Malaysia Tanah Airku....

January 19, 2008

Sasterawan Modal Insan



Saya terbaca satu artikel yang membincangkan topik "Sastera Subjek Picisan" ? Dan tidak semena-mena tangan ini gatal hendak mengetuk "keyboard".....

Benarkah begitu...? Apakah impaknya kepada pembangunan modal insan...?

Memang dewasa ini kita tidak dapat nafikan bahawa pemikiran orang zaman moden, pasti akan melontarkan satu pandangan bahawa Sastera merupakan ilmu yang terkemudian pentingnya dari lain-lain ilmu muktahir. Kerana apa..? Kerana bagi kebanyakan orang, ilmu yang berkaitan kemodenan adalah lebih utama di zaman Sains dan Teknologi atau Zaman Malaysia di Angkasa.....

Tapi kita harus mengakui dengan konsep baru yang dipegang itu bakal mewujudkan manusia yang tidak bersastera.... yakni manusia yang tidak ada banyak nilai kelembutan, kejiwaan, kepekaan atau senang cerita nilai manusiawi sejati. Kita bakal mencipta manusia robotik, yang hanya tahu tentang kepentingan evolusi statik diri nya sendiri.Terkongkong dalam acuan yang telah ditetapkan.

Maka tidak hairanlah dewasa ini amat kurang manusiawi sejati dapat kita cari...? Yang dapat kita lihat ialah manusia yang sakit jiwa nya, tertekan dalam banyak hal sehingga mampu melakukan sesuatu yang luarbiasa baik nya dan yang paling membimbangkan mereka telah mampu keluar dari kepompong insaniah,dengan bermaharajalela melakukan sesuatu yang luarbiasa negatif nya.....

Maka tidak hairanlah, dewasa ini kita sering dihidangkan dengan manusia-manusia rempit, manusia-masusia black metal, manusia-manusia rasuah, manusia-manusia perompakan, manusia-manusia pembunuh dan banyak lagi manusia-manusia robotik bersastera yang lain nya, yakni manusia robotik yang mengikut acuan lenggok kehidupan kelilingnya yang tidak berperasaan....

Termasuklah manusia-manusia hipokrit,yang sanggup melakukan banyak kerja-kerja propaganda yang tidak adil dan telus, seperti di bawah ini......

Mereka mampu menyiarkan yang ini:



Tetapi tidak sanggup menyiarkan yang ini :



Maka terbuktilah mereka ini tergolong dalam golongan manusia hipokrit,yang suka bermain propaganda dan suka memainkan sentimen yang tidak adil demi kepentingan diri sendiri....dan membuktikan bahawa mereka ini mendokong pengwujudan ciri-ciri sebuah akhbar yang tidak telus dan terkongkong dalam minda "manusia robotik bersatera"......

Sebenarnya mereka lupa, bahawa mereka ini masih lagi seorang sasterawan, yakni Seorang "sasterawan robotik" yang pandai bermain kata-kata untuk membodek, dan mengikut acuan yang berkepentingan......!!!!!

Sumber :

Placard response to Dr M
Isn't it Odd....
Wong Chun Wai: What about “The pillow & bolster story”, with photo on 4 Jan 2008?
Memorandum to PakLah-Video


p/s: Satu lagi bukti propaganda akhbar yang memualkan, Oleh itu marilah kita buat satu slogan baru untuk Paklah biar nampak moden dan ada kelas... "Ke arah manusia Angkasa bersastera"........

7 comments:

Mak Su said...

elleehhh, tak rasa tak tahu

david santos said...

My friend, de_Kerinchi.
This posting is spectacular, but I want to start to write in your language, ok! I want your help in your language. If you want I can teach you French, Portuguese, Spanish and Russian or Deuchland.
Please!

Thank you.

David Santos

de_kerinchi said...

salam maksu,

dah tahu buat-buat tak tahu...




Hi, my friends,

David Santos, glad to see u here...Thanks for leaving a good comment on my blog.

Fantastic...! u can speak most of 5 language...of course i want to learn more from u .... :-)

Hope u have more time to often visit my blog,Have a nice day..

Syam AG said...

Teknologi tanpa seni dan budaya terasa hampa.

de_kerinchi said...

Salam ag.sham,

Bak kata bapak P.Ramlee...irama dan lagu tidak dapat dipisahkan...teknologi dan kemanusiaan juga tidak boleh dijarakkan...

Lily Abdullah said...

Aduh..sedih,sadis dan sayunya jadi orang seni. Ada orang kata seni melalaikan. Orang seni merosakkan agama.

ps: patut la p syarikat2 gergasi Melayu depa tak mau sponsor. last2 p kat syarikat Jepun. Orang Jepun sangat mencintai seni.

de_kerinchi said...

salam kak waterlily,

hahahah terperanjat tengok avatar baru tu..ingat ada virus,bila pulak keyboard not found...huhuhuh

Ada seni melalaikan...tapi impak orang yang berjiwa keras dan kasar ni lagi boleh membunuh dan terbunuh...kita lihat seni dari impak positif..nama pun manusia...penuh gelodak nafsu dijiwa..

Orang melayu paling banyak berseni, sehingga ada yang sampai tahap kritikal dan memualkan...yang ni buat orang hilang kepercayaan...

Blog Widget by LinkWithin