Datuk Samy vs Datuk Dr. Chua
Datuk Seri S Samy Vellu berkata “Kita (Kementerian Kerjaraya) salah, kontraktor yang salah, sub-kontraktor salah, orang yang bagi tanah itu pun salah. Kementerian Kesihatan saja betul,” Nampak nya gelagat menteri kabinet kita ini makin kebudak-budakan. Rasa nya episod tuduh menuduh di antara kedua menteri terbabit sudah lama berlaku, bila lagi hendak berdamai. Kalau Datuk Seri samy Vellu dah mengaku salah, berdamai sahaja lah, lepas itu jangan lupa siapkan projek yang terbengkalai. Jangan nanti rakyat pula jadi mangsa. Diharap Perdana Menteri kita, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pantaulah anak buah itu, malu sungguh menteri dibawah satu parti bergaduh macam budak-budak.
Pak Lah vs Gossip
Sidang akhbar selepas berlangsungnya taklimat kepada Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM) di sini gamat apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ditanya mengenai khabar angin beliau akan berkahwin tidak lama lagi. Kalau dah sampai seru, eloklah dipercepatkan. Maka akan tercatat dalam sejarah Perdana Menteri yang pertama melangsungkan perkahwinan semasa menjawat jawatan . TV3 pula jangan lupa buat rancangan lansung yang gilang-gemilang , pasti gah satu dunia. Lepas itu diharapkan Pak Lah dapat menjalankan tugas negara dengan lebih sempurna dan baik disamping wanita pertama negara.
p/s : Apa nak jadi Menteri-Menteri Zaman Hadhari....
0 comments:
Post a Comment