Malaysia Tanah Airku....

January 19, 2007

Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo Vs PBT



Mahu penjelasan


Oleh Al-Abror Mohd YusufSHAH ALAM: Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor diminta memberi penjelasan mengapa proses kelulusan pusat hiburan termasuk karaoke dan pusat urut lebih mudah berbanding mendapatkan kebenaran membuka kedai runcit.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata berdasarkan penelitiannya ada PBT yang meluluskan sehingga 70 lesen pusat hiburan di kawasan masing-masing."Keadaan ini menjadikan saya musykil mengapa lesen karaoke, pusat urut, mesin judi perlu ada banyak di Selangor. "Mungkin Yang Dipertua PBT itu sakit kepala, ahli majlis sakit lutut dan rakyat di situ sakit badan sehingga memerlukan pusat urut yang banyak."Tetapi mengapa PBT mengambil masa lama untuk meluluskan lesen kedai runcit? Adakah masyarakat lebih perlukan pusat urut, mesin judi dan pusat karaoke daripada barangan runcit seperti beras dan gula?

Sebenar dalam perkara ini pihak PBT yang harus memainkan peranan dan dipertangung jawabkan. Adalah amat tidak masuk akal bila lesen-lesen rumah urut & pusat hiburan ini lebih banyak dikeluarkan dari lesen-lesen kedai runcit dan makanan atau perniagaan lain yang lebih diperlukan oleh rakyat di kawasan setempat. Sekali pandang, apa perlu nya pusat urut yang banyak di sesuatu tempat?, ramaikah pengunjung ke rumah urut ini?, hingga kebanyakan mereka boleh beroperasi dan membayar segala kos pengurusan seperti sewa premis, utiiti, gaji dan lain-lain lagi tanpa risau akan ada nya persaingan? atau mereka mempunyai perniagaan lain yang lebih mendatangkan pendapatan yang lumayan?

Bayangkan bagaimana susahnya perniaga kecil di pinggir-pingir jalan (kebanyakannya kaum melayu), memohon lesen untuk berniaga(kuih dan nasi lemak). Teringat saya, pada satu kejadian yang berlaku di Selayang sedikit masa dahulu, di mana pihak PBT telah menyita gerai-gerai peniaga kecil yang beroperasi tanpa lesen, dan dalam masa yag sama membiarkan sebuah premis ( boleh dikatakan premis , kerana binaan nya menepati sebuah premis) berdiri gah tanpa diusik, keadaan itu telah menyebabkan kemarahan orang ramai dan melibatkan campur tangan ADUN di situ. Sama juga dengan kes di mana kilang-kilang haram yang gah beroperasi tanpa takut kepada tindakan dari pihak PBT, tidakkah ini menunjukan ada sesuatu yang "negatif" sedang berlaku di dalam pengurusan PBT dewasa ini?.

Dalam hal ini, kesedaran oleh MenterBesar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, adalah amat dihargai.(mungkin beliau sudah serik dengan tragedi di mana Dato Zakaria vs PBT di Klang sedikit masa dahulu). Sesuatu harus dibuat, kepala pentadbiran setiap PBT yang terbukti menyeleweng dan lari dari garis panduan dan melanggar peraturan haruslah dipertangung jawabkan. Cuma ingin saya usulkan, sebelum sesuatu tindakan tatatertib diambil, pihak pengurusan PBT yang terlibat hendaklah menjawab segala perkara atau isu yang ditimbulkan, ini adalah untuk mengelakkan sesuatu isu yang timbul itu dari terus hilang tanpa ada jawapan yang meyakinkan.
p/s: Diharapkan PBT dinegeri-negeri yang lain pun harus dipantau.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin