Malaysia Tanah Airku....

April 12, 2007

Sheih antara prinsip dan perjuangan.


Saya baru kembali dari kampong orang tua saya di Melaka, dan terus singgah sebentar ke Machap untuk melihat suasana pilihan raya kecil di sana, malang nya saya tidak mampu untuk tunggu lama di sana kerana tiada agenda utama, selain memberi sokongan moral sahaja lagipun kelihatan jentera kerajaan sememangnya kukuh di sana. Saya percaya rakan-rakan yang lain masih bertungkus lumus memberi sokongan di sana, termasuklah sahabat saya, tokasid yang mungkin masih berkampung disana.

Sepanjang minggu ini ada juga terdengar suara-suara membisikkan “lagu” mengenai penghijrahan saudara Sheih Kicdefella bekerja dengan kerajaan Kelantan. Ramai yang meragui tujuan saudara Sheih berbuat begitu, hingga timbul saranan “Sheih keluar UMNO dan sokong pembangkang maka kita harus “kick” dia dari parti kita atau sekurang-kurang nya “kick” dia dari link Blog kita…..

Apa yang ingin saya suara kan ialah tentang sikap prejudis pejuang-pejuang UMNO itu sendiri yang perlukan anjakan dan perubahan. Harus kah kita sebagai ahli UMNO bertindak melulu, cepat melatah dan mengambil keputusan yang semberono, tanpa membuat kajian yang lebih mendalam. Sedarlah kita ini hidup di zaman di mana Ahli UMNO di tuntut untuk berfikiran waras dan rasional. Kita telah lama meninggalkan zaman berpencak silat, maka janganlah kita cepat melatah. Hindarkanlah slogan "Suara menentang, adalah pembelot parti" dari membudaya di dalam parti.(bukan sedikit kita dihidangkan tentang kes-kes ketua Cawangan yang mengambil pendirian menyingkir ahli penentang dengan cara tidak membayar yuran ahli tersebut).

Sebenarnya pada dasar nya kes ini, hampir boleh dikenakan tindakan oleh UMNO dengan mengguna pakai “Peruntukan Fasal 20.8 Perlembagaan UMNO yang dibaca bersama Perkara 1 Tata Etika ahli UMNO, iaitu berkelakuan dengan tujuan menjejaskan kedudukan parti UMNO di dalam kerajaan selain menjatuhkan imej dan nama baik parti”. (Info mengatakan saudara Sheih merupakan Exco Pemuda UMNO Cawangan Seri hartamas)

Malah kelihatan nya, kes Saudara Sheih lebih nyata modus operandi nya berbanding dengan Kes Saudara Abd Zarin bin Mohd Yasin yang lebih dahulu dipecat daripada menganggotai UMNO mengikut fasal tersebut. Lagipun kita digalakkan untuk mengikut saranan kerajaan, konon nya berita blog adalah pembohong, jadi janganlah kita membuat kesimpulan melulu. (Itupun belum terbukti kerana saudara Sheih masih belum melakukan tugas nya secara rasmi)

Tetapi persoalan nya, wajarkah tindakan itu diambil? Selama ini pun kalau kita lihat ramai penyokong pembangkang yang bertugas di sektor kerajaan, malah ramai juga yang menjawat jawatan yang memikul tugas sebagai pelaksana polisi dan dasar kerajaan. Jika dlihat dari sudut kepercayaan dan keselamatan, maka golongan seperti ini lah yang lebih merbahaya dan harus diambil perhatian, kerana mereka inilah merupakan mata dan telinga pembangkang yang memberi sumber maklumat yang hampir tepat dan sangat tepat untuk kepada parti mereka.(Tidak hairanlah banyak dokumen atau maklumat yang dikategorikan rahsia terlepas ke tangan pembangkang). Ternyata strategi pembangkang ini berhasil, dalam menangani, mengawal dan
mengimbangi segala kepincangan yang didakwa wujud di dalam dasar kerajaan.

Saya tidak ingin mempersoalkan mengenai prinsip dan pendirian saudara Sheih, kerana itu hak beliau sebagai warganegara Malaysia yang merdeka. Beliau, berhak menentukan hala tuju nya dan yang penting beliau lebih berhak menentukan undi nya. Tidak kira di pihak manapun kita berada kebenaran harus ditegakkan, kepincangan harus ditelanjangkan demi mengukuhkan dan menegakkan agama, bangsa dan negara.

Ahli yang sayang kan parti akan terus mempertahankan parti nya....mempertahankan parti nya tidak bermakna kita kena akur segala polisi yang bertentangan, dan suara yang menentang belum tentu dia seorang pembangkang .................

p/s: buat saudara Sheih, teruskan perjuangan mu, saya akan tetap mengikuti tulisan saudara dengan penuh minat dan rasional demi menjanakan sifat modal insan yang cemerlang, Gemilang dan terbilang.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin