Malaysia Tanah Airku....

Jom mengaji Al-Quran sebelum berpolitik....



Pasangan calon pilihan raya Gabenor Aceh (dari kiri) Muzakir Manaf, Zaini Abdullah, Fakhrulsyah Mega, Zulfinal, Yuli Zuardi dan Hendra Fadli ketika menjalani ujian bacaan Al-Quran di Masjid Raya Baiturrahman, Banda Aceh, kelmarin.


Assalamualaikum w.b.t....agak lama saya meninggalkan arena berblog, sejak kali terakhir saya menulis pada Hari Raya Puasa tahun lepas. Adapun saya menyepi buat seketika adalah kerana menghadapi sakit misteri yang agak teruk, akibat perbuatan sihir. Mungkin saya akan kongsikan cerita ini pada posting akan datang untuk tatapan pembaca blog ini nanti.... ;-)

Walaupun saya belum pulih 100%, saya amat tertarik dengan pendekatan yang dibuat oleh pemerintah Acheh yang mewujudkan suasana pemerintahan islam disana. Memandangkan, sejak- akhir-akhir ini banyak benar kenyataan keislaman yang dipesong-pesongkan oleh segelintir umat malah juga pendokong-pendokong politik yang sering mengelirukan umat, dengan ucapan-ucapan syok sendiri, "double standard" dan berkepentingan.....sehingga kita membenarkan yang salah ..dan menyalahkan yang benar..hingga islam itu berani dinjak-injak oleh extremes agama atau tidak beragama...maka molek rasanya pendekatan ini dijalankan di negara kita....marilah kita bersama-sama tegakkan syiar islam, sebelum nasi menjadi bubur.....

Di Acheh dilaporkan bahawa calon yang ingin bertanding kerusi Gabenor dan Timbalan Gabenor harus membuktikan kemampuan membaca Al-Quran dengan lancar yang merupakan sebahagian daripada ujian untuk menentukan pemahaman mereka mengenai Islam.

Kemahiran membaca kitab suci agama Islam itu juga dikhabarkan bahawa, diwajibkan juga kepada bakal calon datuk bandar atau timbalan kerusi berkenaan sejak pengenalan undang-undang syariah di wilayah berkenaan pada tahun 2003 di Acheh.

Bukan sekadar calon sahaja yang diwajibkan untuk membaca Al-Quran tetapi pasangan hidup masing-masing juga terlibat sama, maklumlah isteri yang baik sering mencermin kepada kecemerlangan kepimpinan sang suami..... a.k.a. imej seorang pemimpin.....

Yang menariknya ujian membaca Al-Quran itu dikendalikan oleh suruhanjaya pilihan raya wilayah berkenaan dengan kerjasama daripada Perhimpunan Ulama, Agensi Perhubungan Agama serta Yayasan Pembangunan Al-Quran...semuanya dalam mode "Apa yang penting...? Kerjasama....!!!!" demi kepentingan islam sejagat.....!!!

Pada ujian kelayakan tersebut peserta diwajibkan membaca tiga daripada 114 surah yang terdapat dalam kita suci itu sambil disaksikan oleh orang ramai.....heheheheh jangan berpeluh ya...!!! Secara umumnya jika seorang itu mengaku sebagai muslim sejati, membaca Al-Quran bukanlah satu masalah besar..lagipun setiap kali solat juga kita membaca ayat Al-Quran bukan...?..Jadi elok sangatlah kita anjurkan pembacaan Al-Quran yang penuh dengan keindahan dan hikmah dari kita berpolitik sambil menghambur kata-kata busuk ...yang amat mencelakan lagi mendatangkan dosa... ;-)

p/s: Apa kata Kerajaan Malaysia, cuba mewajibkan kaedah ini kepada calon-calon beragama islam untuk PRU akan datang...pasti meriah jadinya ;-)

8 comments:

Cik tikah said...

bagusnya :)

puteri said...

haa bagus tu!

kat Malaysia patut buat benda yang sama.

tambah lagi suh jadi imam solat subuh/maghrib/isya' (sbb bcaan surah kena kuat)

:)

puteri said...

igt suda berbalas.. kikikiki

de_kerinchi said...

cik tikah -leh usulkan pada PM yer..hehehe

puteri heheheh...berbalas yer...nak tengok juga baca kuat ikut tajwid tak....hihhii

Kelambu said...

kayanya lebih bijak kalau politik tidak di hubung-hubungkan dengan agama. walaupun keputusan seseorang yg di buat itu bisa berdasarkan dari keyakinan agama atau pengalaman hidupnya.

Salam
kelambu

Outbound di Malang said...

nice post :)
ditunggu kunjungan baliknya yaah ,

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/

Blog Widget by LinkWithin