Saya terdengar kembali puisi oleh Allahyarhamah Biduanita Negara Puan Sri Saloma yang ditujukan khas untuk memberi penghormatan kepada Biduan Negara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Ia telah dirakamkan pada tahun1975, 2 tahun setelah pemergian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. (Hasil pemunggahan Hard disk lama saya…)
Begitu lemak merdu suara Allahyarhamah Puan Sri Saloma berpuisi dan menyanyi untuk suaminya tercinta. Sayang seribu kali sayang di zaman ini agak nya berapa ramai isteri yang cinta pada suami dan suami yang kasih pada isteri hingga akhir hayat mereka…?
Allahyarham Puan Sri Saloma telah meninggal dunia pada 24 April 1983. dan Allahyarham P Ramlee telah meninggal dunia pada pagi Selasa 29 Mei 1973, Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat keatas roh mereka. Al-Fatihah..
Abang Ramlee,
Sejuk tanah Ampang diredup petang
Rimbun daun tembusu memayungi pusara mu
gemersik bisikannya menyambut ku
seakan terdengar suara abang
dalam syahdu di sayap angin lalu
Abang,
Ku simpan sedu di lapis hati
Ku keringkan airmata Kuala Lumpur yang sepi
piano dan biola mu tetap seperti dulu
rumah kita dan alam seni lah dunia ku
tiap pagi Jumaat mengusapi rindu
membacakan fatehah di nisan pusara mu
Kenangan ku,
adalah juga kenangan masyarakat
seniman seniwati dan para sahabat
yang merasa terhutang budi
kerana asuhan pimpinan Abang Ramlee
Melalui sejuk tanah Ampang
melalui rimbun senyum tembusu
melalui wangi kuntum kemboja
berkat keramat selendang puteh ku
yang Abang belikan dulu
Semoga abang mendengar,
Bisikan kenangan
dari sebuah lagu kesayangan
ciptaan Abang Ramlee ku
dalam rindu kasih suara isteri mu
(Nyanyian)
Damai kekasih ku di pusara mu
sejuk tanah Ampang di redup petang
angin lalu bisikkan lah oh rindu ku
dalam lagu kesayangan oh Abang ku
Sejuk tanah Ampang diredup petang
Rimbun daun tembusu memayungi pusara mu
gemersik bisikannya menyambut ku
seakan terdengar suara abang
dalam syahdu di sayap angin lalu
Abang,
Ku simpan sedu di lapis hati
Ku keringkan airmata Kuala Lumpur yang sepi
piano dan biola mu tetap seperti dulu
rumah kita dan alam seni lah dunia ku
tiap pagi Jumaat mengusapi rindu
membacakan fatehah di nisan pusara mu
Kenangan ku,
adalah juga kenangan masyarakat
seniman seniwati dan para sahabat
yang merasa terhutang budi
kerana asuhan pimpinan Abang Ramlee
Melalui sejuk tanah Ampang
melalui rimbun senyum tembusu
melalui wangi kuntum kemboja
berkat keramat selendang puteh ku
yang Abang belikan dulu
Semoga abang mendengar,
Bisikan kenangan
dari sebuah lagu kesayangan
ciptaan Abang Ramlee ku
dalam rindu kasih suara isteri mu
(Nyanyian)
Damai kekasih ku di pusara mu
sejuk tanah Ampang di redup petang
angin lalu bisikkan lah oh rindu ku
dalam lagu kesayangan oh Abang ku
p/s: Nilai kasih sayang sudah makin terhakis dalam masyarakat kita……..
13 comments:
Salam de_kerinchi:
Dari apa yg saya dengar, memang Allahyarham Saloma amat kasih kpd Allahyarham P. Ramlee. To her he is everything in this whole world.
Yes, that kind of love is very rare nowadays.
Salam Saudara dr tok asid
Sebenar nya nak tekan kan berapa ramai suami isteri yang boleh berkorban demi cinta kasih dan sayang hingga akhir hayat....kalau setakat cinta muda mudi banyak rasanya...dewasa ini kalau kita lihat amat jarang kasih sayang itu diterapkan dirumah...menyebabkan anak-anak akan mencontohi apa yang dihidangkan di depan mata.
Salam dekerinchi
lama akak tak masuk sini.akak cuti bersalin.
Selalunya si suami yang curang, isteri ni kebanyakan nya paling setia jaga suami hingga akhir hayat
salam kak rita,
tahniah.....emmm dalam dunia moden ni rasa nya kedua-dua nya ada potensi untuk curang...tapi kebarangkalian nya mungkin berat pada lelaki....
kasih sayang berlapikkan materialisting, selamat menjalani ibadah puasa
Salam maksu,
Yang susah nya dalam dunia moden ni takder wang tak boleh jadi...apa nak buat....Selamat berpuasa juga...
Isteri yang setia..mungkin bukan sekadar menjadi teman sebantal, makan sepinggan..Setia itu lahir dari hati. Setianya isteri sehingga di belakang suami pun takut untuk menyapa/menjawab sapaan lelaki lain..mungkin....
encik dekerinchi, kalau ada masa jawab tag saya yer, kalau tak nak tak apa laa...bukan jatuh hukum pun. sila menjengah ke blog saya untuk mengetahui tajuk tag. tq
setia sampai bebila..
Salam Bayan,
Tapi dalam dunia moden ni sanggupkah ita buat begitu..sukar juga nak implement....tapi benda yang baik harus dibuat...
tag mengetag ni saya tak berapa arif tapi takpa saya cuba..heheheh
Salam Ien
Bagus ler..begitu...pada sapa ekk heheheh
Tentu awak pernah baca petikan yang bunyi dia lebih kurang begini;
'Jangan mengharapkan isteri yang berpekerti seperti Khadijah andai diri tak mampu menjadi sehebat Rasulullah'
Apa-apapun mu dear, it takes 2 to tango.
Salam Ramadhan dari akak yang giler merapu nih, hehehe.
Salam kak unku,
Ya..saya dengar ungkapan tu....dalam maksud nya..dan mengetar jiwa..boleh membuatkan orang sedar diri...huhuhu
laa.. tajuk sebijik dgn lagu Setia Seorang isteri dari tem Wildan/.. isk3
Salam puteri....
Ye ker tak perasan...huhuhu..tapi ni untuk tajuk ..kisah dulu-duu..
Post a Comment