Kalau kenyataan pada tajuk itu benar, maka rakyat Malaysia akan sentiasa berada di dalam keadaan berjaga-jaga disebabkan keselamatan kita sentiasa tidak terjamin......
Hari ini, semasa saya membaca harian Metro, saya terbaca empat kes yang bakal membuktikan bahawa sebenarnya kita masih tidak selamat hatta, kita berada di dalam lingkungan pengawasan penjawat awam malah di dalam di premis mereka sekali pun....
Kes Pertama :
Harian Metro 13/10/2010 :....Namun, ketika itu anak tirinya, wanita berusia 30-an, tiba-tiba menghampiri dan menolak kepala Salam menyebabkan seorang anggota polis menegur perbuatan itu sambil meminta dia menghormati lelaki berkenaan walaupun hanya bapa tirinya.
Menurutnya, walaupun ditegur, wanita terbabit masih tidak dapat mengawal kemarahan dan menendangnya hingga terjatuh sebelum kaki kanannya dipijak.
Mujur seorang anggota polis cepat bertindak dan masuk campur sebelum mententeramkan anak tiri saya itu,” katanya.
Menurut Salam, selepas kejadian, isteri dan anak tirinya beredar tanpa mempedulikannya dan dia bernasib baik kerana anggota balai berkenaan memberikan bantuan.
“Pada mulanya saya enggan melaporkan kejadian itu kerana tidak mahu memanjangkan kes, namun atas nasihat beberapa anggota polis dan kecederaan yang dialami membuatkan saya terpaksa membuat laporan,” katanya.
Persoalan : Walaupun pihak polis ada menegur tetapi tindakan pencegahan tidak dilaksanakan dengan berkesan, sehingga berlaku serangan yang menyebabkan kecederaan atas orang awam yang mana lebih mengejutkan mangsa berada di dalam Balai Polis tersebut.Kemudian penyerang tidak ditahan, walau pun serangan berlaku di hadapan mata penjawat awam (menyerang orang lain merupakan satu kesalahan jenayah malah tindakan tidak menghiraukan teguran penjawat awam juga merupakan salah satu kesalahan,yang boleh di kategorikan sebagai menghalang tugas penjawat awam....)..dalam kes ini adakah perlu tindakan dimulakan oleh yang kena serang...?.atau pendek kata yang tercedera kena buat report dulu baru tindakan di ambil.....
Tapi saya percaya penjawat awam tersebut menganggap perkara ini adalah kes kecil, lalu membiarkan orang awam mengambil keputusan sendiri......
Kes Kedua :
Harian Metro 13/10/2010 : SELAYANG: Hanya kerana menasihati anak jiran yang nakal, seorang lelaki cedera dipukul jirannya yang tidak berpuas hati dengan tindakannya kerana dikatakan menjaga tepi kain orang.
Bapa budak berkenaan yang juga penyewa rumah mangsa di Kampung Baru Batu Caves, di sini, bertindak memukul mangsa sehingga cedera di lengan dan kaki.
Katanya, dia kemudian membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Selayang Sabtu lalu, tetapi tidak diterima kerana anggota bertugas memberi alasan kes itu adalah kecil.
Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Brickfields, di sini dan berharap polis selalu datang ke Jalan Bunga Raya Utama 3, Kampung Baru Batu Caves untuk membuat rondaan......
Persoalan : Kali ini bukan saya yang kata tetapi penjawat awam yang bertugas di Balai Polis Selayang yang berkata-kata....bahawa tindakan menyerang orang adalah perkara kecil.....
Mujur Balai Polis Bricfields hendak menerima kes ini.....kalau tidak orang ramai akan beranggapan menceroboh ke rumah orang dan menyerang hingga mendatangkan kecederaan adalah satu kesalahan kecil, yang tidak perlu dilaporkan kepada pihak polis....
Lagi satu nampaknya dalam dunia moden ini, seruan menteri untuk mengambil tahu hal jiran dan sekitar sukar dipraktikkan silap haribulan kena serang....lagi takut, kalau serangan itu kelak akan di anggap hanya sebagai kesalahan kecil...
Kes Ketiga :
Harian Metro 13/10/2010 : Pelabuhan Klang ...Lelaki balik joging ditetak mati jirannya......
Ulasan : Yang ini baru kes serius....dah boleh buat report...tapi mangsa sudah mati ditetak.....nasi dah jadi bubur...ermmm entahlah...
Kes Keempat:
Harian Metro 13/10/2010 :Subang Jaya...Dua lelaki bukan saja membelasah seorang pemandu van berusia lewat 30-an, malah turut mengugut dan mencabar dua anggota polis untuk bertarung dengan mereka di sini, kelmarin...
Ulasan : Agak nya ramai penjenayah sudah tidak menghormati dan takut pada pihak berkuasa....... kerana bagi mereka perkara jenayah ini hanya kes yang kecil-kecil sahaja......oleh itu marilah kita renung-renungkan....salah siapakah bila keadaan ini terjadi....? Walauapapun keadaan ini tetap akan memberi kesan buruk kepada orang awam....
p/s: Harap orang atas lihat-lihatlah kes seperti diatas, agar kami rakyat tidak terasa dipinggirkan dan nasib kami terbela dan selamat berada di bumi Malaysia yang tercinta ini...apapun warga PDRM dan penjawat Awam yang berdedikasi dan ikhlas terhadap tugas masih ramai di luar sana...berkorban demi menjalankan tugas yang diamanahkan, serta demi mencari rezeki yang halal.jasa mu amat kami hargai......

1 comments:
kalau kes yang ketiga nih.. sape la nk g wat laporan.. hurm.. mmg xsmpat mgsa la nk gi wat laporan..
byk jga kes yg pihak pegawai tak layan.
kes kecurian di rumah sewa kawan2 saya. dari dlu lagi dgr kes ni brlaku. lps tu brlaku pula kpd kawn saya. report, report, report.. tapi ap prubhn?
rport sekadar report.
Post a Comment