Malaysia Tanah Airku....

September 30, 2010

Cuti-cuti di Langkawi Jangan Lupa Singgah di Homestay Nany.....




Seorang sahabat lama, yang dikenali sejak sekolah rendah lagi, telah membeli sebuah rumah yang cantik lagi indah di Langkawi bumi Mahsuri. Rumah ini telah dijadikan sebuah rumah percutian bagi memberi kemudahan kepada sesiapa yang ingin melawat Langkawi.

Rumah percutian atau Homestay ini terletak di Lot 2331B, Kampung Bukit Temin, Jalan Makam Mahsuri, Ulu Melaka, 07000 Langkawi, Kedah Darul Aman, merupakan sebuah rumah percutian yang amat selesa bagi sesiapa yang berhajat datang bercuti ke Langkawi samada berkeluarga atau berkumpulan. Lokasinya yang terletak hanya satu kilometer dari Makam Mahsuri dan berada di tengah-tengah kepulauan Langkawi merupakan tempat yang amat strategik bagi percutian anda dan keluarga.

Perjalanan yang mengambil masa hanya sepuluh minit dari Jeti Feri Kuah, lapan minit dari Lapangan terbang Langkawi dan sepuluh minit dari Pantai Cenang, menambahkan lagi ciri-ciri hebat rumah percutian ini.... ;-).

Selain keluasan halaman rumah dan rumah ini yang besar dan selesa ia juga memiliki :

# Pagar di sekeliling kawasan rumah (privasi dan selamat).
# Tempat letak kereta berbumbung,
# Tiga bilik tidur (dua bilik dilengkapi alat penghawa dingin),
# Dua bilik air,
# Bilik Tidur Utama dilengkapi dengan katil bersaiz King,
# Memiliki alat mandian panas/shower heater,
# Peti Sejuk,
# Dapur Memasak,
# TV Plasma berserta siaran berbayar Astro,
# Sofa yang selesa di ruang tamu.

Sekiranya anda ingin membuat tempahan atau pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Puan Nanny di talian 017-4488107/017-5196519 atau email ke alamat nanyhouselangkawi@gmail.com.

Untuk gambaran yang lebih baik bolehlah melayari blog beliau di : http://nanyhouselangkawihomestay.blogspot.com

p/s: Best juga bercuti di Langkawi....Nany aku dah promote homestay mu...bolehlah dapat diskaun nanti ya...hahahah....selamat berjaya... ;-)

4 comments:

bro.matt said...

singgah jgn tak singgah...

Puteri said...

oh bolehlah nanti kalau nak pi langkawi singgah my hometown bandar sungai petani :)

Roket Kertaz said...

uihh .. ramai yg ada homestay nehh.. bleh buat bisnes nehh..

BajuKurung said...

tahun lepas pi langkawi time deepavali...semua hotel penuh..last2 dpt satu homestay jauh giler mcm masuk dlm hutan...sib baik murah..ingat nk pi skali lagi...orait dh ambik nombor ni...

Blog Widget by LinkWithin