Malaysia Tanah Airku....

August 17, 2007

Santapan Rohani- Siri 5

TANGAN YANG MEMBERI SEDEKAH




Diceritakan pada masa dahulu, telah berlaku kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah, seorang kaya dengan berkata:

"Tolonglah Sedekah kan kepadaku sepotong roti , dengan ikhlas kerana Allah s.w.t."

Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluar lah anak gadis orang kaya itu, lalu memberikan roti yang masih panas kepada nya. Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluar lah bapa gadis tersebut yang terkenal amat bakhil, lalu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus.

Semenjak dari peristiwa itu, dengan takdir Allah s.w.t, kehidupan orang kaya itu mula menemui kesukaran. Ternyata Allah s.w.t. telah menarik segala harta kekayaan nya sehingga dia, menjadi seorang yang fakir lagi miskin dan meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.

Setelah orang kaya itu meninggal dunia, anak gadis nya yang kudung tangan itu, terpaksa lah menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke satu rumah. Ditakdirkan Allah s.w.t. , pada suatu hari anak gadis itu menghampiri sebuah rumah milik seorang kaya sambil meminta sedekah, lalu keluar lah seorang wanita yang seperti ibu layak nya. Si ibu itu sangat kagum dengan kecantikan sang gadis lalu mempelawa anak gadis itu masuk ke rumah nya.

Disebabkan Si ibu itu, sangat tertarik dengan gadis tersebut lalu dia mengahwinkan anak nya dengan gadis tersebut. Setelah majlis perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan yang indah-indah kepada anak gadis itu sebagai persalinan yang baru.

Pada malam hari nya, si suami pun hendak makan bersama gadis ini. Lalu diajak nya si isteri untuk makan bersama, disebabkan anak gadis itu kudung tangan kanan nya, lalu dia pun makan dengan menggunakan tangan yang sebelah kiri. Suami nya yang tidak tahu bahawa si isteri itu kudung, lantaran Ibu nya pun merahsiakan kecacatan itu, lalu ditegur nya si isteri :

"Sesungguh nya benar kata orang, bahawa orang fakir tidak tahu beradab, makan lah dengan tangan kanan mu wahai isteri ku, bukan dengan tangan kiri mu."

Setelah si suami berkata demikian, maka isteri nya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suami nya berulang kali mengingatkan nya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari balik pintu:

"Keluarkanlah tangan kanan mu itu wahai hamba Allah, sesungguh nya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kepada ku, maka tidak ada halangan bagi Allah s.w.t. memberikan kembali akan tangan kanan mu itu."

Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanan nya, dan alangkah bersyukur nya dia, apabila mendapati tangan kanan nya berada dalam keadaan asal, lalu dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan.

p/s: Menderma pada yang perlu, bukan pada tempat yang tak tentu....berhati hati pada penderma penipu.

8 comments:

tokasid said...

Salam saudara de_kerinchi:

Tq for this N3.

Bukan apa, zaman sekarang ni bab sedekah ni ramai yg dah lupa akan kebaikannya. Ramai yg lupa sedekah itu galakan ALLAH.

Mungkin sebab ramai 'peminta sedekah' moden yg 'menipu' orang awam. Ada banyak sidiket begini. Malah ada yg menggunakan 'pelajar tahfiz' utk minta sedekah di banyak RnR lebuhraya.

Ada yg 'minta sedekah sempena bulan kemerdekaan' utk buat konvoi beliau itu ini.

Di harap kita dapat menghidupkan semula ibadah sedekah apalagi Ramadhon al-mubarak sudah hampir. Saya yakin ramai saudara mara kita atau sahabat handai atau penduduk kariah kita yg susah atau ditimpa musibah utk kita bersedekah.

TA~ saya pun bukan kuat bersedekah. Apalagi yg selalu datang tolong kutip utk itu ini, bila kita minta macamana nak hubungi rumah anak yatim atau individu tertentu, mereka jadi tak suka.

Mak Su said...

tq mengingatkan

de_kerinchi said...

Salam saudara dr. tokasid,

adabeberapa perkara yang telah berbangkit :

1) Penggunaan nama pelajar tahfiz sebagai golongan pemohon sedekah konon nya untuk rumah anak yatim. sudah terbukti dengan terbongkarnya beberapa kes sebelum ini

2) Penggunaan sijil sakit fotostat yang dijaja ke rumah-rumah dan pejabat... juga boleh dipertikaikan. Ada ketika sampai tiga orang dengan alasan sakit yang berlainan pernah saya jumpa dalam seminggu.ada satu kes minta sedekah sebab kena sakit asma, tak boleh kerja kuat, yang hairan dia boleh berjalan berbatu-batu untuk minta sedekah....

3) Peminta sedekah untuk membina masjid di selatan Thailand dan utara semenanjung yang tak siap-siap dari tahun 70an lagi sampai la ni dana masih tak cukup..agak nya berapa banyak masjid dibina di sana?

4) Pengutip derma meja ke meja yang menggunakan surat kebenaran jabatan agama negeri, boleh dipertikaikan, apabila diminta merujuk nombor surat tersebut mereka pasti lari.Pihak jabatan agama harus memantau perkara ini....

5)Pengutip sedekah rakyat asing, di depan masjid dan pasar-pasar malam, dari mana? untuk siapa? ada permit? dari persatuan mana?ada daripada mereka sukar untuk bergerak...

Saya dah lama belajar mengawal cara pemberian sedekah cara begitu, kerana berasa tidak ikhlas bila hati merasa was-was...untuk tidak menggalakkan perkara ini dari berlaku baik kita terus menyalurkan bantuan ke rumah anak yatim, orang tua, amil, masjid dan banyak lagi saluran yang sah....fasal tu bayaran zakat diri dan harta diwajibkan...


salam Maksu,

Terima kasih kembali,sememang nya kita digalakkan bersedekah,tapi pastikan di saluran yang betul..

Anonymous said...

di sini, sekitar saya [masjid negara, pasar seni dan juga puduraya], saya masih memandang serong peminta sedekah. Bukan kedekut atau berkira, tetapi takut jika itu semua hanya penipuan. berdosakah saya kerana prejudis ini?

Anonymous said...

laling lak dalam kisah ni ambik ikhtibar apa yang patut sedekah,For me dari bagi diorang duit baik bagi diorang makan..kalau tak nak makanan itu sindiket mintak sedekahlah jawabnya..Dunia dunia..

de_kerinchi said...

Salam Bayan,

Di kuala Lumpur, memang banyak sindiket peminta sedekah... lebih-lebih lagi yang wajah asing tu...



Salam laling

Pasal bagi makan tu, dulu masa saya dan kawan-kawan makan di gerai ada seorang peminta sedekah minta wang kerana kata nya lapar..lalu kami suruh di ambil nasi dan lauk..dia macam bengang..tapi ambil jugalah ...tapi makan sekejap.alih-alih kelibat nya dah hilang yang tinggal makanan yang belum habis..nampak sangat memang penipu...

Anonymous said...

hatiku terdetik seketika...

de_kerinchi said...

Salam ladymariah,

Berdetik kearah yang lebih sempurna dan penuh kebaikan adalah anjuran semua anutan agama.....

Blog Widget by LinkWithin