Catatan perjalan ke Hospital Selayang 04 April 2007 untuk direnungi :
Lampu Isyarat- Sikap tidak sabar dan suka melanggar peraturan hampir menyebabkan terjadi nya satu pelanggaran antara empat buah motor dengan sebuah van. Sikap buruk penunggang-penunggang motosikal yang tidak mematuhi lampu isyarat merupakan satu fonomena biasa yang boleh kita lihat sekarang ini. Kalau diperhatikan, sikap melanggar lampu isyarat ini, sudah amat kerap berlaku di kalangan penunggang motorsikal. Sikap yang tidak elok ini harus dipantau dan diambil tindakan oleh pihak berkuasa, bagi mengelakkan kejadian buruk dari berlaku.
Sampah – Membuang sampah merata-rata juga telah menjadi tabiat buruk di kalangan pemandu kenderaan. Adalah satu tabiat yang jelik bila kita melihat pemandu kenderaan ini membuang sampah melalui cermin tingkap kenderaan mereka. Bahan-bahan yang dibuang oleh mereka bukan hanya terhad kepada benda-benda yang kecil tetapi meliputi bahan-bahan seperti, kulit buah-buahan, tin atau botol minuman, malah ada juga yang membuang akhbar dan majalah. Tindakan mereka bukan sahaja mengotorkan alam sekitar, tetapi juga boleh mengundang bahaya kepada pengguna yang lain, terutama nya penunggang motorsikal, basikal dan pejalan kaki.
Stesyen Minyak – Acap kali larangan merokok dan penggunaan telefon bimbit, tidak dipatuhi oleh pemandu kenderaan di Malaysia. Tahap kesedaran betapa bahaya nya tabiat merokok dan penggunaan telefon bimbit di stesyen minyak adalah amat kurang ataupun sememang nya rakyat Malaysia tergolong dari mereka yang suka melanggar peraturan dan degil. Nampak nya kerajaan harus menguatkuasakan denda sebagai medium mendidik pengguna Malaysia untuk bertanggunjawab atas keselamatan diri dan orang lain.
Merokok – Kerajaan sudah mewartakan Hospital merupakan salah satu tempat larangan merokok, tetapi nampak nya, larangan tersebut hanya dipandang sepi oleh perokok-perokok tegar ini. Tanpa menghiraukan papan tanda larangan dan keselesaan pengguna lain, perokok-perokok yang hanya mementingkan diri sendiri ini, hanyut dalam dunia mereka sendiri. Bukan itu sahaja mereka juga membuang puntung-puntung rokok di celah-celah rimbunan pokok-pokok hiasan dan laluan pejalan kaki hospital, menggambarkan bertapa tidak bermoralnya mereka ini.
Sebenarnya banyak lagi , sikap rakyat Malaysia yang perlu diubah dan diperbaiki. Misalnya sekiranya kita besar kan skop larangan merokok di tempat- tempat awam yang lain seperti Sekolah, Pejabat-Pejabat kerajaan, Parlimen dan lain-lain, pasti kita akan dapat melihat tabiat melanggar arahan amat berluasa diamalkan oleh rakyat Malaysia. Timbul persoalan di fikiran kita, adakah perkara ini disebabkan oleh kelemahan penguatkuasaan ataupun memang inilah sikap sebenar rakyat Malaysia ini.
April 05, 2007
Rakyat Malaysia Yang Perihatin?
p/s: Ada Penguatkuasa di hadapan mata, semua kelihatan sempurna..Hilang dari pandangan, akulah raja...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment