Malaysia Tanah Airku....

August 30, 2007

Pengorbanan Rakyat Untuk Kerajaan?



Tambang bas dan teksi mungkin dinaikkan
Pi mai-pi mai tang tu, dan alkisah untuk kesekian kali nya rakyat yang akan menjadi galang ganti nya.

Kalau dilihatkan perkhabaran bahawa kemungkinan tambang bas dan teksi akan dinaikkan dengan alasan untuk menggalakkan pengusaha kenderaan awam membaiki ciri-ciri keselamatan dan mutu perkhidmatan mereka, bukanlah satu perkhabaran yang enak untuk didengar. Nampak nya kalau perkara ini dibenarkan berlaku bermakna sekali lagi kebanyakan rakyat akan terpaksa menangung beban demi mewujudkan rangkaian pengangkutan awam yang cekap, selesa dan selamat. Keadaan ini pasti menyebabkan pengusaha pengangkutan awam menyokong cadangan ini dengan hati yang terbuka dan senyuman lebar terukir di bibir bagi meraikan kekalahan rakyat untuk kesekian kali nya..

Masih baru diingatan kita, semasa tambang feri Pulau Pinang naik tempoh hari juga menggunakan slogan yang sama iaitu "demi untuk peningkatan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna menerusi penyediaan feri baru yang lebih selesa dan pantas".

Teringat saya, satu lagi isu tentang kenaikan harga minyak dimana kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa penjimatan RM4.4 bilion berikutan kenaikan harga runcit petroleum sebanyak 30 sen akan digunakan untuk menaik taraf sistem pengangkutan awam dimana secara tidak lansung ia memberi makna bahawa rakyat lah yang bertangung jawab dalam masalah ini dan wajib memikul beban ini bersama.

Kemudian Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengatakan bahawa RM4.4 bilion itu masih tidak cukup untuk membaiki kesemua rankaian sistem pengangkutan awam di seluruh negara ekoran dana tersebut semakin berkurangan berikutan kenaikan berterusan harga minyak mentah di pasaran dunia. Lalu beliau dengan segera memperkenalkan PFI atau dalam bahasa orang putih nya Private Financing Inititatives menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), di mana ia pertujuan untuk merangsang pembabitan aktif sektor swasta dalam menjayakan lebih banyak projek pembangunan dengan jaminan bantuan kerajaan.

Kalau lah kaedah yang disarankan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Mohamed Khaled Nordin itu direalisasikan maka ia seakan-akan memberi isyarat kepada kita bahawa, PFI itu tidak lagi berfungsi dengan jaya nya dan berkemungkinan besar kerajaan sudah kekurangan sumber kewangan nya. Jadi jalan keluar yang singkat dan standard, yang dok ada di kotak fikiran Menteri kerajaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ini, ialah mengalihkan segala beban tersebut kepada rakyat...!!!

Jadi benarlah bicara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sedikit masa dahulu :

“Rakyat nak senang belaka tapi kesusahan kenalah kita akui dan kesusahan ini akan kena kepada kerajaan. Ia akan membawa kesan kepada peruntukan pembangunan dan yang pertama sekali akan terkena ialah kewangan yang diperlukan untuk memperbaiki perkhidmatan awam".

p/s: Peringatan : Seruan ini hanya sesuai untuk mereka yang bersetuju sahaja (Bagi yang tidak bersetuju, sila abaikan):

Marilah bersama-sama kita berganding bahu, membantu kerajaan dengan mengeluarkan duit poket kita untuk membangunkan sistem pengangkutan awam yang cemerlang di bumi yang akan menyambut 50 tahun Merdeka ini.....

9 comments:

tokasid said...

Salam saudara de_kerinchi:

Saya lihat segmen tersebut dalam Berita jam 8 semalam. Saya jadi hairan dan teringatkan anggapan saya pada tahun lalu: Apa-apa pun tindakan kerajaan, yang akan menanggung beban ialah rakyat jelata.

Memanglah dalam sistem demokrasi Malaysia, kerajaan mewakili rakyat dan pada dasarnya(sepatutnya) sebarang tindakan kerajaan adalah tindakan dan kehendak rakyat. Tapi benarkah begitu pada hakikatnya? Benarkah kebanyakkan keputusan kerajaan di restui majoriti rakyat? kalau ikut jumlah undi mungkin lah. Tapi kalau kita lihat luahan rakyat di media bebas atau di warung2 kita tahu banyak tindakan kerajaan yg rakyat tidak bersetuju.

Kalau kita anggap tindakan kerajaan adalah tindakan rakyat, maka yang sebenarnya, pihak yg menaikkan harga barangan dan perkhidmatan adalah RAKYAT sendiri. Yang memberi projek mega kepada kroni pemimpin adalah RAKYAT sendiri. Yang membiarkan gejala RASUAH terus menjalar adalah RAKYAT sendiri. Yang membiarkan syarikat mewah negara di jual kepada Singapura adalah RAKYAT sendiri. Yang membiarkan penipuan ketika pilihanraya adalah RAKYAT sendiri. Yang membiarkan Parlimen menjadi sebuah sarkas adalah kita,RAKYAT Malaysia.

Kalau yang buat perkara=perkara tak senonoh dalam negara adalah kita, RAKYAT Malaysia, jadi mengapa perlu kita bising-bisng bila kerajaan nak naikkan itu dan nak naikkan ini ye? Kita buat sendiri ,lepas tu kita nak marah diri kita sendiri pula?

Does that make any sense at all?

ps- bro, saya buat entry baru menggunakan response ini dan saya linkkan entry saudara as the main topik.

Mak Su said...

tak de maknenyer

de_kerinchi said...

Salam saudara dr. tok asid

Saya sebenar nya bosan bila balik-balik jalan penyelesaian nya pergi kepada rakyat. Bagai tiada satu solution yang lebih baik untuk diketengahkan...

Dalam negara Malaysia ini pegundi masih dihantui nostalgia lama dan yang paling penting masih ramai yang masih boleh makan walau pun terpaksa masuk melalui hidung. Perkara ini menyebabkan mereka malas nak pikir panjang dan mengikut apa kata keadaan keliling nya.

Mereka ini malas nak bersuara, sama malas nya hendak berpersatuan fasal itu bila tiap kali mesyuarat parti diadakan amat kurang sekali luahan bangkangan sebab yang penuh dok dalam mesyuarat parti tu kaki ampu dan pasti semua perkara dianggap akan ditanggung beres...

Hendak menyalahkan pengundi sepenuh nya, mungkin ada pro dan kontra, disini kita melihat adalah sangat tidak adil kepada mereka yang memang tak menyokong tetapi dipaksa menyokong...

Apapun pendapat saya, selagi penduduk Malaysia tidak tersepit selagi itulah sokongan akan terus mengikut tradisi, melainkan ada satu entiti yang lebih berpengaruh dan berwibawa muncul untuk membela nasib rakyat, maka senario ini akan berubah....


Salam Maksu

Memang tiada makner nya...kalau titik peluh kita diperah tanpa belas kesian..merdeka kah kita..?

Puteri said...

kasihan pada diri kita yang terpaksa menanggung..

harga pgangkutan awam akan naik lagi?
ah.. susahnya.. ;(

de_kerinchi said...

Salam puteri,

Harap-harap kerajaan tidak menaikkan harga tambang, yang saya kesalkan ialah kenyataan menteri itu, tak patut memberi "hint" seolah-olah rakyat merupakan jalan keluar terbaik atas segala masalah yang timbul...

tunku said...

biasalah yg menjadi mangsa akhirnya ialah rakyat, kerajaan pun bijak, bila nak naikkan harga mulalah sorok barang, lepas tu mahu tidak mahu rakyat terpaksa bayar lebih.sekarang ni teksi kat kl mogok, tak lama lagi lulus la kenaikan harga tu.

de_kerinchi said...

Salam Tunku,

Kesian kepada rakyat iaitu diri kita sendiri, yang hari-hari bergelut dengan kehidupan yang main menekan ini, kita sebagai rakyat hanya dapat bersuara dalam senyap..nak difikirkan masa PRU ,macam-macam janji diberi tapi banyak yang tak tercapai...bila dekat PRU baru nak terhegeh-hegeh menunjuk muka.. nak berbudilah konon..

Puteri said...

PRU tu ape?
;)

de_kerinchi said...

Salam puteri

PRU=Pilihan raya umum
PRK=Pilhan raya kecil....

Blog Widget by LinkWithin