Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru kakitangan awam untuk menganjak minda mereka mengenai kerja bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan Misi Nasional.Timbalan Perdana Menteri berkata mereka hendaklah mengubah minda mereka bahawa "kerja itu ialah satu kebajikan dan bukan sebagai hukuman" yang membolehkan mereka menjalankan tugasnya dengan berkesan.
"Kalau kita menganjak dalam minda kita, kerja itu suatu yang mulia, baik dan dapat ganjaran daripada Allah serta menyumbang kebaikan kepada orang lain maka ia menjadi bukan satu beban apabila kita kerja 10 jam sehari atau bawa fail kerja balik rumah," katanya pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri, di sini hari Isnin. berita penuh.
“Menganjak” merupakan satu lagi frasa kata yang cuba dipopularkan oleh Dato Najib , walaubagaimanapun menganjak ini merupakan satu perkataan lama yang seerti dengan slogan yang pernah kita dengar dahulu seperti revolusi mental, anjakan pradigma ataupun senada dengan dasar-dasar seperti Bersih, Cekap & Amanah , Pelan Intergrasi Nasional dan lain-lain lagi. Yang ingin disentuh disini walaupun dari segi sebutan nya adalah satu sebutan yang kedengaran seperti baru, tetapi ia masih menekan kepada seruan untuk merubah cara pemikiran lama yang telah bersarang dihati kakitangan awam.
Sudah cukup lama rasanya, kita berusaha untuk mengubah minda kakitangan awam ini. Bermacam-macam usaha dan pendekatan telah dibuat seperti mewujudkan piagam pelanggan, sistem saraan baru, kenaikan gaji, sistem kola, pelbagai elaun baru dan lain-lain, tetapi malang nya tahap perhidmatan masih di takuk lama, penuh dengan karenah birokrsi dan membosankan.
Nampaknya segala usaha yang cuba dibuat untuk memangkinkan nilai-nilai positif dihati kakitangan awam tidak berkesan sama-sekali. Sepatutnya segala pelaburan yang dibuat oleh kerajaan ini sudah boleh dituai hasil nya, malang nya sikap tidak bertanggungjawab dalam kerja dan organisasi menyebabkan kakitangan hanya bersikap lepas tangan dan melepaskan batuk ditangga dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
Sudah tiba masa nya kerajaan menggunakan pendekatan keras dan menekan dalam usaha untuk menanam nilai tanggungjawab terhadap pekerjaan di hati setiap anggota perkhidmatan awam. Tindakan drastik harus diambil, dengan memastikan segala piagam dan s.o.p. diikuti sepenuhnya. Tindakan tatatertib hendaklah digunakan sepenuh nya, aduan pelanggan juga harus dijadikan dasar dalam menilai prestasi kakitangan awam. Setiap Ketua jabatan hendaklah dipertangungjawabkan kepada kelalaian atau kecuaian atau salah laku yang dilakukan oleh pekerja dibawah nya. Yang lebih elok, sesuatu jabatan itu diwajibkan mengadakan “morning breafing” setiap hari, bagi melihat adakah segala sop atau, piagam pelanggan itu telah mencapai tahap yang diingini.
Pendekatan mesra tidak lagi boleh digunapakai dalam mendidik kakitangan awam, ini bagi mengelakkan generasi baru kakitangan awam terikut-ikut dengan budaya buruk ini. Mereka hendaklah segera dididik dengan tradisi kerja keras, berdisplin serta bertanggung jawab terhadap tugas. Sekira ini tidak dilakukan dari sekarang maka sudah tentu sikap mereka tidak akan dapat dianjak sampai bila-bila, kerana mereka tahu persekitaran mereka adalah di dalam zon yang selesa dan tidak mendesak.
p/s: Kerja atau tidak cukup bulan dapat gaji……

1 comments:
Hi de_kerinchi,
Thank you for leaving a comment in my post Testing uploading of profile photo in New Blogger (previously Blogger beta). I have responded to your comment.
Peter
Dummies Guide to Google Blogger
"online book" in progress
Post a Comment