Malaysia Tanah Airku....

September 05, 2007

Kota Yang Roboh




Tindakan pihak berkuasa yang masih berlembut dengan
penternak babi memang menghadirkan rasa kurang senang di hati. Persoalan nya kenapa penternak babi boleh ditangguhkan perpindahan nya? Bayangkan sudah hampir 50 tahun mereka diberi peluang beroperasi malah mengundang rasa kurang senang penduduk setempat ia masih tetap dibenarkan beroperasi hingga 21 September nanti. Selama 50 tahun itu apa agak nya ADUN dan pihak berkuasa setempat buat atas masalah ini.? Takkan buat-buat lupa…atau buat-buat tak dengar..atau buat-buat tak nampak jer kot…

Tidak cukup kah kelonggaran masa yang diberi selama 50 tahun oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah dan Pejabat Tanah yang membenarkan kawasan penternakan ini beroperasi tanpa memenuhi peraturan yang ditetapkan malah.air buangan najis juga tidak diproses ?. Tauke-tauke babi ini sudah lama kaya raya…yang tetap menanggung derita adalah penduduk setempat…Jadi mana keadilan nya..?

Tindakan oleh Tauke-tauke babi ini, jelas mencabar pihak berkuasa apabila sanggup melontarkan bom petrol kearah penguatkuasa? Sikap ini merupakan gambaran sikap kesamsengan yang perlu diambil tindakan…pihak berkuasa harus bertegas untuk melumpuhkan operasi petempatan babi ini dan jangan dilupa membaling bom petrol adalah kesalahan serius dan boleh dianggap merusuh malah perbuatan rasa ingin mencederakan orang dengan bahan letupan, mengugut serta menghalang penjawat awam dari menjalankan tugas juga satu kesalahan besar. Oleh itu, ia juga harus dikenakan tindakan undang-undang.

Tidak cukup, dengan peragai samseng, mereka menyanyikan lagu kebangsaan pula…ini juga bagaikan satu perbuatan kurang matang, seolah-olah mencemar imej lagu kebangsaan dan cuba memperli pihak berkuasa …Patriotik kah mereka kerana ingin mempertahan kan babi untuk negara? Patriotik kah mereka jika selama ini mereka melanggar segala arahan dan undang-undang Negara?…….Tepuk dada tanya selera…Ini lah makna nya 50 tahun merdeka… kepada kesenangan yang dikecapi selama 50 tahun oleh si penternak-penternak babi di Melaka….

Kalau pihak berkuasa boleh bertegas menghalau para setinggan tanpa ada rasa perikemanusiaan takkan sukar sangat nak halau binatang bernama babi? Kalau setinggan boleh diberi pancutan air takkan tauke babi boleh terlepas pandang? Kalau Setinggan dihadiahkan cota di badan oleh PGA, takkan takut nak balun Tauke babi….takut haram kot..Jadi sekali lagi..dilaungkan… mana keadilan nya?

Bayangkan 160,000 ekor babi bukan satu jumlah yang kecil…berapa banyak pencemaran alam sudah berlaku selama 50 tahun ini? Begitu derita penduduk setempat mengharungi hidup selama lima puluh tahun ini, menghidu segala bau yang kurang enak ini, sedangkan para adun dan pemimpin duduk di tempat yang indah, selesa lagi harum bau nya…..Kalau kandang ini disebelah rumah mereka rasa nya dah lama Tauke tu KO….

Jika diambil kira arahan kerajaan untuk mengurangkan babi sehingga berjumlah 48,000 maka bermakna jalan-jalan di kawasan ini akan disajikan pemandangan perarakan babi-babi merdeka..!!! sekurang-kurang nya dijangka 1000 ekor babi sehari akan mengalami proses pelupusan ini sehingga tarih tamat operasi pada 21 September nanti.


Kampung Paya Mengkuang akan menjadi mercu tanda keunggulan penternakan babi di Melaka apabila Datuk Wira Abu Seman Yusop bermadah


“Kita mahu hanya Kampung Paya Mengkuang sahaja yang mempunyai ladang ternakan babi. Ladang-ladang di Kampung Ayer Molek, Kampung Bukit Beruang dan Kampung Man Lok ditutup kerana tiada permit. Pada masa depan tiada lagi ladang ternakan babi di kawasan Alor Gajah termasuk di Kuala Sungai Baru kerana kawasan tersebut mempunyai pelbagai produk pelancongan baru yang berpotensi untuk dibangunkan.”


Agak nya jika babi-babi ini dilupuskan maka ekonomi Malaysia akan terjejas teruk, itu yang menyebabkan pihak berkuasa mengambil sikap berhati-hati. Adalah amat pelik jika diambil kira bahawa negeri Melaka hanya lah seluas 1,650 kilometer persegi malah jika di kira keluasan Daerah Alor Gajah ia hanya berkeluasan 66,302 hektar tetapi babi-babi ini masih terlepas pandang dari mata pihak berkuasa. Wahai Pemimpin-pemimpin yang bijak dengarlah rintihan anak-anak pimpinan mu ini …dengarlah keluhan mereka….ambil lah tindakan yang menyenangkan mereka…Jangan biarkan pegundi mu derita…… Dek beberapa kerat Tauke kaya…haruskah dikorbankan rakyat yang banyak…? Renung-renungkan lah……….


p/s: Jangan nanti ada madah berbunyi : “Kalau Roboh Kota Melaka, Kandang Babi kami dirikan…” Nampak nya Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam lebih fobia dengan Virus Kelawar dari Virus JE

8 comments:

rapat_umum said...

salam tuan,

Alahai melaka ni tak habis-habis dengan kesah babi...apa nak jadi....

de_kerinchi said...

salam rapatumum

Itu yang pelik Melaka tidak habis-habis dengan cerita babi...harap KM Melaka buat kerja lebih sikit...

ayamsabung said...

salam DK

Semalam Menteri N9 dalam berita TV3,marah sangat sampai tahan lori babi, dia tak mahu N9 jadi negeri babi sambil beri amaran N9 bukan perkampungan babi...dan lori babi tak boleh lalu wilayah nya..heheheh...

de_kerinchi said...

Salam ayamsabung

Ia semalam saya ada tengok berita..nampak macam nak sindir KM Melaka..

H@iRiE said...

pelik nampaknya.. penguatkuasa takut nak ambil tindakkan pada penternak2 babi tu...
apasal diorang takut ek...? takut 'terkantoi' ker

de_kerinchi said...

salam H@irie

Yang pelik nya ada sikap double standard..apapun kena siasat juga kenapa ia harus berlaku di negeri yang kecil dan terlalu lama pula operasi nya tidak dibendung...

Fauziah said...

kesian kat org yg dok kat kawasan babi tu. yang berhormat x rasa ke andainya depan umah dia ada babi tu leh tahan ke dia dgn bau...uwek...50 tahun bukan sekejap oi. akak ni dah 45 thn hidup...alahai kalu dok situ agak hidung dah tepu bau babi. knp susah sgt nak bertindak ek? ke ada apa-apa di belakang kes ni? kang ckp lebih kena tahan ISA lak...

de_kerinchi said...

Salam KakG

Selalunya belum kena batang hidung sendiri kita takkan sedar...

Selamat Berpuasa...........

Blog Widget by LinkWithin