Malaysia Tanah Airku....

April 06, 2007

Siapa Yang Tidak Bermoral?



Pada mulanya isu pergaduhan di DUN Machap tempoh hari, saya menanggap hanya sebagai gimik pilihanraya. Tetapi ekoran kenyataan Dato Seri Ali Rustam dan S. A. Vigneswaran di TV3 yang memberi komen semalam, saya ingin memberi beberapa komentar.

Antara lain Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan tindakan segelintir penyokong DAP mengejek serta mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN) sehingga tercetus pergaduhan penyokong semalam sebagai tidak bermoral.

Antara mengejek dan memukul siapakah yang melakukan perbuatan yang lebih tidak bermoral? Apakah provokasi yang hanya mengeluarkan kata-kata "Undur Samy... Undur Samy..” menyebabkan penyokong BN ini hilang pertimbangan? malah lebih mendukacitakan lagi, mangsa dikatakan telah diserang dengan batang kayu tajam yang mengikat bendera MIC serta batu-bata.

Dalam isu ini, sepatutnya ahli-ahli BN tidak mengikut hati dan perasaan, apatah lagi Ahli-ahli BN sudah lali dengan kaedah provokasi yang dikatakan digunakan oleh pembangkang ini. Malaysia merupakan negara yang mengamalkan demokrasi dan mempunyai undang-undang. Budaya samseng hendaklah dielakkan dan sepatutnya tiada dalam kamus perjuangan BN, apatah lagi ia hanya berkaitan hal dan isu yang remeh temeh.

Bagi para pemimpin BN , janganlah hanya memberi komen menyokong secara membuta tuli, Kalau salah katakan salah, baru dikatakan orang pemimpin yang bermoral, bijak lagi adil. Dalam hal ini, provokasi bukanlah hal yang paling utama, tetapi perkara yang perlu diambil perhatian ialah perbuatan membalas dan menyerang yang melibatkan kecederaan fizikal itulah yang perlu dibimbangkan. Tidak kira apa juga fahaman politik yang dipegang, jenayah tetap harus dielakkan dari berlaku dalam masyarakat kita.

p/s: Inikah yang dikatakan sokongan membawa rebah?

4 comments:

rapat_umum said...

Salam Bro Kerinci

selalunya kalau penyokong kerajaan semuanya betul, yang salah semuanya pembangkang...

Betul macam apa yang dikata, tidak kira apa juga parti kalau salah tetap akan menerima hukuman...barulah adil..

Anonymous said...

Dulu kata pembangkang membudaya samseng, tetapi sekarang sendiri mahu ingatlah.

tokasid said...

Salam to Kerinchi.
Tak payah tgk anak bilis BN. Kalau jerung di Pahang bolh tunjuk jari dan pungkoq dia masa nomination day apa lagi yg kita boleh kata? Yg pencacai ni mesti ikut punya.

de_kerinchi said...

salam kembali tokasid

Tulah namanya politik,

Kalau ditegur melenting jer, padahal bukti secukup rasa ada didepan mata...

apa nak buat kita pun bilis...

Blog Widget by LinkWithin