Malaysia Tanah Airku....

January 16, 2007

Tonjolkan imej Islam dalam TMM2007?


Dalam saya membaca suratkhabar hari ini saya tertarik dengan satu artikel dalam ruangan bicara agama yang berbunyi "Tonjolkan imej Islam dalam TMM2007" yang dikupas oleh pensyarah Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Roslan Mohamed .

"Beliau menganjurkan kita menunjukkan akhlak yang baik dari segi adab berpakaian, berkomunikasi dan dengan mematuhi segala suruhan Allah serta meninggalkan larangannya dalam menyambut kedatangan pelancong asing ke Malaysia."
Sebenarnya apa yang diperkatakan adalah benar belaka, cuma cara perlaksanaan nya oleh agensi bertangung jawab sahaja yang tidak menyeluruh dan berkesan. Saya rasa didalam tempoh yang singkat ini, apatah lagi sudah pun masuk tahun melawat Malaysia kita mempunyai ruang yang amat sedikit untuk mengubah segala-galanya kepada imej islam:

1 ) Lihat sahaja di kawasan awam remaja melayu islam berpakaian menjolok mata, berpeleseran, malah berpelokan dan bercumbu-cumbuan di khalayak ramai tanpa segan silu.

2) Pemandangan yang amat biasa sekarang ini, di mana-mana sahaja ada aksi pelumba haram ( sedikit masa dahulu terkenal dengan gelaran mat rempit), golongan Punk yang tidak segan silu mempamirkan cara berpakaian yang tidak menonjolkan islam malah menjadikan sisa makanan orang sebagai habuan perut. ( Saya pernah melihat bagaimana golongan punk ini memakan sisa makanan di dalam tong sampah dan di atas meja di sebuah restoran makanan segera di K. Lumpur.), golongan gay yang selalu kelihatan di Tasik Pemaisuri dan lain-lain lagi.Malah ada yang memegan tin arak dan meneguknya dengan bersahaja.

3) Di kedai-kedai judi nombor, ramai sekali orang islam berpusu-pusu membelinya, malah ada yang tidak segan silu berketayap putih.

4) Di Disko dan pub lihat lah orang islam meneguk arak.

Semua perkara di atas adalah cerita lama yang sering diulang tayang, Kadang-kadang terlintas di fikiran saya, kenapa lah pihak berkuasa agama islam bersusah payah hendak mengintai orang membuat maksiat sedangkan perkara yang nampak di depan mata pun buat endah tak endah. Sedangkan perkara yang nampak ini lah yang akan memburukan islam di mata pengganut lain.

Saya juga masih keliru dengan kewujudan Roda Feriss 'Eye on Malaysia' dimanakah ciri-ciri islamik dan beridentitikan Malaysia yang dapat diterjemahkan dengan kewujudan nya? sedangan di Malaysia banyak lagi monumen-monumen yang berpotensi menjadi tempat kunjungan dan rujukan kepada pelancong-pelancong ini.

Oleh itu, kesedaran dalam masa yang singkat ini tidak akan mendatangkan hasil yang begitu baik dalam memaparkan imej negara islam, maka satu gerakan bersepadu dan berterusan hendaklah dijalankan bagi menghapuskan elemen-elemen yang akan menghancurkan umat islam dan bangsa melayu khususnya. Janganlah kita "Hangat-hangat tahi ayam" sebagaiman program Putera bersama mat rempit anjuran putera UMNO tempoh hari.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin