Malaysia Tanah Airku....

April 09, 2007

Saya Yang Berkhidmat


Semalam pasti ramai yang menonton konsert "jom heboh" di TV3, dan pasti nya ramai juga mungkin terlepas pandang akan rancangan “Edisi siasat” di NTV7 yang keudara di masa yang sama. Edisi siasat di NTV7 semalam, memaparkan betapa daif nya kehidupan penduduk Kampung Sg. Batu Ring di jajahan DUN Lenggong, Perak, akibat janji pilihanraya yang belum tertunai.

Saya rasa sedikit teruja melihatkan jalan di Kampung itu masih bertanah merah, tetapi yang betul-betul menyebabkan saya mengelengkan kepala, ialah tentang keadaan jalan kampong itu yang bukan sahaja bertanah merah tetapi mempunyai struktur geografi yang hanya layak digunakan oleh kenderaan pacuan empat roda. Melihatkan anak-anak berjalan kaki ke sekolah dengan menggunakan lampu suluh, kemudian pergi ke jeti beramai-ramai untuk menaiki perahu dan kemudian nya anak sekolah ini, membantu mendayung untuk menggerakkan perahu ini menuju ke destinasi , memberikan kita gambaran bertapa sukar nya kehidupan penduduk di kawasan itu yang terletak di Semenanjung Malaysia. maka tidak hairanlah rata-rata penduduk di kawasan itu mempersoalkan kewibawaan kepimpinan Ketua Kampong, Ketua Cawangan dan YB di kawasan itu, dalam melunaskan janji-janji pada pilihanraya yang lalu.

Kini setelah hampir detik pilihanraya bakal menjelang kembali, masih belum ada tanda-tanda janji-janji ini akan ditunaikan. Kita berharap YB yang dilantik dapat lah menunaikan janji, yang telah dibuat, janganlah menjadi pemimpin yang suka menabur janji tetapi tidak menepati nya. Rasanya tidak ada masalah besar yang timbul sekira nya pihak terbabit ingin memperuntukkan sedikit belanja bagi membaiki kemudahan asas seperti jalan dan pemasangan lampu jalan di kampong ini, lagipun perkara ini sudah memang berada di dalam agenda janji yang ditaburkan sebelum kemenangan dahulu. Di masa inilah pihak yang terbabit harus , membayar kembali budi baik para pegundi di situ yang selama ini menyokong mereka, tanpa was-was.

Kita sekarang menuju kearah negara moden, sepatutnya cerita-cerita janji pilihanraya yang tidak tertunai ini tidak lagi wujud di era ini, apatah lagi YB ini mewakili parti yang dikatakan kaya dan suka membantu rakyat. Janganlah YB hanya sanggup meredah onak dan duri masa pilihan raya sahaja, apabila menang dan duduk di kerusi empuk lansung lupa di mana bumi dipijak.

Jika perkara ini tidak ditangani dengan segera maka kemungkinan kepercayaan rakyat keatas parti yang terbabit pasti akan terhakis. Janganlah memberi satu lagi contoh modal insan yang pincang untuk tatapan rakyat. Tidak kira parti apapun yang diwakili janji tetap mesti di kota, kalau rasa tidak mampu untuk menunaikan janji maka usah lah sanggup membuat janji.

p/s: YB, Saya "Yang berjanji" atau “yang berkhidmat”……?

5 comments:

tokasid said...

Salam to de_kerinchi.

Betul apa yg di dedahkan oleh edisi siasat.Malah kalau mereka rajin siasat akan mereka temui masih banyak janji-janji kosong yg tak tertunai. seperti yg saya pernah sebut di blog saya: Wakil rakyat cuma berjasa bila mereka mati.

Itu baru di Lenggong.belum lagi pergi ke Grik di kawasan MB dulu. belum lagi pergi ke Batu Kurau atau selama atau Kuala Kurau atau kawasan Beruas. Tu baru Perak.Belum pergi ke Pahang atau trengganu atau Kedah atau Kelantan atau Sabah dan sarawak.

Aku setuju dgn hang YB stands for Yang Berjanji.

de_kerinchi said...

Salam kembali Tokasid

Sebenarnya saya terkilan, di Malaysia ini masih ada tempat-tempat yang masih ketinggalan dari segi kemudahan asas. Saya hairan kemana pergi nya peranan kepimpinan kawasan tersebut dalam memajukan tempat sendiri.Kalau difikirkan , kalau tempat itu di Tar sehari 1 meter pun, kalau dok hampir empat tahun, rasanya semua jalan utama tempat tu bertar.

Sebenar nya saya baru dapat satu lagi info, tentang kenapa para YB ni, keberatan untuk melakukan kebajikan di kawasan mereka, tunggu tulisan saya seterus nya. Kerana dimasa inni saya masih lagi berurusan dengan YB terbabt.

rapat_umum said...

selalunya pemimpin kita masa berkempen, seronok jer menabur janji lepas menang baru sedar yang janji dia tu sukar nak ditunaikan....

tokasid said...

Salam to DK:

Saya difahamkan antara perkara tak tertunainya janji YB-YB ni ialah kerana konon2nya 'red-tape' di agensi kerajaan.
Masa tabur janji dulu kdgkala calun2 ni main ikut sedap mulut saja. kalau ada ketua jabatan agensi yg ikut serta masa tu mesti dlm hati ketua jabatan akan kecut perut dgn janji2 calun YB. sebab yg janji orang lain yg nak kena tunaikan tugasan janji adalah agensi2.Kdg2 janji2 yg ditaburkan tiada dlm agenda agensi2 ini.

Kami akan tunggu artikel DK ttg YB-YB tu. Mungkin di sebalik itu kita bisa faham mengapa mereka sering mungkir janji.

Anonymous said...

sy pun sakit ati juga bila mengenangkan janji-janji wakil rakyat sblm pilihan raya ni..
mulut mmg manis.tp, sy dah agak lps pilihan raya mmg tak ke maan janji mereka(kebanyakannya, tp ada je janji yg ditunaikan)
cntohnya masa PRK kuala berang th 2005. janji-janji tentang kemudahan fizikal mmg byk. steten teksi moden la, pasar moden la, chelet tepi sungai bertaraf lima bintang la dll. orang kampung yg kelanu mata dengan janji-janji manis ni percaya lah wakil rakyat mereka kerana kepingin sgt nak tgk bandar Kuala Berang tu maju.
cara yang mudah untuk meraih undi.

Blog Widget by LinkWithin