Malaysia Tanah Airku....

April 04, 2007

Landasan Yang Uzur.


KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama)- Kerajaan mengutamakan usaha membaik pulih landasan kereta api daripada mementingkan pembinaan landasan berkembar dan landasan untuk kereta api laju memandangkan hampir 60 peratus landasan sekarang berusia lebih 30 tahun dan perlu dibaiki segera, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar.

Sekira nya kerajaan telah mengetahui tentang betapa uzur nya landasan keretapi di Malaysia ini, maka tindakan segera dan proaktif haruslah diambil untuk mengelakkan kejadian yang tidak di ingini dari berlaku.

Setiap perkara yang melibatkan kepentingan & keselamatan awam hendaklah didahului dan diambil tindakan serius dan cepat. Melihatkan kini kerajaan dikatakan mampu untuk berbelanja dan mampu juga merangka perbelanjaan sampingan yang rata-rata mempunyai kepentingan yang tidak mendesak, maka seharusnya tidak menjadi satu keberatan di pihak kerajaan untuk meluluskan peruntukan bagi membaiki landasan kereta api ini.

Walaubagaimanapun kerajaan harus meneliti dan menimbangkan adakah wajar sekiranya peruntukan untuk membaiki landasan ini dikeluarkan, sedangkan di dalam masa yang sama kemungkinan besar kerajaan akan membuat projek landasan berkembar ataupun kereta api laju.

Antara perkara yang perlu difikirkan oleh kerajaan ialah tentang perbandingan kos yang akan dikeluarkan antara membaiki dahulu secara berperingkat-peringkat landasan tersebut atau pun melakukan pembaikan secara serentak, seiring dengan pelancaran projek landasan berkembar ataupun keratapi laju.

Kesesuaian landasan juga harus diambil kira, bagi memastikan landasan yang sedia ada dengan landasan yang akan digunakan untuk projek landasan berkembar ataupun keretapi laju ini, menepati spesfikasi dan standard yang ditetapkan.

Walauapa pun tindakan segera harus diambil oleh kerajaan demi keselamatan penumpang tanpa mengabaikan faktor-faktor kajian yang mendalam bagi mengelakkan pembaziran dari segi masa, kewangan dan tenaga buruh.


p/s: Jangan dah terhantuk baru tergadah….

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin