Malaysia Tanah Airku....

May 24, 2008

Iklaskah kita...?

Datuk Shahrir Abdul Samad, semalam menegaskan, Tun Dr Mahathir Mohamad kini tidak mempunyai hak mengkritik Umno selepas bertindak keluar daripada parti itu.

Kalau begitu ahli UMNO juga tiada hak untuk mengkritik Tun, PKR, PAS, DAP dan parti-parti lain . Apakah bodoh kenyataan Shahrir ini, bagaikan mengikut perasaan. Maka bagaimanakah negara Malaysia hendak mengamalkan ketelusan kalau tidak boleh dikritik. Lepas ini jangan ada lagi kenyataan akhbar dan media yang menyerang dan mengkritik parti-parti lawan di dada-dada akhbar pro kerajaan... bolehkah.... ;-)

"Beliau tidak boleh mengatakan saya menteri yang tidak baik (dalam melaksanakan tugas sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dalam Kabinet Dr Mahathir). Beliau mungkin tidak suka cara saya, tetapi ia digemari rakyat," kata Datuk Shahrir Abdul Samad.

Perasan sungguh menteri ini. Agaknya bila masanya Datuk Shahrir Abdul Samad membuat pungutan suara yang mengatakan tindak-tanduk beliau digemari rakyat. Agaknya sebab itulah BN menang bergaya dalam PRU lepas (menurut Paklah), sebab semuanya terlena dengan anganan kosong, yang kononnya BN itu masih digemari rakyat.

Pergerakan Wanita Umno menganggap tindakan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad keluar parti seperti orang yang hanya pandai bercakap tetapi tidak tahu menunaikan tanggungjawabnya.

Agaknya sebab Tun hanya pandai cakaplah, beliau berjaya memacu Malaysia kearah kecemerlangan. Lagi satu kenyatan yang amat bodoh dan memalukan...Satu soalan saya, adakah segala pengiktirafan yang dimiliki sepanjang pemerintahan Tun selaam 22 tahun, itu bukan satu tanggungjawab?. Adakah selama Tun, menjadi ahli UMNO, kesetiaan beliau ditahap meragukan? Adakah jasa wanita UMNO terutama Datuk Seri Rafidah Aziz setading dengan jasa Tun? Saya masih teringat suatu peristiwa seorang menteri wanita yang meluru, menangis konon dok membodek TUN supaya jangan turun dari tahta presiden UMNO sedikit masa lalu, sungguh baik lakonan itu......tahniah Datuk Seri Rafidah Aziz yang tidak setia....

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz hari ini menyelar ahli-ahli yang bersikap hipokrit sehingga menyebabkan parti itu berterusan dilanda pelbagai kemelut.Menurut Rafidah, sikap ’yes boss’ anggota parti yang mengiakan setiap keputusan dan kata-kata pemimpin walaupun mereka sebenarnya tidak sependapat, menyumbang kepada masalah yang bertimpa-timpa dihadapi parti ketika ini.

Datuk Seri Rafidah Aziz, sebenarnya bercakap tentang siapa? Bukankah yang mengamalkan sikap ’Yes Boss’ itu kebanyakannya terdiri dari taikun-taikun parti. Siapalah kami, ahli picisan yang nama dalam laporan bahagian pun bila-bila masa boleh dieja tunggang-langgang, kalau hendak dibandingkan dengan suara veto si pemegang "title" taikun parti. Tetapi kenyataannya, disebabkan sikap "No Boss" lah, yang menyebabkan ramai rakyat terutamanya ahli UMNO memboikot undi dalam PRU yang lalu. Dan disebabkan sikap "Yes Boss", taikun-taikun partilah yang melenakan jentera parti dengan mimpi-mimpi indah. Hinggakan Paklah sampai sekarang ini masih lagi lena diulit mimpi, kononnya beliau masih dikelilingi penyokong "I luv Paklah".

Datuk Seri Rafidah Aziz: Tidak patutlah kalau nak salahkan presiden semata-mata sehingga suruh dia letak jawatan. Ahli UMNO ni ramai yang hipokrit, sebab itulah nakhoda tidak tahu mana nak pergi, dia ingat semua nak pergi satu tempat kerana di depan mereka kata ya, tak pernah ditegur, tapi belakang pula kata lain.

Dalam keadaan sekarang ini rasanya sang nakhoda lebih berkuasa, lebih tamak dan lebih perasan sebabnya, menteri-menteri yang dikelilingnya dok ampu dengan cerita yang sedap-sedap sahaja. Kenapa pula nak disalahkan ahli UMNO pula, adakah ahli UMNO ni yang dok berbisik kak telinga Paklah, "Wahai Paklah ku, kami memang sayang Paklah". Siapa kata tak pernah tegur, bila dahulu Tun yang merupakan ahli UMNO tersohor, bersuara menentang arus pun mudah "diban", inikan pula kami ahli tercorot. Sudah pastilah suara tentangan kami siang-siang lagi sudah dicantas, silap haribulan keahlian kami bakal tak termasuk dalam pakej yuran ketua cawangan, akai ada ka....?

Rafidah berkata, pelbagai kemelut yang berlaku dalam UMNO kini memberi isyarat kepada anggotanya bahawa sudah tiba masanya mereka berubah dan lebih ikhlas dan berani dalam perjuangan.

Isyarat sudah lama diberi, tapi ramai yang tak sedar-sedar. Kononnya hendak buat perubahan, dari dalam, tapi baru sedikit kritikan sudah mahu melenting dan disekat, ini apa cerita. Bila Tun berani buat kritikan, bolehlah pula si menteri-menteri pembodek kata, "janganlah dok kutuk dan presure PakLah, kesian PakLah tu".... Ikhlas apa namanya tu.... Jenis perubahan apakah yang cuba Rafidah katakan? Janganlah dok berbelit-belit, nanti lagi ramai ahli UMNO yang dok berpinar mata, hendak pangkah undi........

Rafidah kata bagaimanapun, kita tidak bimbang anggota UMNO akan ikut keluar parti kerana mereka setia kepada UMNO

Lagi sekali sikap ego, terlebih yakin akan memakan diri. Jangan dok percaya dengan sejarah kehebatan lalu, kelak UMNO juga yang rugi. Jangan ingat ahli UMNO yang tak keluar parti ini, menunjukkan mereka setia. Sebab api dalam sekam lebih bahaya dari api yang dok menyala dekat 'lighter". Semuanya dah terbukti dalam PRU lepas, takkan tak faham-faham...masih lenakah anda wahai Rafidah....

p/s: bercakap pun, persis orang yang mamai....

4 comments:

USD said...

Sy stuju ngan D.Sharir Samad:
1. TunM x hak nak kritik Umno coz dia bukn ahli Umno. nak kritik kerajaan silakan sbg rakyat, mcm jg ahli pkr, pas, dap.

2. D.sharir samad dsokong rakyat, ya la coz dia menang pilihanraya di kawasan dia. kawasan lain x suka, no hal la, sbb sistem p/raya kita mcm tu.

Salam

Mak Su said...

mcm2 peel dalam politik ni ya

de_kerinchi said...

salam ustaz said,

1) sedangkan ahli UMNO pun xboleh kritik UMNO inikan orang luar....jadi apa bezanya dok dalam dan luar UMNO...UMNO tu parti individukah...? sendiri mahu ingatlah

2)sharir memang disokong orang dikawasannya, tapi sebagai pemimpin dia perlu juga faham dengan lain-lain pendapat di seluruh Malaysia...kalau xmahu dengar cubalah bergerak sendiri dalam kasana parlimen beliau, tanpa ambil endah kawaan lain...lagipun jawatanpun menteri kan..jadi dia mewakili suara kerajaan kepada seluruh rakyat malaysia, dan bukannya kawasan parlimen beliau sahaja....


salam maksu,

Politik memang xboleh percaya....harini cakap lain esok cakap lain..jadi berhati-hatilah....

Anonymous said...

Terima kasih untuk blog yang menarik

Blog Widget by LinkWithin