Malaysia Tanah Airku....

July 10, 2010

A-Go-Go 67.....kembali kepangkuan ku.....



Assalamualaikum....hari ini saya benar-benar gembira kerana ...setelah lama saya mencari akhirnya salinan Filem A-Go-Go 67 rakaman asal dari RTM, kembali menjadi milik saya....setelah salinan asal milik saya telah musnah akibat kerosakan cakera keras..... ;-(

Setelah satu Malaya (cewah) saya pusing rupanya filem A-Go-Go ini ada dalam simpanan saudara Imran di Melaka....terima kasih kepada saudara Imran yang sudi meluangkan masa untuk menyalin filem tersebut ke dalam bentuk CD..... saya juga turut mendapat soundtrack filem tersebut yang amat jelas rakamannya berserta satu lagi Cd, yang mengandungi rangkaian lagu-lagu malar segar sekitar tahun 60an....

Menurut Saudara Imran salinan filem tersebut adalah milik ayah beliau yang telah merakam filem tersebut ke dalam bentuk rakaman video tape yang diambil dari siaran RTM sekitar tahun 70an dahulu....

Kali terakhir saya melihat Filem ini semasa saya bertugas di Johor Baharu sekitar tahun 2008,yang disiarkan di chanel Suria , Singapura....malangnya semasa itu saya tidak sempat merakamkan filem tersebut...

p/s : Saya sebenarnya sudah lama ingin, melihat dan mendengar kembali lagu Sabar Menanti hasil nyanyian M Noor bersama kumpulan The Night Shadows dalam filem A-Go-Go 67...dan akhirnya hasrat itu telah tertunai, hasil kerja yang cukup baik dari saudara Imran.... bersamalah kita memelihara khazanah filem kita....;-)

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin