Malaysia Tanah Airku....

March 10, 2008

Paklah, Cukuplah ...!!!



Seperti dijangkakan saingan adalah amat sengit dalam PRU ke 12 kali ini. Ini terbukti apabila Barisan Nasional banyak kehilangan kerusi di DUN dan Parlimen. Malah kehilangan negeri P. Pinang, Perak dan Selangor, membuktikan bahawa bertapa benci nya rakyat kepada perintahan PakLah sekarang ini.

Desas-desus kebencian kepada Paklah sudah kedengaran sebelum pilihanraya lagi. Malangnya ia tidak pernah diambil endah oleh PM Malaysia yang satu ini. Malah dengan ego nya terus-menerus mendabik dada dengan idielogi islam hadhari yang entah apa motifnya itu. Malah kewujudan projek wilayah koridor yang bermacam-macam itu juga amat diragui keberkesanan nya.

Dalam piihanraya kali ini terasa amat perit bahang nya. dalam tempoh dua minggu, kempen berjalan saya sudah mendapat beberapa reaksi negatif mengenai pemerintahan Paklah dari penduduk sekitar. Malah ada ketika nya, untuk menggantung gambar Paklah pun menjadi kemarahan dan kebencian segelintir penduduk, dan sebagai jalan tengah, maka poster dan bunting yang mempunyai gambar Paklah diturunkan dan dikurangkan......lihatlah apa sudah jadi...! Memandang muka Paklah pun orang tak mahu.

Dengan keputusan dan prestasi amat buruk ini, menyebabkan Paklah tersenarai sebagai pemimpin yang memegang rekod sebagai manusia ego pertama yang menjadi titik mula kemusnahan Barisan Nasional, Pakah harus berani dan bertanggungjawab di dalam hal ini..beliau harus turun dari tahtanya...! Kalau tidak Barisan Nasional akan terus menuju musim muram nya. Ramai pendukung BN sekarang ini sudah berbelah bahagi prinsip nya, dan tidak hairan mereka akan bertukar ideologi politik nya kelak. Jadi kalau Paklah fikirkan parti, melebihi nafsu diri sendiri, maka silalah turun dari tampok pemerintahan....

Kehilangan negeri-negeri penting seperti Selangor, Perak dan P.Pinang amat tidak disangka-sangka, malah amat perit dan sukar diterima samasekali. Tindakan Khairy Jamaluddin a.k.a. Pemuda UMNO Malaysia yang tiba-tiba berselera hendak menawan Kelantan, amat menjengkelkan sekali. Sikap beliau yang membabi buta, rakus dan tidak matang menyebabkan bukan sahaja Barisan Nasional tidak dapat memiliki Kelantan, malah kehilangan beberapa negeri yang penting. Sepatutnya Barisan Nasioanal harus lebih fokus dalam segala tindakan, bukan nya bergantung kepada perasaan atau kepercayaan karut yang dah lapok (konon nya rakyat suka). Slogan beliau ‘Pade Doh!’ yang bermaksud ‘Cukuplah’ itu memang sesuai untuk pemerintahan PakLah, dan bukannya untuk kepimpinan Kelantan.... sendiri mahu ingatlah....

Barisan Nasional dibawah teraju Paklah, menyebabkan ikatan kepartian menjadi longgar. Syak wasangka, sering wujud dalam benak penyokong-peyokong BN. Malah kewujudan team A dan team B malah team C dan Team D amat jelas mencorakkan perjalanan parti kali ini. Bukti amat jelas, dalam MCA pun ada perpecahan, Team A dan team B masih dalam pegangan mereka, kata orang, perletakan jawatan Datuk Seri Chan Kong Choy juga bersangkutan dengan masalah parti dan sebagai jalan tengah masalah kesihatan menjadi alasan bernas beliau. Bagi MIC pula, belum reda lagi dengan masalah Hindraf, timbul pula sikap ego Dato' Seri S. Samy Vellu, yang mengangap beliau masih popular dikalangan penyokong (sama juga dengan Paklah), malah beliau sangup mengeluarkan kenyataan syok sendiri semasa menyanggah kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohammad, iaitu "orang amat suka beliau menjadi pemimpin", dan kini kenyataan nya beliau telah tersungkur ditangan pegundi beliau sendiri dan kata-kata tersebut layak dilemparkan kembali kemuka beliau.

Sedarlah Paklah kebencian kepada kepimpinan Paklah dan segelintir pengikut-pegikutnya telah mengheret bukan sahaja kehilangan undi dan sokongan dikalangan rakyat pegundi malah dikalangan pimpinan Barisan Nasional itu sendiri. Rakyat pegundi telah amat jemu dengan isu-isu yang menghimpit sekarang ini, mereka jemu dengan pimpinan Paklah yang statik, tak stabil, dan celaru. Malah bagi diri saya, Paklah bukanlah pemimpin idola yang boleh dibanggakan, Paklah hanya layak duduk di kerusi kepimpinan bahagian. Dengan gaya ucapan yang membosankan, hambar dan tidak ada visi dan misi, memburukan lagi keadaan. Dengan jujur saya mengaku saya tidak pernah mahu mendengar ucapan Paklah sejak dari dahulu lagi, telinga saya menjadi sakit dan tidak serasi dengan suara beliau. Malah penentangan dan pemberontakan saya kepada kepimpinan beliau sering dinyatakan dihadapan pimpinan parti. bagi saya benar tetap benar, kalau hendak pecat pun pecat lah, saya tak sanggup membohongi diri.

Dahulu saya tidak faham apakah niat nya kesetiaan pendukung-pendukung Paklah, hingga sanggup mengeluarkan kata-kata kurang ajar kepada mantan PM, Tun Dr. Mahathir Mohammad, mereka seolah-olah menjadi bak burung terkukur mengangguk dan membenarkan apa sahaja yang tuan mereka suruh. Tapi kini saya tahu, mereka ini hanya menjadi pendukung ikut-ikutan, bagi mereka siapa sahaja yang duduk dikerusi PM, itu lah yang mereka jungjung, tapi kini apabila sudah tahu bertapa peritnya berada dibawah kepimpinan Paklah, mereka mula sedar bahawa mereka harus menggunakan akal dan fikiran dan bukannya sokongan membabi-buta. Kini, kenyataan yang saya nampak semakin ramai juga pendukung-pendukung yang konon nya dulu amat setia kepada Paklah sudah menjadi burung gagak, bersungut dan mengomel secara riuh rendah tanpa takut dan bimbang mula meluahkankan perasaan tak selesa terhadap pemerintahan Paklah .......

Satu lagi teka-teki yang timbul, siapakah muka-muka baru yang akan menggantikan menteri-menteri yang tersungkur dalam pilihan raya ini. Memandangkan ramai jagoan dan muka-muka besar pimpinan BN telah tewas, maka pilihan adalah amat terhad bagi PakLah....dan kemungkinan besar Khairi Jamaluddin mungkin tersenarai dalam chai Paklah..!!!...

Bagi saya , untuk membetulkan keadaan ini, satu gerak besar-besaran harus dilakukan, protes dan undi tidak percaya harus dilakukan kepada kepimpinan Paklah. Paklah harus disingkirkan, jika beliau tdak mahu berundur secara terhormat.

Sepatutnya Paklah harus sedar, segala apa yang dimaksudkan dan disuarakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad telah menjadi kenyataan. Paklah seharusnya mendengar nasihat Tun Dr. Mahathir Mohammad yang lebih dahulu makan garam dari beliau. Walau kini sudah terlambat untuk menarik balik undi-undi rakyat, beliau masih boleh mendengar nasihat Tun Dr. Mahathir Mohammad yang satu ini...... "Paklah silalah berundur.....!!!!!".

p/s: Sekali lagi ingin dinyatakan..Paklah silalah berundur, Cukuplah..!!!!.

20 comments:

Anonymous said...

Salam sheih dekerinchi,

Benar sekali. Kalau kejayaan BN pada 2004 adalah kerana faktor Pak Lah. Kekalahan BN pada kali ini juga adalah kerana faktor Pak Lah. Beliau perlu bertanggungjawab dan berundur. Tapi... dasar tak sedar diri, sama macam Samy Vellu, dah kalah baru tahu!

Apa pun, samaada rakyat menang atau tidak, bergantung kepada apa yang akan dilakukan oleh mereka yang menang selepas ini. Kalau banyak memberi manfaat kepada rakyat, ertinya rakyat telah menang. Alhamdulillah.

blackpurple @ jowopinter said...

Kalau tak mahu berundur juga tak tahuLAH, apa lagi nak kata. Nak tunggu PRU13, dia jadi macam menteri yang semi value itu agaknya.

Anonymous said...

apa yang diperkatakan tu semua hanya bebelan saudara yang tidak mempunyai bukti kukuh... BN jatuh pada PRU12 tapi tak bermaksud akan jatuh selamanya... kita kena ingat, kita takkan berada di atas selamanya...satu masa nanti pasti kita akan berada di bawah semula... inilah yg terjadi pada BN...

aku masih setia pada BN... walaupun ada mengatakan berlakunya bnyk penyelewengan dalam parti, aku takkan berganjak daripada BN... aku akan baiki mana yang kurang... aku akan perbetulkan kembali BN... aku bukannya pengecut macam kebanyakan orang... bila parti ada masalah, terus keluar join pembangkang...

Pak Lah masih relevan... Pak Lah masih diperlukan... Pak Lah TAK KAN BERUNDUR... dan aku akan menyokong Pak Lah...

apa yang perlu Pak Lah buat adalah perbaiki segala kelemahan yang ada... menstruktur semula strategi parti... kurangkan projek komersial, perbanyakkan projek untuk rakyat...

ingatlah saudara, BN AKAN KEMBALI TEGUH... BN AKAN KEMBALI KUKUH... BN AKAN KEMBALI BERKUASA... dan saudara pasti akan kembali kepada BN...

Hasrul Halid said...

kalau dah dasar bongok, bongkak dan bangang (3B) maka pastinya dia akan KEKAL sebagai PM, ya.. PM paling 'tak menguntungkan' dalam sejarah MALAYSIA!

Anonymous said...

Wah wah. Emo betul aku nampak. Haha.

de_kerinchi said...

salam mudin,

ya sepatutnya pemimpin mendengar keluh kesah rakyat, tanpa melihat kepentingan dirir sendiri.

salam wak,

Malangnya di Malaysia lebih ramai hendak mempertahankan jawatan, dari mengaku kesilapan sendiri..

Salam saudara zuhaidi,

Saya berminat untuk menjawab komen saudara secara berasingan...


salam saudara hasrul,

Emmm...saya rasa paklah akan mempertahankan jawatan nya..apa boleh buat kalau tak faham-faham juga...

salam pembebel,

memang tengah emo..hhuuu...kita akar umbi bekerja bagai nak mati, bersengkang mata, bertungkus lumus tapi hasilnya...membosankan....lagi benci lihat para pembodek membutakan mata memekakkan telinga, seolah-olah takada apa yang berlaku....

de_kerinchi said...

Salam saudara zuhaidi,semoga dirahmati Allah s.w.t.

Terpulang apa jua anggapan saudara, ingin menganggap ini sebagai bebelan atau sekadar karutan atau carutan, bagi saya itulah kebenaran...Allah s.w.t. itu tahu segalanya.. ... apa yang saya perkatakan itu benar... tak perlulah saya nak mengheret orang-orang kampong tu, nak membukitkan bahawa cakap saya ini benar, biar saya tanggung sendiri...

Saya dah ramai jumpa orang macam saudara konon nya setia pada parti.. silalah turun padang…..minumlah kopi di warung-warung…pergilah duduk di pasar-pasar malam….cubalah sesekali naik bas dan LRT..berbual dari hati ke hati bukan dengan ke egoan diri sendiri….tanyalah petugas-petugas parti yang bersengkang mata, memastikan kejayaan parti, apa kata orang kampung yang mereka temui….? Saya rasa saudara tak mampu untuk berjumpa dengan semua orang…maka itulah gunanya laporan dari setiap peringkat akar umbi…supaya saudara tak bekerja seorang diri….

Saya rasa saudara hanya berkata ikut perasaan, kalau tidak, masakan saudara menulis tanpa membaca sepenuhnya tulisan saya...saya rasa tidak pernahpun saya mengeluarkan kenyataan keluar dari BN...ternyata saudara juga membebel secara semberono dan memfitnah saya..walaubagaimanapun saya maafkan saudara semoga saudara sedar akan kesilapan diri sendiri...

Konon nya saudara, ingin membaiki parti dari dalam, tapi benarkah begitu? Bukti yang paling jelas, baru saya nyatakan apa yang telah berlaku diperingkat akar umbi, saudara dah mengatakan saya membebel...takkanlah saya hendak berceritakan yang sedap-sedap sahaja pasal kepimpinan dan menyembunyikan segala yang tak sedap didengar..? adilkah begitu…?

Kalau semuanya sedap-sedap belaka , takpayahlah kita nak betulkan apa-apa…saudara sengaja membutakan mata dan memekakkan telinga...sepatutnya saudara mencari cara bagaimana hendak mengubah dan membaiki tanggapan tersebut kepada perkara yang lebih positif...

Saya baru sahaja menerima arahan untuk mengumpulkan maklumat, mengenai keluh kesah pegundi setempat….untuk dimajukan kepada kepimpinan parti untuk dibuat post moterm…. Apa pula tugas saudara…? Menyokong….? Menyokong? Dan Menyokong…? Takpalah teruskanlah sokongan saudara…kerana itu hak saudara..dan saudara juga harus menghormati hak bersuara saya sebagai ahli parti….Salahkah saya meluahkan apa yang dirasa..? sedangkan saya juga ahli parti…? Jadi carilah jalan untuk membetulkan keadaan…. Kalau malas nak buat kerja… pecat sahaja saya dari parti…itukan satu jalan singkat yang mudah untuk mengurangkan sokongan kepada parti…

Tepuk dada tanya selera…..Sesunggunya Allah s.w.t. itu tahu apa yang berlaku…dan ingatlah segala perbuatan kita akan ditanya di akhirat kelak…sesungguh nya semua ini benar dan bukan sekadar bebelan…..

Anonymous said...

izinkan aku menjawab kembali...

aku tak menuduh saudara... aku tak tau samada saudara ahli parti BN ataupun tidak.. dan jika ya, insyaAllah satu hari nanti mungkin kita akan berjumpa...

aku tak menuduh saudara menyebarkan fitnah tapi apa yang ingin aku perkatakan adalah apa yang saudara katakan tidak mempunyai bukti yang kukuh... sebab itu aku katakan yang saudara hanya beromong kosong sahaja...

kita perlu ingat, tiap ayat yang kita katakan perlulah mempunyai buktinya sekali... bukti tersebut perlulah tepat dan nyata...dan tidak ada perkara yang boleh dipertikaikan terhadap bukti tersebut... bukannya bukti daripada hasil andaian kita sendiri ataupun kata-kata daripada orang lain...

ya, dari dulu aku cuma menyokong dan terus menyokong... tapi tak semua perkara yang Pak Lah buat aku sokong 100%... tapi sapalah aku nak menyampaikan mesej2 aku kepada dia... cuma mengharap ada orang-orang yang boleh bersuara padanya mengatakan bahawa perkara yang dilakukannya tidak betul dan berharap dia akan sedar yang sesetengah perkara yang dia buat adalah tidak tepat...

PRU12 membuktikan strategi BN tidak betul...itu aku akui... apa yang perlu dibuat adalah perbaiki semula mana2 yang tak betul...

jika saudara bukan ahli BN yang mahukan Pak Lah berundur...hm..itu memang lumrah lah... aku pon nakkan anwar berenti bercakap...nakkan lim kit siang mati...nakkan hadi terus bersara...

tapi jika saudara adalah ahli BN yang mendesak Pak Lah supaya berundur, sememangnya tindakan saudara itu tidak tepat sekali... saudara bukanlah seorang ahli BN yang bertanggungjawab... bila dah kalah, jangan menuding jari salahkan orang lain... sampai suruh orang tu berundur...

belajar daripada kesilapan... itu yang penting...

saudara kena fikir juga...kalau Pak Lah digantikan dengan orang lain, kebarangkalian orang itu akan lakukan kesilapan yang sama adalah lebih tinggi... dan ini pastinya lebih teruk...

memang Pak Lah perlu bertanggungjawab atas kekalahan BN...tapi takde la sampai kene berundur mentadbir parti... apa yang perlu Pak Lah buat sekarang nie adalah dengar rintihan orang bawah dan belajar daripada kesilapan... kembalikan semula keyakinan rakyat dan tunjukkan yang dia dah berubah...

rintihan ahli bawahan seperti saudara perlulah Pak Lah dengar... saudara boleh menyatakan kekecewaan saudara pada pucuk pimpinan... aku juga sudi mendengar ketidakpuasan hati saudara terhadap cara pentadbiran parti...dan bersama-sama mencari penyelesaian membaiki keadaan... tapi mengkehendaki pucuk pimpinan berundur atas kekalahan adalah tidak wajar sama sekali dan sememangnya aku tidak setuju...

akhir kata, jika saudara adalah pembangkang,jangan pandai2 suruh Pak Lah berundur...dan jika saudara ahli BN, minta Pak Lah berundur adalah penyelesaian yang tidak tepat...

Anonymous said...

Saya amat kagum dengan perjuangan org UMNO yang benar-benar berjiwa pemimpin. Mereka layak untuk dikekalkan maka beberapa pemimpin kerajaan ini telah diberikan mandat sekali lagi setelah dapat mempertahankan kerusi yang ada.

Namun, Pak Lah patut berundur. Dia ternyata tidak relevan. Kerana nila beberapa titik, bukan susu sebelanga tapi susu di tangki besar pun semuanya rosak.

chafizomie said...

salam
saudara de_kerinchi,
dah lama juga saya menunggu post saudara di blog ini...dengan post2 "sebegini".;p

sebenarnya saya budak mentah yang tidak x apa2 tentang politik malah xtahu apa2 tentang parti... mujur juga saya xsempat mendaftar sebagai pemilih kerana antara parti dan calon, saya tidak tahu hendak memilih yang mana..

andaikata saya seorang pemilih, perlukah saya memilih parti sedangkan saya perlu "X" calon yang saya xsuka? atau saya perlu pejam mata (terhadap calon) dan "X" parti secara membabi-buta??

...saya "budak sekolah" yang xtahu apa2..baru belajar memahami senario politik Malaysia. tapi memang benar...saya xyakin dengan kepimpinan perdana menteri kita.

de_kerinchi said...

Salam saudara Zahidi,

Terima kasih atas keperihatinan saudara, seperti yang saya katakan saudara tidak membaca tulisan saya sepenuhnya….. dari dahulu saya sering mendapat komen-komen terjah sebegini tanpa membaca posting-posting saya yang lepas….dan usaha mengesan siapa saya juga sering dilakukan…

Untuk makluman saya adalah pendukung umno sebelum saya cukup umur lagi, keluarga saya adalah orang umno dari dahulu lagi….malah kalau disebut nama-nama mereka pasti saudara akan kenal….cawangan saya merupakan cawangan yang kukuh dan stabil kerana semua ahli-ahlinya adalah keluarga sendiri…dan penerangan ini cukup benar untuk menyatakan perjuangan keluarga kami dari dahulu hingga kini….kalau tidak kerana BN takkan saya sanggup untuk bercuti hampir dua minggu untuk membantu kempen ini…entah-entah kita memang pernah berjumpa dan bersua muka.. ;-)

Dan sebagai ahli UMNO dan BN saya mempunyai hak untuk bersuara…dan begitu juga saudara…..saya bukan seorang ahli BN yang tidak bertanggung jawab….seperti yang saya katakan, saudara tidak pernah membaca posting-posting saya sebelum nya…membuatkan saudara agak samar-samar mengenai latarbelakang perjuangan saya…Secara kasar nya saya bukan menuding jari dan salahkan orang lain atas sebab kekalahan ini sahaja ...tapi saya telah menunding jari kepada kepimpinan BN sejak sebelum ini lagi…..

Terima kasih kerana sudi mendengar rintihan kami…untuk pengetahuan saudara sejak kepimpinan Paklah bermula , agak ramai rakan-rakan saya menjadi bacul, untuk menyuarakan pendapat atas alasan menjaga “punggung” masing-masing….perkara ini amat berbeza semasa pemerintahan Tun Dr. Mahathir dahulu, tiada sekatan melampau yang menyekat suara bawahan…. Tapi kini untuk menyuarakan sesuatu yang agak menjengkelkan mengenai kepimpinan , banyak pula pihak yang cuba menjaga reputasi mereka…apa sudah jadi….macam tu tak payah ada mesyuarat cawangan… tak payah ada mesyuarat bahagian….kami hanya perlu mengikut arus sahaja…..maka matilah perjuangan umno dan bn itu menjadi statik dan jumud…agak nya bagaimana kami ingin mengekalkan keahlian ahli-ahli yang berkualiti…? Bukan ahli-ahli yang mencukupkan korum mesyuarat sahaja….kalau saya buka pekung ini, lagi akan memalukan umno sahaja…tapi kenyataan nya semuanya memang terjadi…..saya rasa saudara faham…

Tahukah saudara apa terjadi pada siri 2 x ceramah sempena PRU ke 12 di cawangan2 ? saya pasti saudara hanya mendengar berita yang enak-enak sahaja….kami dikawasan panas ini bertungkus lumus menangkis dan mempertahankan BN semampu kami…tapi banyak juga yang terkena batang hidung sendiri…memang para pegundi sudah lama memendam rasa untuk memulangkan paku buah keras….

Saya yakin saudara Zahidi, merupakan orang-orang berprofile tinggi dalam UMNO, maka saya anggap saudara seorang yang berfikiran rasional dan mempunyai daya kepimpinan yang tinggi…..jadi tentu saudara faham apa senario yang sebenarnya berlaku diperingkat bawahan dan dikalangan para pegundi bukan…? Jadi seperti yang saya katakan biarlah saya menjadi saksi atas kata-kata orang kampung…kalau saya berbohong saya rela dihukum oleh Allah s.w.t….. maka dengan telusnya saya kembalikan semuanya atas pengetahuan Allah s.w.t. sahaja….

Kekalahan kali ini memang amat perit untuk ditelan….sedarlah BN kehilangan negeri kaya Selangor dan Penang..juga negeri yang masih banyak sumber asli nya… Perak dan Kedah…. Dan saya yakin dengan dana yang mampu dijanakan oleh pihak pembangkang mereka pasti dapat merealisasikan dan memuaskan rakyat jelata….. tugas BN semakin sukar tapi saya yakin BN mampu memulihkan keadaan…tapi dengan syarat perubahan drastik harus dilakukan, bukan sekadar menunggu ilham turun dari langit….kalau pihak PKR, Pas mahupun DAP mampu untuk memikat hati rakyat…maka keberangkalian untuk mereka menambah sokongan adalah amat tinggi…..Kalau tidak kerana Sabah dan Serawak yang memihak kepada BN pasti BN amat sukar untuk mempertahankan kecemerlangan nya….ini harus kita terima hakikat nya..

Cuba saudara fikirkan apabila BN, kehilangan kuasa untuk mentakbirkan Majlis Perbandaran, PTD, anak-anak syarikat kerajaan negeri….agak nya takat mana kesukaran kami untuk meneruskan perjuangan membela nasib rakyat dan merealisasikan janji-janji PRU….? Harapan kami hanya kepada pihak federal..itupun kalau dipandang sebagai orang penting….

Saya menghormati pendirian saudara, itu hak saudara….. tapi buat masa ini saya berpendirian sama dengan mantan PM kita, Tun Dr. Mahathir Mohammad…..lagipun biarlah ada pembangkang dalam parti, baru ada check and balance…baru ada cara untuk mengatasi nya….wassalam

de_kerinchi said...

salam ladymariah....

tahniah atas kecemerlangan dalam pru kali ini..

Bagi saya tidak kira dari parti mana pemimpin itu datang, kalau dia boleh memperjuangkan nasib pegundi dan membuat mereka gembira dan berpuashati...maka ia patut disokong dan patut meneruskan perjuangan nya...kepimpinan sejati tidak mengira dari mana asal idealogi nya...tapi cara ia menjalankan tanggungjawab nya...


Salam chafizomie,

terima kasih kerana mengikuti posting saya..sudah lama saya tidak menulis tentang politik..tapi sesekali melatah juga...

Apapapun tahniah, kerana anda telah memulakan langkah yang awal....mungkin bakal menjadi pemimpin masa depan...apapun harap anda akan dapat menjadi pemilih untuk pru akan datang...

cuma ingin saya tekankan...kita hanya akan memangkah pemimpin yang diyakini akan berkhidmat untuk kawasan kita.....bagaimana caranya untuk kita ketahui?....maka bercampurlah dengan penduduk setempat....aktif dalam persatuan dan kerja-kerja sukarela setempat, pasti kita kan lebih rapat dengan komuniti kita...dan pasti kita akan lebih tahu apa yang baik untuk tempat kita...

Kassim Selamat said...

Salam de_kerinchi

Cuma saya nak katakan "saya Tabik dengan pandangan sdr"

Alangkah baik jika ramai ahli Umno yg berfikiran terbuka seperti sdr.

tokasid said...

Salam saudara de_kerinchi"

Secara am nya,rakyat Malaysia sudah menolak PakLah melalui PRU12 ini. Walau pun BN masih membentuk Kerajaan Persekutuan,namun dgn kehilangan banyak kerusi dan 5 negeri(tak termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) sudah membuktikan rakyat sudah tak mahu lagi kpd kepimpinen Pak Lah.
Kini hanya tinggal samada UMNO sanggup utk menurunkan Pak Lah dari tampuk Presiden UMNO pada pemilihan UMNO yang akan datang. Rakyat sudah berani. Kami hanya menunggu tindakan ahli UMNO. Demi survival dan merelevankan semula UMNO ahli harus berani bertindak dan ahli harus berani menghantar mesej kepada pemimpin dan MT bahawa ahli UMNO dan rakyat Malaysia sudah bosan dan mual dgn sikap serta keangkuhan sesetangah golongan dalam UMNO. Golongan yang memikirkan mereka lebih baik dari berjuta ahli UMNo di luarbandar hanya kerana kuasa dan kemewahan yg mereka miliki.

Pandangan ikhlas dari saya.

Wassalam.

mat jaid said...

ceh...
lancang btol mulut korang sume...
ngabes kn karan jer,bek g jmpe pak lah face 2 face soh die resign..ade bran???....

rkyat nk prubahan,pmimpin xnk bganti..
pe hal...

de_kerinchi said...

salam bang kassim,

cuma yang dikesali, ada kawan-kawan akur pada keadaan untuk menjaga kepentingan sendiri....tapi bila belakang dok bedegar-degar bantai pemimpin cakap tak serupa bikin...

salam saudara dr tokasid,

Suara penentangan sudah mula kedengaran hasil dari keputusan PRU12, memang diharapkan ada sesuatu perubahan dan tindakan akan dilakukan dalam pemilihan UMNO nanti....cuma yang dirisaukan ia akan menjadi sebalik nya apabila wang dan kuasa serta kepentingan diri menjadi agenda utama...lagipun tindakan ini harus dinyatakan secara padu dan memerlukan seorang pemimpin yang berani untuk mengapalai nya...kalau tidak suara-suara ini akan dianggap picisan....

salam saudara mr jack,

nampak macam buang karan, walaupun kerajaan kata jangan membaca blog, tapi tahukah saudara bahawa mereka juga telah mengwujudkan badan memantau dan mengendalikan pemasalahan yang diwujudkan di blog-blog....

Memang senang kalau boleh berjumpa Paklah, tapi tahukah anda bertapa sukar nya untuk buat appoinment dengan CEO inikan pula PM...lagipun kalau kita tiada pangkat dan darjat apatah lagi agenda kita membantai kepimpinan nya...mahukah mereka menerima kedatangan kami..? kami hanya mendapat peluang besar untuk bertemunya dalam perhimpunan agung UMNO, itupun kalau dibenarkan meluahkan masalah kami.....

Lagipun UMNO mempunyai peraturan dan saluran tertentu, dan ada orang tertentu yang patut membawa nya ketengah..umpama peringkt cawangan akan dibawa ke bahagian dan seterusnya ke perhimpunan agung UMNO...tetapi ikutkan pengalaman saya ada tapisan yang perlu dilalui... ;-)

Hasil dari email yang saya terima saya rasa, memblog dewasa ini amat berkesan untuk menyuarakan pendapat....tindak balas dan soalan dari mereka menunjukkan tulisan kita diberi baca walaupun tidak diberi perhatian...ada dari mereka merupakan orang-orang penting dalam UMNO dan amat saya kenali... ;-)

tokasid said...

Saudara de_kerinchi:

Mukriz telah memulakan langkah Hang Jebatnya. Satu tindakan umpama mensedekahkan leher politik beliau utk di sembelih oleh Majlis tertinggi.
saya juga yakin ramai sudah ahli UMNO yg mahu perubahan. dan saya juga risau sebagaimana risaunya de_kerinchi iaitu ttg politik wang. Ini lah perbuatan dajjal yang tercalit pada kebanyakkan di peringkat cawangan dan Bahagian di mana pemilihan utk membawa suara ke perhimpunan agung dilakukan.

saya sedia maklum banyak hasrat sebenar ahli akar umbi tidak di sampaikan di perhimpunan agung sebaliknya di gunakan untuk promosi atau memperkukuhkan imej seseorang.

Saya juga bimbang jika secara fizikal Mukriz bakal keseorangan dalam menuntut Presiden turun(walau dari semangatnya ramai yg berhasrat demikian).

Saya minta saudara berhati-hati maklum saja lah keadaan di luar dan dalam parti amat panas sekarang. malah mungkin akan lebih panas jika tsunami Mukriz mula bergelombang.

Anonymous said...

Bagus bagus api apikan lagi semangat perkauman dan kita angkat Anwar sebagai PM

Melayu Pulau Pinang tinggalkan mereka dalam kedaifan besama sahabat cina komunis kita Guan Eng

Bos kita anwar pula tak akan bersuara kerana takut Barisan Rakyat tak jadi

PErgi mampus Melayu Pulau Pinang.

Tak lama lagi kita akan melihat Palestin versi kedua di depan mata kita sendiri iatu di Penang. Contoh yang ada di Singapore….

hahahahahahahahahahaha

padan muka melayu

cakapaje said...

Salam de_kerinci,

Lama dah tak dapat menjenguk; maaf ye, kepala serabut sedikit tempoh hari.

Tahniah kepada semua pejuang kebenaran dan rakyat yang cintakan keadilan!

Mak Su said...

ramai yg tak favor sebenarnya, tapi memandangkan saya tak mo bising2, saya dok diam-diam ajelah de_kerinchi ya... :)

Blog Widget by LinkWithin