Malaysia Tanah Airku....

July 18, 2008

Persatuan Alumni SMK Bukit Gading

Persatuan Alumni SMK Bukit Gading atau nama ringkasnya ASBUDI telah ditubuhkan dengan resminya pada 02hb Jun 2008. ASBUDI telah tertubuh atas daya usaha yang tidak mengenal erti penat dari bekas-bekas pelajar, guru dan pekerja SMK Bukit Gading (SMBG).

Mesyuarat pertama ASBUDI telah diadakan pada bulan November 2007 dimana satu Jawatan Kuasa Penaja telah dilantik untuk menyusun dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang perlu bagi merealisasikan penubuhan Alumni SMK Bukit Gading ( ASBUDI ) dengan jayanya.

Keahlian ASBUDI yang dibuka kepada semua bekas-bekas pelajar, guru dan pekerja yang pernah belajar dan berkhidmat di SMBG dan Darjah Menegah Kuang ini mensasarkan matlamat bagi meningkatkan tahap pencapaian SMK Bukit Gading samada dari segi akademik, ko-kurikulom atau sahsiah pelajar disamping memupuk ikatan siratulrahim yang erat sesama warga SMBG. Selain itu sasaran jangka panjang ASBUDI, ialah untuk menubuhkan Koperasi untuk menjana dana yang berterusan bagi menampung segala aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan ASBUDI pada masa hadapan.

YB. Saudara Abdul Syukor bin Idrus, ADUN bagi kawasan N17 KUANG, merangkap Ketua Pemuda UMNO Selangor, yang telah dilantik sebagai penaung ASBUDI, telahpun menujukkan komitmen awal, apabila beliau telah menyumbangkan dana permulaan sebanyak RM 3,000.00, bagi menggerakkan jentera ASBUDI. Sebahagian dari dana tersebut telah disumbangkan kembali oleh ASBUDI kepada pihak PIBG sekolah sebagai sumbangan awal dari penubuhan ASBUDI.

ASBUDI juga mengalu-ngalukan sebarang bentuk sumbangan tidak kira dari segi kewangan ataupun tenaga bagi memastikan ASBUDI mampu untuk merealisasikan matlamat asal penubuhan Persatuan Alumni SMK Bukit Gading. Bagi bekas-bekas pelajar, guru dan perkerja SMBG, diminta menyalurkan maklumat diri kepada AJK yang bertugas, bagi memudahkan pendaftaran. Untuk keterangan lanjut, anda bolehlah melayari laman blog ASBUDI atau terus menghubungi Setiausaha ASBUDI, Saudara Maharin Bin Hamid di talian 019-2100199 .

p/s: Budi yang baik, dikenang jua......

1 comments:

kmnnetwork said...

blog rasmi ASBUDI di gading08.blogspot.com yg tu mirror ak tau saper punya....

Blog Widget by LinkWithin