Malaysia Tanah Airku....

January 30, 2009

Doktor Swasta sudah hilang nilai kemanusiaan?


Alkisah, yang baru terjadi dua tiga hari lepas, disampaikan kepada saya oleh mangsa...

Saya diberitahu bahawa pada malam kejadian seorang isteri telah dipukul oleh suaminya hingga lebam-lebam dan diceraikan. Maka dia telah mendapat nasihat dari polis untuk mendapatkan rawatan dan pengesahan dari doktor sebelum membuat laporan polis.

Maka si Isteri telah pun ke sebuah klinik swasta milik orang melayu di Bandar Baru Sg. Buloh, malangnya Doktor ini tidak mahu memeriksa dan merawat pesakit atas alasan tidak mahu terlibat dan menjadi saksi mahkamah di kemudian hari kelak.....

Kemudian dalam kesakitan dan kekusutan fikiran, si isteri pun pergi ke sebuah lagi klinik yang terletak berhampiran dan alhamdullilah Doktor yang merawatnya, masih ada sedikit rasa belas ihsan lalu memberikan rawatan serta laporan perubatan. Malangnya atas alasan yang sama, kerana tidak mahu terlibat untuk menjadi saksi di kemudian hari, maka Doktor itu hanya memberikan laporan ala kadar dan tidak menyeluruh. Walaubagaimanapun ucapan terimakasih juga kepada doktor tersebut kerana tidak mengenakan sebarang bayaran kepada si isteri.

Persoalannya, dimanakah perginya nilai kemanusiaan yang perlu ada pada doktor-doktor kita....? Adakah wang merupakan hala tuju utama mereka....(memang itu lah kehendak manusia, siapa yang tidak mahu wang kan...). Tetapi sekurang-kurangnya mereka harus menaruh belas dan sentiasa membantu kerana itu adalah tugas utama mereka...amanah yang ditanggung mereka....inilah janji dan tekad yang dibuat sebelum menjadi doktor...

Tetapi kalau hendak menghukum mereka 100% pun, rasa tidak patut, kerana saya percaya beban menjadi saksi adalah menjadi punca utama mereka dan kebanyakan orang diluar sana terpaksa menolak tanggungjawab ini, walaupun mereka terpaksa membelakangkan etika kerja mereka.......Jadi sepatutnya pihak-pihak yang berkenaan, lihat-lihat lah, bagaimana hendak memartabatkan hak saksi yang selama ini bagai dibakul sampahkan....agar orang ramai sanggup tampil menjadi saksi dengan rela hati dan tanpa sebarang tekanan...

Rujukan : Terlindungkah seorang saksi?

p/s: Sedih melihat nilai kemanusian yang hampir pupus dikalangan generasi muda kita hari ini.....yang si suamipun, takkanlah dayus sangat, boleh pukul perempuan jer....baik kau dihantar kat Palestine sana tengok kuat atau tak...

7 comments:

HABIHA69 said...

Ini kes yang bukan terpencil nih...sekurang-kurangnya kita ajukan kepada PPIM...kita lihat apa yang mereka boleh buat...

Untuk si mangsa penderaan itu...bersabarlah, setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian.

Untuk Doktor yang bersifat acuh tidak acuh itu...sepatutnya ditarik balik lesen amalan perubatannya..zalim sungguh tu..

arsaili said...

salam...itula bila sistem tidak cekap...malas akat timbul berkait2...menjadi saksi mahkamah is a nightmare..kes yg berlarutan bertahun2...kena ke mahkamah banyak kali lepas tu tangguh...duit minyak di bayar ker? masa di bayar ker? setengah hari tutup klinik dapat bayaran ker... tu kalau setengah hari..kekadang sampai sehari...kes patut bicara kol 9..bole tunda dua tiga jam kemudian sebab ada yg tgh breakfast ler... ada yg tunda a few hrs..ada yg tunda ke hari lain plak... senario sebegini la org menjadi hilang kewarasan dan pertimbangan nak menjadi saksi. Doktor yg pertama tu tak patut, rawatan tetap kena diberikan but report tu optional la kan..yg penting mangsa dpt rawatan ....

Anonymous said...

kes mahkamah syariah pun lebih kurang..bertahun2 meleret...nak tuntut nafkah anak dari mula lahir sampai anak tu bersekolah..dan saksi2 pun tak mahu turun ke mahkamah berkali-kali...


ida/sp

Puteri said...

salam. begitulah keadaan sekarang.
nak buat baik takut.
buat baik ade je hlgn, dgn polisnya, aktanya, sekatannya, jail nya. mcm2.

mcm mn org brani mahu mgmukakan keadilan sdg dirinya dlm ktktn bmbg risiko?

smuanya dr didikan dan asuhan pihak atsn kita lah

de_kerinchi said...

salam semua,

aduan telah pun dibuat ke PPIM, dan siasatan sedang dijalankan...

Puteri said...

w'slm. alhmdulillah. bguslah.

Anonymous said...

pada 14 jun, 2009 saya telah menghantar anak saya yg berusia 4 bulan ke sebuah klinik swasta pakar kanak-kanak opposite IOI mall, puchong. saya lihat kesemua kanak2 di klinik sedang mnggunakan nebulizer. giliran anak saya masuk ke bilik doktor, dan saya ceritakan masalah anak saya. doktor mendengar dada anak saya tidak sampai 3 saat terus memberitahu saya yg anak saya memerlukan inhaler. jadi saya di ajar menggunakan inhaler tersebut (terdapat dua jenis), nasal spray for nose allergy. selepas itu di suruh ke belakang utk nebulizer. saya ikutkan saja sb dia pakar! selepas itu, saya diberi 5 jenis syrup utk phlegm, cough, flu, antibiotic utk fever, pills (imagine pills for baby!)utk plhegm, nasal spray, 2 inhaler (sulbatamol) purple and white color. then i kena dtg 2 kali berturut2 utk bagi baby nebulizer yg dia charge rm18 sekali guna. semua sekali rm385. saya quiry sb terlalu byk ubat utk baby 4 months old! the next day saya pergi ke klinik pakar kanak2 yg lain utk memastikan adakah appropriate ubat2an itu utk anak saya? the 2nd pediatrician tu x memberi komen directly, but she explain the purpose of all the drugs given. then i realized that semua inappropriate for my baby. even some of the ubat utk 1 yr and above!! the 2nd PD checked my child thoroughly, she told me there is nothing wrong, cuma cough biasa. she gave me 1 sea water n promethazine. i went back to the 1st doctor, tanya dia how serious is my child sb dia bagi terlalu byk ubat and it really scares me. dia kata after thorough check up, my child mmg memerlukan ubat2 itu. i cakap bila u check? mana u tau my child ada nose allergy? mana u tau ada fever? u xde check ear, nose, throat, temperature, lungs etc!! dia strongly ckp dia sudah check. then dgn high tone dia tanya my husband, y r u not happy?! (stupid question from someone so call a DOCTOR) i'm not happy because u r treating my baby this way n u don't want to admit it. i tanya, if u ckp ada check, so what is my baby temperature yesterday. dia looked at the details from the computer, blank! then, he said. owh, u baby xde demam, the antibiotic is for preventing the effection to spread (dia sudah tukar cerita). bila dia tau dia salah and xnak argue perkara yg dia x mampu lagi jawab, dia ckp "OK! IF U R UNHAPPY! I WILL RETURN HALF OF UR MONEY AND RETURN ME ALL THE MEDICINE EXCEPT FOR THE LIQUID MEDICINE U CAN KEEP OR THROW IT AS U WISH!" what kind of doctor he is? very unethical, misconduct the practice and cheating! this is not about money, its about the baby. what if i bagi semua ubat2 tu pd baby i? i bekerja di salah sebuah nursing college, i asked all the clinical instructors yg pernah bekerja di bawah pakar kanak2 di hospital kerajaan. they all told me the ubat will poison my child when it is consume all at once. that is how i lagi berani utk face the 'doktor'. cerita ini i nk share supaya jgn percayakan doktor or pakar or consultant. kita kena find any information, source, especially from the internet. type the prescription, then u know ubat itu utk apa etc. common people mmg patut tau ttg perubatan, at least x kena tipu oleh doktor yg ambition dia ingin menjadi jurujual. i learned my lesson the hard way. but i'm thanking god to give me a motherly feeling by not giving my child the medicines. thank you for reading...

Blog Widget by LinkWithin