Malaysia Tanah Airku....

June 05, 2008

Minyak Naik vs Naik Minyak



Rata-rata penulisan di blog hari ini,menulis tentang kenaikan harga petrol di negara yang dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 manakala harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58.

Saya agak terlambat hendak menulis tentang isu ini, kerana agak sibuk dengan urusan harian. Semalampun saya tidak sempat untuk memenuhkan tangki petrol kereta, memandangkan banyak kereta telah mendahului saya memenuhi barisan-barisan panjang menunggu giliran untuk mengisi minyak.

Seperti dijangkakan, alasan harga minyak di Malaysia masih cukup murah berbanding negara jiran dijadikan penyedap hati. Nampaknya populariti Paklah bakal merudum lagi.Mungkin para menteri yang bermesyuarat, berdebat dan memutuskan untuk membuat keputusan ini, tidak merasa kesan kenaikan tersebut maklumlah, berkereta dan berdrebar hakmilik kerajaan, pendek kata "makan tanggung", apa nak susah kasi naik sahaja, yang susah rakyat......

Secara logiknya memanglah kenaikan kos bahan api ini dipasaran antarabangsa telah naik tinggi, dan ia memang melibatkan perubahan besar dalam kestabilan ekonomi negara. Cuma mungkin cara penyelesaian oleh kerajaan pimpinan Paklah, menimbulkan keraguan dan tanda tanya dihati rakyat seperti saya.

Orang pasti berkata, saya ni kalau pandai sangat, jadilah PM.... Alahai takkan lah baru hendak meluahkan pendapat dah dikata hendak menunjuk pandai, takkan kita hendak jadi katak dibawah tempurung, sampai bilapun kita tak mampu menjadi manusia angkasa. Kita harus ingat kita ini adalah rakyat yang membayar cukai kepada negara...jadi kita sebagai rakyat yang perihatin (bukan buta hati), perlulah ambil tahu kemanakah setiap wang kita digunakan dan dimanfaatkan kepada negara dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Jadi janganlah ada lagi email-email yang berbau kedangkalan masih dihantar ke email saya mempersoalkan kedrebiliti dan hak saya sebagai rakyat Malaysia.

Sudahlah pengumuman kenaikan harga minyak ini secara tiba-tiba (setelah mungkir janji, kata nak review bulan lapan), mana tak huru-hara stesyen minyak seluruh negara....dah tu beberapa hari lepas Kerajaan putuskan untuk haramkan penjualan minyak kepada kenderaan milik asing...tup...tup sekarang kenderaan asing dibenar membeli semula...... aik..!!! apa dah jadi dengan kerajaan kita.....macam tunggang terbalik... agaknya dah tertekan benar ni... atau pun tak sabar-sabar hendak balas dendam kepada rakyat yang tak mengundi BN tempohhari.....Pendek kata kita sekarang ini tak boleh percaya secara membabi-buta apa yang kerajaan cakap...kerana esok lusa bila-bila masa boleh berubah....takda pendirian dan perancangan yang berkesan...sebok hendak kata pembangkang tak teratur.... salah sendiri tak nampak.....

Meneruskan senario kehairanan dalam diri saya, ialah secara logiknya dengan kenaikan harga minyak dunia, pasti akan turut mempengaruhi keuntungan PETRONAS, bermakna PETRONAS juga bakal menerima laba yang bernilai berbilion-bilion ringgit. Jadi persoalannya, tidakkah kerajaan boleh menggunakan sedikit bahagian (walaupun tidak semua) keuntungan tersebut untuk menampung kenaikan harga minyak dunia? Sekurang-kurangnya, dapat mengurangkan kadar kenaikan minyak dalam negara yang tidak masuk akal ini. Meminjam kira-kira yang ditunjukkan oleh Tun Dr. Mahathir, Malaysia mengeluar lebih kurang 650,000 tong minyak sehari. Kita guna 400,000 tong dan selebihnya 250,000 tong di export jadi 250,000 tong yang dieksport sepatutnya memberi kita pulangan 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000,000 (Dua puluh tujuh bilion Ringgit)...! banyak tu......(Khabarnya Petronas untung lebih RM70 billion..!!! hairan lagi ni...)

