Malaysia Tanah Airku....

October 23, 2007

Catatan Syawal


Salam sejahtera dan selamat kembali dari bercuti panjang. Pasti minggu-minggu ini adalah minggu-minggu yang sibuk untuk melakukan tugas-tugas rutin yang telah tertangguh sejak bermula nya cuti hari raya tempoh hari. Paling menyulitkan pasti kita masih di dalam mood raya yang membuatkan kebanyakan dari kita malas dalam serba-serbi perkerjaan, ditambahkan kemungkinan besar fonomena rumah terbuka dijangka akan memenuhi jadual rutin harian kita sehingga berakhir nya bulan syawal. Apapun diharapkan, kita dapat membahagikan masa dengan bijak serta menjaga tatalaku, keselamatan, kesihatan dan pemakanan kita.

Saya baru sahaja kembali bercuti panjang, disamping untuk bercuti berhari raya terdapat juga aktiviti-aktiviti sampingan yang mengambil tempat di dalam kemeriahan sambutan hari raya ini, untuk dipenuhi undangan nya. Antara yang popular ialah majlis perkahwinan dan pertunangan. Hunjung minggu lepas sahaja, saya baru menghadiri majis perkahwinan di sekitar Klang.

Walau apapun , saya pasti kita akan perasan bahawa, laungan takbir hari raya amat kurang berkumandang di media elektronik kita pada tahun ini, kalau dibandingkan pada tahun lepas pasti kita tidak sunyi dari mendengar kemerduan laungan takbir hari raya ini. Saya tidak pasti kenapa pada tahun ini media elektronik boleh terlepas pandang akan acara rutin ini, disetiap sambutan hari raya menjelang. Saya merasakan ada kekurangan dipendegaran saya kerana saya amat sukar untuk mendengar laungan takbir ini di media elektronik, mujur masih sayup-sayup kedengaran takbir dilaungkan di corong-corong speaker masjid dan surau berdekatan. Malah di pagi hari raya, kunjungan ahli-ahli masjid yang mengumandangkan takbir dari rumah ke rumah yang masih wujud di kawasan saya, telah menyelamatkan mood sambutan perayaan kali ini kelandasan yang betul. Keperluan takbir adalah lebih diperlukan jika hendak dibandingkan dengan sambutan yang bercirikan nyanyian, hiburan, pemasangan lampu-lampu, bermain bunga api, mercun dan meriam buloh di malam dan pagi hari raya. Diharap pihak media elektonik dapat memperbetulkan keadaan ini pada masa akan datang kerana takbir ini amat penting bagi mengembangkan syiar Islam itu sendiri.

Sambutan hari raya tahun ini juga , kebanyakan kita menghadapi musim hujan yang bukan sedikit tapi hampir setiap hari dan turun dengan amat lebat sekali sehingga ada kawasan yang mengalami banjir besar. Di Ibukota pasti tidak lepas dari masalah banjir kilat ini, dan antara kawasan popular yang dijengah banjir ialah kawasan TTDI Shah Alam. Keadaan bertambah buruk lagi apabila kebanyakan warga kota dan sekitar lembah Klang tiada di rumah kerana pulang ke kampong, mengakibatkan banyak peralatan di dalam rumah rosak teruk kerana tidak dapat diselamatkan. Mungkin sesuatu tindakan yang drastik dan sesuai harus dibuat di kawasan-kawasan banjir seperti ini. Oleh itu perkara ini diserahkan kepada mereka yang lebih arif untuk menangani nya. Walaupun kita, tidak dapat menghalang banjir ini dari melanda sepenuh nya tetapi sekurang-kurang nya ia dapat meminimumkan risiko akibat banjir tersebut. Ternyata bukan sahaja risiko pecah rumah sahaja yang perlu kita awasi di musim raya ini tetapi risiko bencana alam dan kebakaran juga peru ada di dalam congakkan kita sebelum bercuti panjang, pada masa-masa akan datang.

Di Jalan raya pula dikala hujan lebat, masih terdapat lagi pemandu yang memandu laju bukan sahaja di lorong kanan jalan raya tetapi juga mengambil ruang-ruang disebelah lorong kecemasan. Amat dikesali sekali di kala kita baru sahaja meninggakan Ramadhan dengan usaha amal yang sekian banyak, kemudian di hari raya pula, menuntut kita membesarkan kejayaan melawan nafsu, tapi akhir nya tewas dengan nafsu kurang ajar, tidak sabar, tidak sopan, tidak mematuhi arahan dan tidak bertolak ansur di jalan raya. Ternyata hari “kembali ke fitrah” telah difahamkan kebanyakan orang kita ialah hari kembali ke “fitrah” asal kita yang ada sebelum Ramadhan, yang mungkin penuh dengan perkara-perkara dilarang agama. Sepatut nya kita harus kembali ke “fitrah” yang telah dipupuk dengan kebaikan dan keimanan sepanjang bulan ramadhan yang lalu. Dan satu perkara yang amat perlu diperbetulkan ialah, kita “wajib” mengamalkan sifat-sifat kebaikan dan ketaqwaan itu sepanjang masa dan bukan nya hanya di bulan ramadhan sahaja.

Para peniaga juga tidak kurang hebat nya bersaing memenuhi tepi –tepi jalan-jalan raya untuk menjual lemang, dodol dan ketupat, sehingga kadang-kadang mereka lupa, bahawa barangan jualan mereka boleh menghadirkan dosa kepada mereka akibat kecuaian mereka sendiri. Banyak juga lemang-lemang jualan mereka yang hanya masak separuh dan hampir tidak boleh dimakan. Rendang-rendang ada yang sudah berubah rasa dan bau nya, dodol pula sudah mula berkulat dan keras. Semua perkara sebegini harus diambil berat oleh para peniaga dan "wajib" diatasi pada masa akan datang, kerana selain dosa menjual barangan yang tidak memenuhi “spesfikasi”, wang hasil jualan juga boleh jatuh haram, bergantung kepada keredhoaan si pembeli.

Tindakan pihak Plus merangka perjalanan pengguna jalanraya juga adalah satu langkah bijak yang perlu diteruskan, kerana ternyata kesesakan di lebuh raya dapat dikurangkan ditahap yang minimum. Malah arahan pihak berkuasa menghalang kenderaan berat dari menggunakan jalanraya juga menyumbangkan keselesaan kepada pengguna jalanraya. Walauapapun ada juga segelintir pemandu bas yang masih memandu secara laju dan merbahaya, dapat dikesan sekali-sekala menampakkan belang mereka lebih-lebih lagi diwaktu hujan lebat, dengan anggapan tiada pihak kuasa memantau. Satu lagi yang amat mendukacitakan saya, ialah masih ada lagi penunggang motosikal berkuasa rendah yang menggunakan laluan paling kanan lebuh raya, malah “mencilok” di celah-celah kenderaan lain. Fonomena ini amat kerap dapat dilihat di lebuhraya sebelah utara. Perbuatan ini juga harus dihentikan sertamerta demi keselamatan kita bersama.

p/s : Minggu-mingu rumah terbuka atau “open house” ni makan harus berpada-pada, takut yang turun 5kg pada bulan ramadhan naik 10 kg lepas berraya… kalau rumah terbuka yang jatuh hari bekerja tu, pandai-pandailah agih masa…..kerana kadang-kadang tindakan kita akan menguris hati orang lain pula, tanpa kita sengaja…

12 comments:

Mak Su said...

kemudahan tak kena tempat... tak siok kan.. saya lebih suka dengan takbir dari rumah ke rumah

rapat_umum said...

Selamat kembali bertugas bro, Memang kurang takbir disiarkan di tv tahun ni. berbanding tahun lepas ramai juga artis turut serta.

Bacaan takbir rumah ke rumah tu menman nostalgia, malang nya makin pupus.

de_kerinchi said...

salam maksu,

Malang nya takbir rumah ke rumah ni ramai orang-orang veteran jer...anakmuda pi mana tah...


salam rapatumum

ya baru balik bertugas walau dah tiga hari balik bercuti...sambung cuti lah tu..hehehe

Takbir rumah ke rumah, dah makin pupus..dulu kalau boleh satu kampung habis dipusing, tapi kini hanya yang terdekat sahaja...dapat bayangkan zaman anak cucu kita..mungkin akan tinggal sejarah jika tidak dihayati...

arsaili said...

selamat kembali bro...cam mana raya? sy sonok raya di kpg tapi now dh balik oz semula..betul la laungan takbir kurang this yr...entah kenapa...apa pun selamat hari raya maaf zahir batin

Hanafi Mohd Noor said...

Selamat hari raya bro
www.hanafionline.com

de_kerinchi said...

Salam arsaili,

Wah rasa nya arsaili lagi gembira..sebab tahun ni boleh balik beraya di Malaysia...hehehe

Selamat hari raya kembali arsaili..

Salam Hanafi,

selamat hari raya kembali....

Ungku Nor said...

rasanya yang tak habis-habis keluar kat tv manjang iklan raya je.
dari sebelum puasa sampai la dah nak dekat deepavali ni.
naik menyampah nak tengok tv dah.

de_kerinchi said...

salam ungku nor

Betul...Iklan tu memang tak boleh miss...ASTRO pun sama...agak nya Tv tu nak tunggu Takbir berbayar kot...baru nak siar...

Anonymous said...

salam.. sahabat de_kerinchi

Sedihnya tapi suka dengan suasana raya diblog abang ni.. eh boleh ke panggil abang?..kang adelak kena marah kat orang umah ye tak.hihi..apataknya laling dengar lagu s.jibeng tu makan kalbu lah..sayup masuk ke nurani.. apalah nasib penyanyi tu sekarang.. kalau ada kesempatan bloglah pasal dia ye.Satu lagi biarlah lagu raya ni sampai sebulan baru tukar 13/11/07 :D.Finally greeting you

selamat hari raya maaf zahir dan batin
regard-
laling.

de_kerinchi said...

salam laling,

Suasana raya..heheheh...panggil ler "abang" lagi mesra...heheheh..gurau aaa....tak marah ....syahdu jer...heheh

Lagu lama memang best...lagu raya S. Jibeng tu memang makan dalam...sama juga lagu beliau yang lain..macam selamat tinggal pujaan, inai di jari..dan lain-lain...

Adapun Allayarham S. Jibeng telah kembali ke rahmatullah pada 07/2/06..Al-Fatihah untuk beliau.

Atas permintaan lagu raya akan berkumandang sehingga akhir syawal...

Satu idea yang baik..nanti saya usahakan memblog berkenaan beliau...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin ..juga buat Laling...

aria ayumi said...

betul gak ye. time raya br ni, ase cam kurang je laungan takbir raya. lagu2 raya plak yg lebih2.

de_kerinchi said...

salam aria ayumi,

Itulah pendekatan yang tak kena pada tempat....perlu diubah...

Blog Widget by LinkWithin