Malaysia Tanah Airku....

October 11, 2007

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh sahabat handai dan pembaca yang tidak jemu-jemu mengunjungi blog anjunglarik, Saya mengambil kesempatan ini, untuk memohon jutaan kemaafan, zahir dan batin sekiranya terdapat tulisan saya yang mungkin tanpa saya sedari telah mengusik hati dan menguris perasaan anda semua. Semoga sambutan hari raya kali ini, dipenuhi dengan rasa keinsafan , kesyukuran dan kegembiraan hendak nya. Bagi yang ditimpa dugaan, diharap berbanyak-banyak bersabar, kerana semuanya atas ketentuan Ilahi adanya.....dan jangan lupa sekiranya anda berada di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang...

Salam sayang untuk semua...


Pucuk pauh batangnya pauh
Ayam serama diperdu rumpun
Saya jauh anda pun jauh,
Sama-sama bermohon ampun.

Pulau talang jauh disana
Pokok langsat daun nya lebat
Kalau pulang berhari raya
Pandu cermat pasti selamat

p/s: Terima kasih atas ucapan yang dikirim oleh sahabat dan rakan taulan sekalian, semoga anda dirahmati Allah s.w.t.....Jangan lupa bayar zakat :) ..

28 comments:

Anonymous said...

سلام عيد الفطرى
معاف ظاهير دان بطين

nak duit raye!

Anonymous said...

SELAMAT HARI RAYA AiDiLFiTRi DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN

Anonymous said...

Andai langkah membekas lara,
Andai kata merangkai dusta,
Andai tingkah menoreh luka,
Izinkan saya bersimpuh-sila,
Menghulur tangan di bulan mulia..
Selamat hari raya Aidilfitri
~Hasrul Halid~

Anonymous said...

Salam Aidilfitri untuk rakan virtual sekalian. Maaf Zahir Batin.

Love, Lady Mariah (Kota Kinabalu, Sabah)

Anonymous said...

Salam saudara de_kerinchi:

Selamat 'Eidulfitri serta maaf zahir batin jika terkasar tulisan sepanjang perkenalan kita.

Mak Su said...

salam raya encik de_kerinchi.. selamat bergumbira ya

de_kerinchi said...

salam Puteri...

Selamat Hari raya..duit raya tunggu kad atm mesin hehehe

Salam Tunku...

Selamat Hari raya maaf zahir batin..kembali


Salam saudara Hasrul....

Selamat hari raya maaf zahir batin..raya kedua saya balik ke Bukit Mertajam...

salam Ladymariah..

Selamat hari raya maaf zahir batin...tahun ni balik Sabah kah..?

Salam saudara dr tokasid

sama-sama kita bermohon kemaafan zahir dan batin..semoga semua nya dirahmati Allah s.w.t..

Salam Maksu...

Beraya kita bersama dengan gembira..

rapat_umum said...

Selamat hari raya tuan maaf zahir dan batin

Anonymous said...

Salam aidilfitri untuk saudara sekeluarga dari Tok Mudin sekeluarga.

Maaf zahir & batin :)

Ungku Nor said...

Salam Aidilfitiri De_kerinchi dear.

raye kat mane tahun ni?
well..akak raye kat Mesia je.
tehehehe.

Red Mummy said...

de kerinchi - first time i see u from my blog..

anw , salam syawal...

de_kerinchi said...

salam rapat_umum

Selamat hari raya kembali


Salam mudin001,

Selamat hari raya dan maaf zahir batin dari kami sekeluarga


salam kak ungku nor,

saya kat m'sia juga...raya pertama kat lembah Klang, raya kedua pi penang...


salam kak_red mummy

Yup, kak red mummy...crawler from another bloggers..guide me to your blog...

Salam syawal kak red mummy dan keluarga

Ezzudden said...

selamat hari raya gak...
mkn tuh ingat2 kat sy...:)
tp jgn terlebey mkn plak..;-p

Anonymous said...

Terima kasih atas ucapan kat soleh.net.

Saya pun nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada saudara Dekerinchi. Pohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap saya sepanjang mengenali anda hehehe..

Semoga berjumpa lagi di lain waktu, wassalam...

Roshatika said...

Salam aidilfitri, gurau-gurau tu maaf ya!

Anonymous said...

selamat ari raya juga bro de_kerinchi..
maaf kalo ada terkasar bahasa..

tak sempat nak buat posting raya special mcm de_kerinchi..terpaksa layan buku2 pelajaran dulu..org lain masa ni dah blk kg n duk sibuk bergembira ngan sanak saudara..apalah nasib saya..

Unknown said...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir Dan Batin

de_kerinchi said...

salam ezzudden,

Selamat hari raya...makan memang kena kontrol...lepas puasa nanti badan naik..huhuh

Salam imam khalid,

Saya juga sama abang imam khaled...


Salam kak roshatika,

sesama kita bermaafan..pasti keluarga kakak bahagia dihari lebaran sempena kehadiran orang baru...

Salam Pauhfc,

Sesama kita bro, takpa...biar bersusah sekarang pasti bahagia dimasa hadapan...pelajaran dan ilmu itu amat penting dewasa ini...selamat berjaya..


Salam cikgu..

Selamat hari raya maaf zahir batin...

NURAINA A SAMAD said...

de_kerinchi,

Selamat hari raya aidilfitri.
maaf zahir & batin

cakapaje said...

Salam Lebaran,

Semoga segala ibadah kita diterima Ramadhan ini dan kita mendapat keampunan dari Allah Yang Maha Pengampun dan Penyayang.

Maaf Zahir Batin.

Anonymous said...

Salam Aidil Fitri

Anonymous said...

Salam, semoga berbahagia hendaknya!

Unknown said...

Salam sejahtera dan selamat menyambut hari raya aidilfitri,maaf zahir dan batin.

Puteri said...

"Selamat Hari raya..duit raya tunggu kad atm mesin hehehe"

ah..boleh2.. ;) tunggu kad atm dr de_kerinchi

aria ayumi said...

entry time raya ade tak? :D

mokk said...

Salam..

Selamat Hari Raya..maaf zahir batin.

Anonymous said...

sorry lambat balas.. slmt hari raya.. bar pulang dr kammpung nie hehe

de_kerinchi said...

Selamat hari raya maaf zahir batin kepada kawan-kawan semua....baru kembali dari bercuti panjang...

Blog Widget by LinkWithin