Ataupun, tidak bolehkah digunakan minyak dalam negara ini sendiri untuk kegunaan dalam negara? Jadi tidaklah kita bergantung sepenuhnya kepada bekalan dari luar negara dan bergantung pada harga minyak dunia...takkanlah hendak jual minyak negara kepada rakyat negara sendiri pun hendak ikut kadar minyak dunia.....:-)

Sebagai pemanis mulut, kerajaan juga telah mengumumkan melalui Datuk Shahrir Abdul Samad, sungguhpun harga petrol naik namun hakikatnya kerajaan akan memulangkan semula sebahagian daripada kenaikan itu kepada pengguna dalam bentuk rebat tunai. Bayaran tunai itu akan dibuat oleh Kementerian Kewangan apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui cukai jalan.Bayaran tersebut meliputi kenderaan dengan cukai jalan berkuat kuasa 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009 dan dalam bentuk kiriman wang yang boleh ditunaikan di Pejabat Pos Malaysia di seluruh negara mulai 1 Julai 2008.

Pecahan bayaran subsidi adalah seperti berikut:

* Bayaran sebanyak RM625 setahun itu hanya terhad kepada pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta trak pick up dan jip berkapasiti enjin sehingga RM2,500cc.

* Pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc pula akan menerima bayaran tunai sebanyak RM150 setahun.

* Bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori menerima bayaran tunai, mereka akan dibantu menerusi pengurangan cukai jalan sebanyak RM200 untuk kenderaan melebihi 2,000cc dan RM50 untuk motosikal berkapasiti enjin melebihi 250cc.

Sekali pandang tawaran tersebut bagaikan memihak kepada rakyat, tetapi apabila dibuat kira-kira ternyata tawaran tersebut amat jelas tidak dapat membantu dalam menangani keperitan akibat kenaikan yang dialami. RM625 setahun bermakna lebih kurang RM52 sebulan... adakah ia mampu untuk menampung kos bahan api pengguna selama sebulan? Dahulu kalau kita bayar petrol berharga RM30 bermakna kita kena bayar lebih kurang RM42 untuk kuantiti liter yang sama. Kalau dahulu RM 30 boleh membuatkan meter proton wira kita ditakat tengah, kali ini RM30 pasti tak cecah tengah pun.....Cubalah dikira RM12 x 10 hari pun sudah mencecah RM120, sekali ganda sudah melebihi pecahan subsidi sebulan diterima rakyat.

Belum lagi kita hendak kira kenaikan tepung dan beras, taklama lagi kenaikan minyak ini juga bakal menyaksikan kenaikan harga gas untuk sektor elektrik dan industri. Ini bermakna tarif elektrik, juga akan turut dinaikkan.... Jadi kenyataan Datuk Shahrir Abdul Samad yang mengatakan kenaikan minyak tidak akan mempengaruhi kenaikan harga barang, kerana bahan api komersial tidak naik adalah meleset sekali.......

Kata Paklah , " Bila masa susah kita kenalah sama-sama susah, bila masa senang kita sentiasa saling membantu.” jadi saranan saya PM, Timbalan PM, menteri-menteri hendaklah sanggup menyumbangkan sedikit gaji dan elaun mereka kepada negara..... kurangkan elaun keraian tu...bolehkah anda berkorban untuk rakyat anda...?

Saya bersetuju dengan pendapat Prof. Dato' Haji Mohd Hamdan bin Haji Adnan, kerajaan pasti melukakan lagi hati rakyat..... Rakyat pasti akan tertekan dan selepas ini rakyat akan membelanjakan wang simpanan mereka untuk menampung kenaikan ini, bermakna kuasa beli mereka akan berkurang.... menyebabkan orang ramai tidak kerap membeli-belah juga tidak mampu untuk cuti-cuti Malaysia dan akhirnya boleh menyebabkan aktiviti ekonomi kita menjadi hambar dan bakal mewujudkan kesan inflasi yang buruk.......

Petrol naik 78 sen, diesel RM1, elektrik jika lebih RM43
Subsidi dibayar tunai kepada pemilik kenderaan

p/s: Bila hati telah luka, akal tidak berguna lagi...dan tindakan mencari altenatif yang lebih baik akan dituju...maka BN bakal menghadapi luka lagi.....

3 comments:

~LoVeLyZz CoRnErZz~ said...

nasib baik nasik myak x naik...pgantin je naik pelamin...hehehe

de_kerinchi said...

lovelyzz - xlama lagi nasik minyak tu naik lah sebaba beras dok naik... ;)

Anonymous said...

susah nak kawin dgn org jauh la kalau gini. kos pengangkutan bertambah. hahahhaha.

Blog Widget by LinkWithin