang percutian tempoh hari..... kotobian tadau kaamatan

5 comments:

arsaili said...

salam...sdr org sabah ker atau orang umah org sabah atau kedua2nya orang sabah bah..eheehee

Mak Su said...

yg ujung tu tambah sendiri ker? (alamak, terlebih sudah)

de_kerinchi said...

salam arsaili,

orang rumah saya orang sabah, saya menumpang jer...hehehe


salam maksu

ujung tu includes sekali, terlajak sebaba dah mabuk...hihi

ritaemilia said...

wah seronok bercuti di Sabah ker...ada ole-ole ker...

Anonymous said...

hahahahha. sms ini popular di sabah sepanjang kaamatan. istimewa untuk 'logop' yang di KDCA. hahahaha.

Blog Widget by LinkWithin