Malaysia Tanah Airku....

October 02, 2007

Wallpaper Dekstop-Tag oleh Cik Bayan


Salam para pembaca, hari ini saya menyelak-nyelak akhbar, dan membaca berita-berita semasa membuatkan hati saya sakit. Belum habis kes harga gas bakal naik, semalam disumbat pula dengan berita Tol juga ingin meninggikan diri dan hari ini harga kelapa pulak melonjak-lonjak naik. Walaupun Datuk Seri S. Samy Vellu telah memberi amaran kepada penunggang motosikal besar supaya tidak menunggang dengan laju bagi mengelakkan kemalangan jalanraya. Pihak berkuasa harus juga mengambil kira emosi pengguna jalan raya itu sendiri. dengan menyumbatkan berita-berita yang membebankan emosi pengguna, adalah dibimbangkan akan menghilangan tumpuan dan "mood" pemanduan. Apabila fikiran melayang memikirkan beban yang semakin menyesakkan poket ini, tidak syak lagi akan mengakibatkan pemandu atau penunggang hilang tumpuan pemanduan dan seterusnya mengakibatkan kemalangan jalan raya.

Oleh itu hari ini saya bernasib baik kerana telah di tag oleh Cik Bayan. Sekurang kurang nya ia dapat mengalihkan tumpuan saya dari berita-berita yang tidak memihak kepada pengguna ini. Tag oleh Cik Bayan menuntut saya mempamirkan "kertas dinding" desktop saya dan tanpa membuang masa marilah kita menyaksikan "kertas dinding" saya yang tidak seberapa ini.....



p/s: Raya hendak dekat....absober kereta rosak, injection pump meragam, brek dah berbunyi....minyak mahal...tol dah lah mahal, nak naik lagi...bla...bla..ba...

9 comments:

Anonymous said...

hahahaa...betul tu, emosi tak stabil sebab berita-berita yang menyayat hati begini laa....bonus kedekut, gaji naik ciput je...pastu ambil balik dalam bentuk menaikkan harga barang KEPERLUAN.

hehehe...lawanya kertas dinding tu. lasak dan ganas. patutlah program yang terpampang ciput je, semua lari takut kena langgar.

anyway, thanks sebab sudi layan tag ini dan hehehhe...saya suka la gambar bayan (gambar pertama)tu.

de_kerinchi said...

salam cik bayan,

kadang-kadang ada benda yang berkait rapat.tetapi orang tak sedar....

Wallpaper tu...hehehe..program memang tak banyak kat depan tu, sebab saya telah singkirkan dari dekstop.

Gambar bayan tu ....yang pertam tu ada kat atas heheheh..

rapat_umum said...

Betul tu, ganguan emosi juga boleh menyebabkan kemalangan.Harap kerajaan beri perhatian atas isu ini.hehehe

de_kerinchi said...

rapatumum, gangguan emosi mungkin dapat dkurangkan pada tahap minimum, apabila benda-benda yang menganggu emosi juga ditahap minimum

Anonymous said...

Un petit bonjour amicale depuis la suisse
Désirée

http://desiree1953.skynetblogs.be/

Mak Su said...

bila plaks nak letakkan wallpaper orang tengah bakar lemang?

de_kerinchi said...

salam maksu,

Nanti balik kerja cuba cari orang bakar lemang, lepas tu ambik gambar..buat wall paper..huhuh

Unknown said...

kereta tu mintak duit raya gak latu... nak nyer hubby kene tukar tayar... makan sebelah... huk huk huk..

de_kerinchi said...

ya nat aka natsumi..duit raya..pening

Blog Widget by LinkWithin