Malaysia Tanah Airku....

February 03, 2008

Oh..Laptop ku..




Dalam masa sebulan saya telah beberapa kali mengformatkan laptop saya dan ini adalah kali yang kelapan ia telah diformatkan...malah selepas diformatkan pun, masih ada virus yang menghuni di dasar perut nya. Ini telah memaksa saya untuk mengscan laptop tersebut dengan perisian antivirus dan menggoogle di internet untuk mencari remover nya dan akhir nya laptop ini telah kembali normal seperti sediakala dan hasilnya saya boleh membuat posting baru hari ini...hihihi.

Saya terpaksa menggunakan laptop, kerana Pc saya dah dekat tiga minggu dah "burn"(power supply out of order). Terlalu sibuk dengan kerja harian termasuk gerak gempur Pilihanraya umum akan datang, hingga tak sempat untuk ke Lowyart. Saya sebenar nya kurang gemar menggunakan laptop, kerana ia hanya digunakan bila saya mobile, untuk backup file atau untuk "troubleshooting" Pc-Pc yang bermasaalah.

Antara kelebihan penggunaan PC saya berbanding Laptop ialah:

  • Saya lebih selesa dengan penggunaan keyboard PC berbanding laptop.
  • Skrin PC lebih besar.
  • Warna Di screen PC lebih canggih.
  • Banyak fail ada dalam PC ni, membuatkan saya hilang akal sekejap.
  • Banyak software yang digunakan di dalam Pc ini.
  • Banyak Hardware di dalam Pc ni yang membolehkan saya menonton TV, menggunakan fax, mengedit audio atau video dan menggunakan sistem wireless (la ni laptop kena pakai kabel cucuk...untuk menggunakan internet).
  • Yang penting Pc ni laju dan tak membosankan...berbanding laptop hihihih.
Salah satu masalah yang timbul pada laptop ini ialah ia tidak boleh untuk membuka direktori c:windows bila diklik dan kalau anda ingin tahu bagaimana ingin menyelesaikan masalah ini sila kunjungi blog saya disini

p/s: Maaf lah kerana lambat update...zaman angkasa ni kalau hilang PC atau laptop, boleh huru-hara kerja kita..hihihi.

9 comments:

aria ayumi said...

cumel nye laptop pink itew. huhu.

btw, memang klw guna PC ni tak byk karenah. tapi, kite prefer laptop kot. sbb sng nak bwk pegi mana2. :)

Anonymous said...

lawa laptop tu... curi anak punya untuk update blog erk? haha!

de_kerinchi said...

salam aria ayumi,

Yang selalu mobile memanglah guna laptop senang..kalau nak buat kerja heavy rasanya laptop tak sesuai...lainlah kalau laptop tu jenis powermac..hihiihihi


salam mudin....

hhuhuhu pinjam gambar jap....

david santos said...

Posting yang baik, de_kerinchi.
Terima kasih

de_kerinchi said...

HAi david santos...

tahniah kerana berjaya membuat poting dalam bahasa Malaysia... :-)

Mak Su said...

kawan kome ker omputeh tu?

lawanyer laptop, tentu baby w suka...

de_kerinchi said...

Omputeh tu kawan maya...dok sedang belajar banyak bahasa...laptop sapakah tu yang dirembat hihihhi

Puteri said...

psst.. "Low Yatt". hehe.
sll gak mlepak kt sn. keh3.

de_kerinchi said...

Salam puteri,

sekarang malas sikit nak pi situ...sebab jalan dah jadi oneway....

Blog Widget by LinkWithin