Malaysia Tanah Airku....

December 28, 2010

Sisi Gelap Pakatan Keadilan Rakyat.....Bangsat Sungguh ...!!!



Assalamualaikum w.b.t. untuk kesekian kali nya blog ini kelihatan seperti sudah bersawang. Sememangnya dengan tuntutan kerja yang mengila pada hujung tahun ini, menyebabkan blog ini telah terlepas pandang untuk "diupdatekan" (cewah) . Walaubagaimanapun terima kasih pada kawan-kawan yang tetap mengunjungi blog ini walaupun ia tidak "diupdatekan"

Sebenarnya saya bercadang untuk bergerak aktif kembali dalam berblog pada awal tahun nanti, tetapi saya terpaksa mengawalkan posting blog ini, kerana ada satu perkara yang ingin saya sampaikan kepada pembaca...lebih-lebih lagi kepada penyokong tegar PKR (Maaf pada kawan-kawan dari PKR...sesungguhnya yang benar harus diutarakan...)...

Pada November yang lepas nenda tercinta, Abdul Rahman bin Mohamad telah kembali ke Rahmatullah pada umur yang menjangkau seabad...(semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan disisi Allah s.w.t.).....dan bermulalah satu lagi cerita hitam pemerintahan PKR di Paya Jaras a.k.a. Selangor yang cukup memualkan.

Setelah jenazah telah dikuburkan, tahlil kenduri telah disempurnakan selama tiga malam berturut-turut....pada hari keempat datanglah Jawatan Kuasa, JKK Kampung (Jajahan PKR) berjumpa dengan ibu saya mengatakan bahawa , kos mandi mayat, mengkafan, gali kubur dan kuburan harus dijelaskan sebanyak RM 800.00....

Saya yang terdengar perkara tersebut berasa hairan, kenapa kos itu harus dibayar, kerana selama bertahun-tahun kami membayar duit khairat kematian itu, untuk apa....?

Lalu Saya menunjukkan kad keahlian khairat kematian tersebut yang secara jelas dan nyata mengatakan bahawa kos penguburan serta kain kapan semuanya telah termasuk dalam duit yuran khairat kematian tersebut....

Lalu pulanglah JKK tersebut, untuk memberitahu kepada ketua mereka, duduk hal yang sebenarnya....

Sangkaan saya perkara ini sudah selesai.........

Keesokan harinya datang lagi si JKK, tersebut membawa perkhabaran bahawa khairat kematian itu dibayar untuk ibu saya, dan bukan untuk bapa mertua.....

Lalu saya bacakan syarat yang jelas tertera di belakang kad tersebut....bahawasanya khairat kematian ini adalah mencakupi bagi kos-kos pengurusan jenazah untuk diri pembayar, ibu atau bapa atau kedua mertua.......................!!!!!!!!!!!!!!!!!

Lalu JKK itu berkata "Betul jugakan......!!, lalu berlalu sang JKK untuk melaporkan kepada JKKnya yang lain.............

Dan seterusnya , perkara ini terus berlanjutan pada hari seterusnya...datanglah si JKK untuk menuntut juga duit tersebut atas alasan desakan dari ahli JKK mereka.......tetapi dengan syarat yang agak pelik....

JKK : "Takpa, bayar RM 600.00 pun boleh....."

Saya : Aiikkkk....!!!!! boleh diskaun pula.....................tak boleh jadi ni....macam nilah bang....saya takkan bayar.....kalau nak heret ke mahkamah pun takpa.......saya sanggup....

JKK : Apahal pulak ni RM 600.00 pun tak boleh bayar ke....?

Saya : Bang ni bukan pasal boleh bayar ke tidak, tapi ini soal prinsip kalau saya bayar...buat apa duit khairat kematian yang dibayar setiap tahun dan kad khairat kematian ni untuk apa...kubur pun adik saya gali sendiri tau...mana dia JKK awak tu....?

Kalau saya bayar buat apa lagi yuran tahunan ni...takkan lah urusan mati ni pun nak but duit.....? Sengkek sangatkah PKR ni... memalukan betul.... carilah duit cara lain..... Apapun saya tidak mahu bayar....

JKK : baiklah dan berlalu pergi....

Saya anggap perkara ini akan selesai, tetapi jangkaan saya meleset.....Disebabkan saya hanya cuti seminggu sahaja di kampung , saya terpaksa balik ke rumah ..... Sang JKK telah datang berjumpa ibu saya yang hanya seorang surirumah ...dan meminta bayaran tersebut...akibat tekanan dan takut maka ibu saya pun telah membayar wang tersebut sebanyak RM 800.00........tanpa pengetahuan saya..

Pada minggu kedua tanpa disengajakan....saya telah bertanya pasal tuntutan khairat kematian tersebut....Ibu saya yang cuba menyembunyikan hal yang sebenar akhirnya, memberi tahu saya cerita yang sebenar.....

Bangsatnya punya PKR..... kau memang nak kena......nasib baiklah mak saya , menenangkan saya........kalau tidak saya sudah mahu membuat laporan polis....memang hal begini saya sanggup turun naik mahkamah ................... Keadilan untuk rakyat konon....porahhhhhhhhhhhhhh......... (maaf kawan-kawan PKR , saya memang tengah marah....)

Takpa .....lalu saya telah meminta adik saya menuntut resit bayaran tersebut, tahulah saya nak buat apa..........dan sampai saat ini resit tersebut tidak dikeluarkan lagi....malah dengar khabar duit tersebut telah menjadi rebutan dan rasa tidak puas hati di kalangan Ahli JKK yang tidak dapat habuan.......Abih tu takkan lah JKK yang tak menerima habuan khairat kematian tu dok tarik muka bila berjumpa , siap persoalkan lagi kenapa bayar pada sipolan dan bukannya pada dia...!!!!!

aik ada bezakah..? ..nak bayar pada awak, tapi awak tu JKK penggali kubur....yang dibayar ni pada JKK pengutip yuran (walaupun resit la ni pun tak keluar lagi...)....tak salah kan....?

Mujurlah sumbangan dari ADUN BN Paya Jaras , YB Datuk Ir. Muhammad Bushro Mat Johor sudi menyalorkan sedikit sumbangan, tanpa apa-apa syarat.....alhamdullillah......terima kasih Datuk...!!!

Dan permohonan khairat kematian juga terus dibuat kepada Pejabat PKR, untuk memohon sumbangan khairat kematian (lahai... saya ni rakyat Selangor, saya pun berhak untuk tuntut apa yang PKR janjikan...tak salah kan... ;-) ...)...dan syarat utamanya haruslah mendengar ceramah PKR dahulu...........!!!!!!!!!!!!!! aduhhhhhhh semuanya politik ......bangsat betul PKR ni.....walaupun bagaimanapun terimakasih lah atas sumbangan bersyarat tu...duit tu tak buat apapun, sebabnya sebagai ganti duit khairat kematian yang ahli JKK kau orang sebat (tak cukup elaun kot, tapi apa nak sibuk nak , janji lagi dok tambah elaun para guru tu......) ........memalukan bangsa dan agama sahaja.....

Dan akhirnya saya letih untuk melayan orang-orang yang berhati busuk ni......dan saya hanya mampu memohon agar Allah s.w.t tunjukkanlah jalan yang benar kepada mereka ini....dan duit khairat kematian tu kau jawablah kat akhirat nanti.......

Pada kawan-kawan maaf cakap lepas ni pasti ada kawan-kawan PKR dok hentam saya...tapi saya bukan hentam PKR, PAS atau DAP sahaja, tetapi BN juga saya hentam kalau tak betul.....Bagi saya kalau dah buat janji...laksanakan sahaja, jangan jadi munafik......

Kalau dulu BN memerintah dikatakan makan harta rakyat....La ni PKR, harta rakyat miskin , direct jer dok...sapu........apa nak jadi... kalau pihak tertinggi PKR terlepas pandang ha-hal orang-orang bawahan ni harap dapatlah pantau depa ni..kan ada pepatah mengatakan akibat nila setitik habis rosak susu sebelanga...haiii kata nak memerintah lama sikit kat Selangor ni.....saya pun rakyat juga....

Dulu kata penubuhan JKKP oleh BN tu....Jawatankuasa khianat lah...Jawatankuasa kelirulah...jawatan kuasa syok sendirilah.....lani JKKP tulah yang banyak tolong orang kampong...JKK PKR pi mana....?

Bila dok ada yuran pi kutip....bila pi tahlil ka. kendurikah, majlis kah kenapa dok sua JKKP pula...mana pi ahli agama korang...bangsat betul PKR ni.....

Maaflah akibat marah sangat' saya terpaksa menggunakan perkataan lembut sikit....."PKR bangsat"...dan bukannya PKR b#b* atau PKR Pu@#M*&@........

PERHATIAN :Cerita ini adalah cerita benar , kalau nak saman saya, saman lah...mungkin kat dunia terlepas, kat akhirat nanti ...lu pikirlah sendiri.................

p/s : Apabila berlaku satu kematian maka hukum menguruskan jenazah merupakan fardu kifayah dan menjadi kewajipan kepada mereka yang masih hidup untuk menguruskan jenazah tersebut dari awal hingga mengebumikannya ...........

1 comments:

Cempakamelati said...

Macam-macam juga kalau orang berpolitik tak iklas..Cakap jer nak tolong rakyat..susah kan lagi adalah.

Blog Widget by LinkWithin