Gendang sudah dipalu, juak-juak sudah dikerah….tanda perang akan meletus….
Para panglima telah bangkit bersemangat mengatur barisan perjuangan (Inilah perjuangan menurut mereka…). Bagi Panglima yang telah lama tidur seakan terkejut dari mimpi, mengatur barisan juak-juak nya yang telah lama goyah.
Maka dalam keadaan kelam kabut ini, disusunkan rekrut-rekrut baru yang entah dari mana asal nya dan tidak diketahui arah perjuangan nya untuk merapatkan barisan yang telah lama renggang. Segala nya menjadi cacamerba dan agak bercelaru. Ya, Panglima-Panglima ini , telah bangkit dari lena yang panjang dan enak, Panglima-panglima ini, kini telah sedar ,bahawa mereka bakal berhadapan dengan para Panglima baru yang telah lama mengasah senjata, mengatur strategi dan mengintai titik kelemahan untuk merampas tampuk sang pemerintah. Kawan yang makan semeja, juga sudah dipandang serong, kerna takut ditikam dari belakang. Bagi Panglima-panglima ini, jawatan mereka adalah segala nya…jawatan mereka adalah periuk nasi… mereka harus mempertahankan nya…membujur lalu, melintang patah…Patah sayap bertongkat paruh…lawan tetap lawan…
Apapun kesinambungan perjuangan Panglima-panglima ini, disusun dan disokong pula oleh para laksamana-laksamana perang yang juga sudah siap untuk menyusun para panglima terbilang, demi memperkukuhkan kekuatan bala tentera nya. Maka segala sumber yang ada digunakan untuk meraih sokongan dan bantuan.
Ia ini lah senario yang dihadapi oleh para pendokong UMNO, sejak dari awal tahun lagi. Dan semalam adalah hari terakhir, mereka bertungkus lumus untuk mengumpulkan barisan kekuatan.
Tahun ini, telah diuar-uaran sebagai tahun pertandingan bagi Cawangan-Cawangan UMNO, setelah termati nya semangat perang ini buat sekian lama nya, ia kembali bergolak….membakar setiap jiwa, para pemimpin dan bakal pemimpin. Semua orang sibuk memalu gendang perang sambil mengatur langkah dan strategi, agar tidak sumbang dan tempang dimata lawan…
Mereka harus bersedia untuk beradu kekuatan, menunjuk gagah dan menang…sebelum menyambung gerak, menempuh perang yang lebih besar. ( Dijangka akan menjelma tidak lama lagi)
Saya yang hampir 5 tahun, bersara dari kerja-kerja “hardcore” parti, juga terpaksa membantu seorang kawan yang terdesak malah secara tdak rasmi nya telah diuar-uarkan telah menyandang jawatan s/usaha secara automatik, untuk menyelengarakan segala urusan kepimpinan walau pun pada dasar nya , keputusan perpindahan cawangan saya masih belum menemui titik kepastian, khidmat saya mahu segera ditagih.
Sebenarnya saya sudah malas untuk melakukan kerja-kerja “Hardcore” ini. Saya sudah mula bosan dan mual dengan taktik dan permainan politik, dalam permainan perang ini.…saya ingin bersara dan hanya ingin duduk bersenang-lenang menjadi sang juak-juak pengangkat “tangan”..…tapi khidmat dan kudrat saya, masih diperlukan untuk kali ini… “sahaja”…itu janji mereka…..dan saya terpaksa akur atas nama persahabatan….. dan sudah semestinya atas kalimat untuk kali ini “sahaja”…entahlah..kita hanya mampu merancang…esok lusa..mungkin sudah lain cerita nya…inikan politik….
Adapun kisah nya bermula apabila, seorang Panglima, dikatakan telah menguar-uarkan tentang pesaraan nya dari peringkat cawangan sejak awal tahun, tiba-tiba terpaksa menukar haluan dan pendirian nya untuk bersara, gara-gara mendapat arahan dari pihak atasan, untuk mempertahankan tampuk pemerintahan nya. Dijangkakan beliau akan menghadapi laluan sukar kerana bakal menghadapi tentangan dari tiga penjuru yang nyata…dan juga dari penjuru-penjuru yang tak nyata…..
Lalu dalam keadaan terdesak dan cemas maka, dikerahkan rakan-rakan untuk mengumpul juak-juak dari segala ceruk rantau, hinggakan para pendekar dari pedepokan yang lain nya pun diserap masuk dan semalam telah terkumpul nya 58 borang keahlian, hanya dalam tempoh 8 jam sahaja….!!!. Wah…cepat sungguh….!!! Maka tidak hairanlah kenapa ahli UMNO, dikatakan boleh mencapai angka jutaan orang. Walaubagaimanapun beliau masih kena berhati-hati kerana jumlah keahlian cawangan nya telah meningkat lebih 400 orang, dan ini bermakna..beliau menghadapi 400 risiko, untuk ditentang dan dijinakkan…!!!!!
Lebih malang lagi kebanyakan keahlian UMNO yan sekian banyak itu, tidak berdaftar sebagai pemilih. Kerana tanpa lesen pemilih, mereka tidak layak untuk turun ke medan perang, mereka hanya akan berfungsi sebagai pasukan pengendali “logistik” dan bantuan sokongan. Dan sudah pasti selepas ini, beliau akan kembali bertungkus lumus untuk mendaftarkan mereka sebagai pemilih..
Memang benarlah, statistik yang menunjukkan ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak mendaftar sebagai pemilih. Oleh itu.. wahai rakyat Malaysia, tidak kira apa jua fahaman politik, bangsa dan anutan nya… marilah kita mendaftar sebagai pemilih dengan kadar segera, untuk memastikan kita mendapatkan hak, sebagai pegundi yang merdeka….
p/s: Sekadar coretan dan catatan sebagai panduan masa mendatang.
9 comments:
hmmmm, camno nak cakap ek.. inilah dunia yang saya selalu tak minat nak pandang
Bang, kalau dah terdesak memang semua sapu.
Tapi kemana arah perjuangan UMNO selepas ini. adakah menghimpunkan ahli berkualiti atau berkuantiti.
salam maksu,
heheheh..betul kalau tak minat memang boring sungguh...
Nak bersengkang mata sampai pepagi buta kekadang macam takder rumah...
salam ayam sabung,
Tak tahulah yang penting cari ahli kot....sampai sapu ahli cawangan lain...janji menang..memang tradisi..hihhihi
Kempen dah bermula..
erkk.. kita lawan eh? hehehe.
takpe ka.. lawan tetap lawan. hehehe. jgn main kasar k. huhuhu.
salam ladymariah,
tak sanggup nak lawan ladymariah apa lagi berkasar, sebab ladymariah banyak bodyguard yang power....hehehe
Salam saudara de_kerinchi:
Memang gendang sedang di palu. Cuma menunggu pengisytiharan perang oleh memanda kepala negara sahaja.
Politik adalah satu bahagian penting dalam kehidupan zaman ini,malangnya suasana politik negara kita amat bercanggah tatacaranya dengan syariat. Politik negara kita menutup sebelah mata ke atas kepincangan pemimpin (pelbagai peringkat),rasuah dalam mencari pemimpin dan akhirnya kita mendapat beberapa pemimpin yang korup, yang bagi mereka semuanya halal asalkan matlamat untuk mendapat jawatan dan kuasa tercapai.
Bila kita mendapat golongan yang tidak amanah dan bermaksiat(rasuah kan maksiat) sebagai pemimpin, akan hancurlah golongan yg kena pimpin secara am nya. Jadi tidak hairan gejala sosial muda-mudi dan yg tua bangka semakin berleluasa.
Bak kata pepatah baru yg di adaptasikan dr pepatah lama: Pemimpin borek rakyat rintik.
salam saudara dr. tokasid,
Setuju dengan saudara, pemimpin sekarang ramai yang berpaksi pada kemungkaran....ini telah menjadi budaya mereka...dan menjadi penyakit masyarakat.
Bila tiada sokongan padu dari pemimpin untuk mencegah segala kemungkaran ini...maka keadaan masalah sosial di negara kita akan terus bercambah...Keadaan ini akan menjadi biasa dan dianggap boleh oleh ramai orang...lihat sahaja keadaan sosial anak-anak kita dewasa ini amat menggerunkan....
Saya akan menulis tentang satu kisah keruntuhan moral dan akhlak yang terjadi di sebuah sekolah yang terjadi baru-baru ini kelak, setelah saya kembali dari PWTC hujung minggu ini..
Post a Comment