Hari ini saya ingin menyambung penulisan saya selepas menamatkan siri seminar tempoh hari, Saya ingin berkongsi dengan pembaca, sebahagian hasil muzakarah yang sempat saya hadiri, Muzakarah ini antara lain bersangkutan dengan tajuk Misykat Cahaya-Cahaya oleh Imam Al Ghazali.
Mata adalah pancaindera anugerah Allah s.w.t kepada umat manusia. Mata yang normal akan memandang keindahan alam semesta. Tetapi benarkah mata, merupakan alat yang utama untuk melihat?
Ternyata mata yang normal memerlukan cahaya sebagai pasangan sokongan untuk manusia itu melihat. Apa itu cahaya? Cahaya itu terkait dengan tiga penerangan khusus iaitu,
1 - Cahaya yang tidak nampak seperti benda-benda yang berunsur gelap
2 - Cahaya yang menyinar tetapi tidak menampakkan benda-benda yang lain seperti bintang-bintang.
3 - Cahaya yang menyinari dan menampakkan isi alam ini seperti, Bulan Matahari dan api yang menyala.
Dan mata merupakan satu cahaya, yang menampakaan benda yang lain tetapi masih bergantung dengan sumber cahaya yang kedua seperti matahari atau lampu. Mata juga tidak dapat melihat diri nya sendiri dan benda yang berada jauh dari lingkungan penglihatan nya. Mata juga sering keliru dan salah dalam penafsiran nya hingga kadang-kadang ia melihat benda besar seperti kecil, benda statik seperti bergerak dan bermacam-macam keterbatasan yang dipunyai oleh mata.
Maka istilah cahaya tidak dapat diberikan kepada mata, Jadi apakah yang layak memikul gelaran cahaya? Adakah akal fikiran? Akal ternyata boleh memandang jauh tanpa ada apa-apa halangan dan batasan nya, ternyata kedudukan akal melebihi mata dalam perebutan hak gelaran sebagai cahaya.
Tetapi adakah akal betul-betul layak untuk bergelar “cahaya”? Apakah akan terjadi sekira nya manusia itu mabuk, gila atau mati, tentu akal nya juga turut mabuk, gila atau mati. Ternyata nyawa itu yang patut bergelar cahaya, kerana tanpa nyawa maka kita tidak mampu untuk melihat segala nya. Malang nya nyawa itu juga hanya pinjam-pinjaman, mesti ada pemilik nya yang hakiki. Maka tidak syak lagi gelaran cahaya ini milik satu sumber cahaya yang paling utama dan hakiki yakni Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t :
“Allah cahaya petala langit dan bumi. Perumpamaan cahaya-Nya bagaikan sebuah misykat yang didalamnya terdapat pelita terang. Pelita tersebut didalam kaca, kaca itu seakan-akan kaukab yang berkilau dinyalakan (minyak) dari pohon yang banyak berkahnya; pohon zaitun yang tumbuh tidak disebelah timur dan tidak pula disebelah barat, yang minyaknya saja hampir-hampir menerangi walau tanpa disentuh api. Cahaya diatas cahaya. Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa-siapa yang Dia kehendaki dan Allah membuat perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Q.S. An Nur 24:35)
Sedarlah kehidupan ini milik Allah sw.t.dan kembalilah kita kepada Allah s.w.t. Gunakan lah anugerah Allah s.w.t. ini dengan sebaik nya dan berjuanglah di jalan yang di redhoi Nya.
p/s: Penulisan artikel ini telah diringkaskan, penerangan lanjut boleh didapati dari kitab Misykat cahaya-cahaya tulisan Al-Ghazali.
“Aku cari mana dia Al-Ghazali, Aku cari mana dia Al-Shafie, Kita bongkar rahsia kitab suci, cari pedoman. Kita bongkar rahsia sunnah nabi, Cari panduan.”
1 comments:
Zat Nya meliputi sekalian yang wujud...
Post a Comment