
Ternyata para menteri kita sekali lagi menyerlahkan, sifat tergopoh-gapah dalam memperjuangan sesuatu isu. Mereka selalunya , segera kehadapan dengan idea yang dianggap sempurna, tetapi akhir nya terpaksa menelan kembali idea tersebut tanpa rela. “Ibarat meludah kelangit akhirnya terkena kemuka sendiri”. Yang pasti semua perancangan yang cuba diatur, telah dilakukan dengan cara yang tergesa-gesa dan tanpa perbincangan dengan pihak yang telibat.
Apakah rasional nya untuk menghadkan iklan ini untuk slot rancangan kanak-kanak sahaja. Sedangkan slot-slot yang lain, masih dibenarkan tayangannya. Tidak kah iklan makanan segera ini boleh juga ditonton di slot rancangan yang lain? Apakah garis panduan yang boleh diikuti untuk mengklafikasikan apa yang dimaksudkan slot kanak-kanak itu ? Tidakkah rancangan seperti Gerak Khas, Misi XXRay, cerita-cerita P.Ramlee itu tidak diikuti oleh kanak-kanak? Tidak kah elok ditiadakan terus sahaja iklan ini di kaca televesyen?
Soi Lek, juga telah memberi lampu hijau dengan mencadangkan kepada pengusaha agar mengadakan pemantauan dan peraturan sendiri. Ada yang tidak kena dalam cadangan ni, sepatutnya pihak kementerian lah yang bertanggungjawab untuk memantau segala aktiviti dan mengaris satu peraturan yang standard bagi memastikan kempen ini berjalan dengan berkesan. Ternyata apa yang dikatakan “usaha bersepadu” untuk menangani gaya hidup tidak sihat ini, mempunyai pendokong yang tidak mempunyai pendirian yang padu.
p/s : “Pohon Yang Kukuh, Mempunyai Dasar Yang Kuat”, “Sekali Air Bah ,Sekali Pantai Berubah”
0 comments:
Post a Comment