Malaysia Tanah Airku....

PapanTanda Malaysian Malaysia....?



Cadangan Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Teoh Seang Hooi mencadangkan supaya semua papan tanda di jalan-jalan utama di negeri ini menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil selain bahasa Melayu, amatlah bodoh dan takmasuk akal sama sekali.

Syor papan tanda turut guna bahasa Mandarin, Tamil

Lihatlah alasan-alasan tak sekolah yang diberi beliau:

Perubahan itu perlu dibuat bagi memberi kemudahan kepada para pelancong khususnya dari China yang ramai berkunjung ke negeri ini.

Kita duduk di Malaysia maka penggunaan Bahasa Malaysia adalah menjadi keutamaan penduduk Malaysia. Kalau hendak dibandingkan negara-negara orang putih peratusan kunjungan pelawat (malah penghijrah) China ke sana adalah lebih tinggi berbanding dengan Malaysia, tidakpun papan-papan tanda di sana ditukar bentuk ke Bahasa Mandarin. Malah penggunaan huruf-huruf standard roman adalah diterima pakai di negara-negara maju, semua orang yang berpendidikan pasti tahu membaca kalau tidakpun pasti kenal huruf...... Hanya untuk memuaskan hati pelancong China kita boleh menidakkan kedaulatan Bahasa kita.... Apa pula terjadi jika pelancong Arab , German, Rusia, Thailand malah minang atau kinchai juga menuntut untuk bahasa mereka dipasang di papan-papan tanda...? Apa gunanya pemandu pelancong, lagipun kan di Penang ramai penduduknya yang mesra lagi mahir berbahasa mandarin berbanding Bahasa Malaysia...!!! Jadi apa masalahnya...?

Dan satu lagi pertanyaan, Bahasa tamil itu untuk apa pula? Takkah cadangan itu nampak sangat bermotif politik demi menjaga hati pengundi India....!!!!

Papan-papan tanda menggunakan bahasa Mandarin ini juga penting untuk memudahkan penduduk di kawasan-kawasan yang kebanyakannya dihuni oleh masyarakat Cina terutamanya di Bukit Mertajam

Sudah 50 tahun Malaysia merdeka, masih tidak mampukah penduduk yang mendakwa rakyat Malaysia bertutur dan membaca dalam Bahasa Malaysia? Maaf cakap, patriotikkah kita jika kita tidak mampu untuk bertutur dan membaca dalam bahasa kebangsaan negara sendiri? Layakkah kita memanggil diri kita "Malaysian" kalau tak mampu bertutur Bahasa Kebangsaan? Jadi bagaimanakah tuntutan "Malaysian Malaysia" hendak direalisasikan...sedangkan bahasa kebangsaan pun masih tergagap-gagap hendak dituturkan..... Memang tidak boleh diterima lansung, di zaman Malaysia berada di Angkasa, rakyatnya masih tidak mampu menggunakan Bahasa Malaysia dengan betul...amat memalukan.....dan amat jelas tuntutan sebegini tidak boleh dilayan, kerana bisa mewujudkan rakyat Malaysia yang tidak patriotik.....

Cadangan tersebut bukanlah tidak boleh diterima pakai, tetapi sekurang-kurangnya bagilah satu alasan yang munasabah dan dapat diterima dek akal..... ini tidak dengan alasan bodoh sebegitu, akan menambahkan syak wasangka dan rasa perkauman yang tinggi dihati rakyat Malaysia. Lagipun masih banyak papan-papan tanda di Malaysia yang salah ejaan dan pengunaannya, untuk kita perbetulkan.....

p/s: Masuk kandang kambing mengembik, Masuk Kandang harimau....Kita sebagai bangsa Malaysia harus bangga dengan penggunaan Bahasa sendiri, Bahasa jiwa bangsa....

5 comments:

Desperado said...

Salam...

Desperado sebagai rakyat pulau pinang begitu terkilan dengan sikap ahli majlis tersebut...

www.pilihananda08.blogspot.com

ritaemilia said...

saya rasa rakyat Malaysia perlu mahir menggunakan BM dan mendaulatkan bahasa ini.

Apa pelu kita menggunakan bahasa asing di bumi sendiri? Di Indonesia memang benar-benar mengamalkan patriotisme, apabila semua rakyatnya mengunakan nama indonesia tanpa mengira kaum...

ustazSAID said...

Salam,
Selepas 100 hari berkuasa, wajah sebenar orang2 PR, semakin hari semakin jelas dan terang. Ntah apa lagi durang mahu buat selepas 1000 hari nanti. Tak tau la kalau orang kita masih setuju dengan durang?

Anonymous said...

Cadangan yang sengaja buat bodoh apa salahnya. Kenapa tak cadangkan hapuskan sekolah aliran Cina dan pecat kerakyatan orang Cina yang masih tidak tahu berbahasa Melayu dengan baik...untuk menanamkan semangat patriotik dalam erti kata sebenarnya dan tidak sekadar di lidah.

awang arif said...

Papan tanda Malaysia mesti ada hanya tiga bahasa. Kenapa tiga bahasa sahaja. Adakah rakyat Malaysia hanya terdiri daripada Melayu, Cina dan Tamil. Bahasa-bahasa seperti Iban, Orang Asli, Sikh,dan lain-lain tidak disertakan sama.

Blog Widget by LinkWithin