Malaysia Tanah Airku....

July 18, 2007

Hilang nya Sebuah Etika.

Keluarga Terguris

Al-Fatihah…untuk pejuang Negara kita yang gugur di dalam nahas helikopter Nuri Sikorsky S-61. Dalam kita bersimpati dengan kejadian ini, ada satu laporan yang kurang menyenangkan hati kita dan tidak sepatutnya berlaku di zaman yang serba canggih dan moden ini. Dilaporkan sebuah stesyen TV Malaysia telah membuat satu laporan salah, tidak benar dan palsu malah disiarkan di seluruh Negara untuk tatapan rakyat Malaysia. Antara berita yang disiarkan oleh stesyen tersebut ialah mendakwa dan mengambarkan bahawa salah seorang mangsa nahas tersebut iaitu Allahyarhamah Kapten Nor
Intan Asykeen terselamat dari nahas. Tetapi malang nya berita itu adalah tidak benar malah sebenarnya kesemua mangsa yang terlibat telah terkorban dalam nahas tersebut. Saya merasa sedih bila berita yang melibatkan nyawa ini tidak ditapis, tidak diselidiki, tidak disahkan benar, tidak dipastikan sumber nya malah disiarkan bagaikan tiada etika lansung. Perkara begini akan menyebabkan saluran –saluran berita ini hilang kredibiliti dan ketelusan nya. Rasa kurang percaya dan was-was kepada sumber berita yang disiarkan oleh mereka akan sentiasa bermain di ingatan para penonton mereka, akibat kecuaian ini.

Sebelum ini kita seringkali menghadapi masalah dengan segelintir media-media cetak kita yang terang-terang melakukan laporan yang salah dan tidak tepat. Kini penyakit ini berjangkit pula kepada Stesyen Televisyen pula, sebelum ini kita pernah juga mendengar laporan salah yang disiarkan oleh stesyen radio kita (masihkah kita ingat lagi, tentang laporan kemangkatan Yang Dipertuan Agung oleh salah satu radio popular tempatan?). dan kini fonomena ini telah berjangkit pula kepada saluran televisyen pula.

Walaupun persaingan hebat media cetak dan elektronik ini merupakan sesuatu yang baik, tetapi etika penyiaran itu haruslah dipegang dan masih menjadi asas panduan setiap penerbitan. Janganlah disebabkan ingin menjadi penyampai yang "terunggul, cepat dan tepat" menyebabkan mereka berebut-rebut menyiarkan berita tanpa usul periksa. Masing-masing ingin menujuk jaguh, siapakah yang dapat menyiarkan berita yang paling awal dan akhirnya akan memakan diri apabila terdapat berita-berita palsu dan memalukan sebegini. Sekurang-kurang nya pihak media ini perlu juga bertanggungjawab dalam apa yang disiarkan oleh mereka agar mereka tidak menjadi sebuah media “sampah”. Di pihak kerajaan juga, harus memainkan peranan penting dan mengambil langkah- langkah tegas dalam menanggani isu ini, jangan asyik sibuk nak mengata para bloggers sahaja yang menipu……

Laporan palsu mengenai keadaan rumahtangga Cik Siti kita juga menguatkan lagi gambaran bahawa bertapa tempang nya institusi penyiaran kita dewasa ini. Nampak nya etika kewartawanan itu telah diletakkan ditempat yang terlalu rendah. Dengan berpandukan laporan SMS sahaja, membolehkan akhbar ini menjadikan ia satu isu di akhbar mereka, amat memalukan.(Tindakan menyaman oleh Dato’ K, adalah amat tepat sekali bagi membendong perkara ini dari terus berlaku). Persoalan nya haruskah pihak media,menyiarkan berita-berita “sangkaan” ini tanpa merujuk kepada kod etika penyiaran? Semua perkara yang mencacatkan ini harus dibendung agar ia tidak menjadi wabak dan bukan sahaja akan menjangkiti semua penyiar tetapi juga pembaca, penonton dan pendengar nya. Apapun diharap pihak saluran televisyen yang terlibat, harus memohon maaf secara tebuka kepada keluarga mangsa dan penonton mereka rentetan apa yang didakwa sebagai satu pembohongan ini atau sekurang-kurang nya menjelaskan apakah releven nya berita tersebut disiarkan sekiranya mereka dipihak yang benar..

Nota: Catatan ini adalah soalan standard oleh pemberita.

Soalan satu: Apakah perasaan keluarga apabila menerima berita ini?

...Mestilah terkejut, sedih takkanlah gembira...

Soalan dua : Adakah perubahan sebelum dia meninggal dunia?

Soalan standard jenis ni paling saya tidak suka, Persoalan nya adakah perlu menanya soalan sebegini? Asalkan ada berita kematian jer pasti tanya "tanda mati"...bila orang pergi mengajar ilmu tanda-tanda mati, dikatakan ajaran sesat pula?

p/s: Tidak semua wartawan dan petugas penyiaran begitu, janganlah disebabkan “nila setitik, rosak susu sebelanga”.

16 comments:

Anonymous said...

Kaktie

al-fatihah kepada mereka semua, dan harap keluarga mereka bersabar.
Berita sebegitu memang tak bertanggung jawab memang mengguriskan hati.

ayamsabung said...

Al-fatihah dan takziah kepada keluarga mereka.

Sepatutnya kejadian sebegini tidak berlaku, inilah akibat terlalu ghairah mengejar berita.

Anonymous said...

saya ucapkan takziah kepada keluarga mangsa. mungkin mereka tidak membaca blog ini tapi saya amat bersimpati dengan kehilangan mendiang (arwah) yg telah pergi.

pada pandangan sayapun, media tersebut harus minta maaf secara terbuka...

tokasid said...

Salam saudara de_kerinchi:

Dalam banyak hal kita telah kehilangan etika. para doktor pun ramai yg tak beretika. para peguam,jurutera pun ramai tak beretika. Ahli politik jangan cakaplah...siapa yg ada etika adalah rare breed.

Kini media merupakan tempat/wadah untuk mengsensasikan kejadian. Untuk dapat rating tinggi kononnya.
Perasaan kaum keluarga?? Sejak bila perasaan kaum keluarga mangsa di ambil kira? Sejak bila perasaan mangsa diambil kira?

Mungkin dunia media pun sudah jadi dunia mengejar wang bukan lagi melapurkan kebenaran.

de_kerinchi said...

Salam Kaktie

Memang pedih rasa dihati, apabila pada mula harapan diberi tetapi kenyataan nya berbeza.

Ayam Sabung,

Akibat mengejar rating kot, habis semua terpalit...


Lady_mariah,

Kita hanya mampu mengucapkan takziah dan simpati...dan berharap tragedi ini tidak akan berulang lagi...yang penting tukar ajer Nuri ...jet canggih boleh beli nikan pula helikopter yang penting ni.

de_kerinchi said...

Salam saudara Dr Tokasid,

Saya setuju manusia sudah banyak meninggalkan nilai-nilai murni dan kemanusiaan.

Media juga kini tempat mengejar rating demi duit semata-mata...lihat sahaja soalan yang dilontarkan oleh wartawan ini ada saya postkan cerita tambahan dalam artikal diatas

p/s: Belum lagi rating peraduan SMS...

Anonymous said...

Saya amat bersetuju..saya juga terkejut dgn temuramah ini..soalan2nya pula begitu mengusik jiwa...
tidak patut soalan begini ditanya n dlm siaran lansung pula tue..

de_kerinchi said...

Salam aarin

Itulah sebab nya, etika harus dijaga..perasaan orang lain juga harus dijaga...jangan fikir diri sendiri...walaupun kita perlu faham tugas wartawan, tapi wartawan juga perlu faham perasaan orang lain ...lihatlah situasi masa itu bagaimana...

Anonymous said...

saya pun bengang kalau dengar wartawan tanya soalan :

Soalan dua : Adakah perubahan sebelum dia meninggal dunia?

gila ke tanya soalan camni? tak der maknanya. Agaknya wartawan tu nak terbit sebuah buku yang bertajuk : Tanda-tanda sebuah kematian.

*saya paling bengang dengar soalan salah seorang wartawan Melodi yang selalu tanya soalan agak 'tidak beradab'.

de_kerinchi said...

Salam Bayan,

Memang dia orang tiada perasaan, soalan begitu tak payah soal..

Wartawan Melodi tu memang tiada adap sopan, macam suka melaga-lagakan orang..tu semua ikut cara mat salleh lah tu...Kalau dah nama nya melayu islam tolonglah jaga adap sopan sebagai melayu islam jangan mencontohi benda-benda yang tak elok..apapun semuanya atas tiket mengejar rangking...

rapat_umum said...

Alhamdulillah ...Akhirnya Kerajaan nak tukar nuri buruk tu...

Sunan_Jati said...

heheh nuri tuh dah buruk ka? heheh
:P

Mak Su said...

masalah gelabah ler ni, nak cpt sgt jadi cacamarba akhirnya.

de_kerinchi said...

Sunan jati,

Nuri tu dah patut bersara, Nuri dah berkhidmat sejak tahun 1968.. bayangkan..

Maksu,

Tulah asyik nak kerjar isu, tak ingat dunia dah...

Unknown said...

saya setuju perkhidmatan Nuri ditamatkan serta merta. menganiaya orang jer pakai Nuri tu. menangis saya dengar berita ni hari2. takziah kepada keluarga mereka.

mengenai soalan-soalan feveret wartawan tu plak, saya memang tak suka. ahli keluarga tengah bersedih, terus terus datang menyerbu tanya soalan2 yg tak patut. siap ambil gambar lagi. takder nilai-nilai kesensitivitian langsung.

de_kerinchi said...

Salam azahcomel

Memang dah patut tamat, nasib baik kerajaan dah ambil keputusan tukar tapi malang nya kita terpaksa guna sampai dua tiga tahun lagi sebelum ditukar, nak tunggu proses tender..mudah-mudahan tiada lagi tragedi yang berlaku.

Wartawan....sedih nak cerita...susah nak cakap...

Blog Widget by LinkWithin