Malaysia Tanah Airku....

Mufti vs JAKIM



Penggunaan ayat-ayat al-quran sebagai nada dering. Isu ini hendaklah dibincangkan dengan berhati-hati kerana ia melibatkan sensitiviti agama.

Pada mulanya niat untuk menggunakan nada dering ini adalah satu perbuatan yang baik, tetapi apabila ia dikaji dari satu sudut lain pula ia akan lebih membawa impak negatif dalam penggunaan nya. Cuba kita fikirkan sekiranya kita di dalam tandas, tiba-tiba terdengar alunan ayat Al-quran yang suci maka ini mendatangkan satu kesalahan dan dosa. Keadaan ini akan menimbulkan salah anggapan bagi orang yang mendengarnya, apatah lagi bagi "non-muslim".

Kita sebagai umat islam sepatutnya memartabatkan dan meletakan ayat-ayat suci Al-Quran ini di tempat paling suci dan tinggi. Mungkin ada orang akan berkata "kita boleh mematikan telefon bimbit kita kalau hendak ke tandas". Bagus betul cadangan yang diberi itu, tetapi harus diingat dewasa ini berapa ramai yang mematuhi arahan mematikan telefon bimbit di dalam apa majlis pun, malah di dalam masjid sewaktu sembahyang pun orang lupa untuk mematikan telefon bimbit, ini kan pula satu tugas yang akan menjadi rutin setiap kali memasuki tandas.Agak nya mampu kah orang kita mendisplinkan diri.

Disebabkan lebih banyak buruknya penggunaan nada dering ini, maka wajiblah umat islam tidak menggunakan nyai. Pihak Jakim pula jangan lah terus melatah bila pandangan diberi, lebih-lebih lagi kenyataan ini dikeluarkan oleh seorang mufti. selidik dahulu, berbincang, timbang-timbangkan dan jangan buat andaian awal. Ingat lah tiada siapa pun di dalam dunia ini lebih bijak selain daripada Allah s.w.t.


p/s : Isu murtad dan logo Halal bila nak selesai agaknya. Masih menunggu bijak pandai JAKIM mencari jalan keluar.

2 comments:

pemakna ilmu said...

nak kata disini..dari kita haramkan nada dering yang ada sense of Islamic nie lebih baik kita haramkan nada dering yang tak bawak nilai langsung..as we know, Islam agama ibadat..asal terlintas nak wat kebaikan dah dapat pahala..dengar ayat quran pun dapat pahala..kenapa kita lihat jadi isu bila berdering di tandas je???knape tak lihat apa kesan jika berdering di tengah masyarakat???kanaka2???non-muslim???sesuatu yang indah, akan menenagkan jiwa..e2 lah..ISLAM..saya yakin, hanya orang yang men'jaga' je yang akan guna nada dering ayat quran nih..dia berani memsetkan ayat quran nie, dia harus berani menjaga adab2nya...optimis!!!ade ke mat rempit, gengster, ahli disko nak guna???jadi, saya menyeru kepada sume..kita sangat2 kurang berusaha untuk publisitikan Islam(SECARA BETUL)..sekarang timbul isu, pengharaman nada dering nie plak..pe pandangan non-muslim??lo olang, isu ni pun nak gaduh2!! juz nak btau-klu kita lalu depan kedai china,kdg2tdengar lagu2 serapah diorang,kan???diorang yang tak dapat nur hidayah pun bleh yakin dengan serapah diorang..apatah lagi kita???agama yang diredhai dan meredhai???Al Quran sebaik2 khazanah ayat..RADHITU biLLAHI RABBA!!!

de_kerinchi said...

Salam saudara pemakna ilmu,

Terima kasih atas komen saudara, perkataan anda adalah benar, jika ia diguna pakai oleh orang yang tahu (apa yang saudara katakan orang yang tahu menjaga adab sopan), tetapi bagi mereka yang tidak tahu apa-apa, takut akan menimbulkan fitnah bagi bukan beragama islam.

Walaupun tujuan asalnya untuk mendidik,tetapi ia tidak akan terkesan dijiwa mereka yang memberontak.Ada cara lain yang perlu difikirkan dan lebih berkesan. Adalah molek kita mengambil jalan yang mudah tanpa mencacat-celakan islam itu sendiri.

Pertanyaan saudara tentang penggunaan nada dering dikalangan mereka yang didakwa terpesong dari agama, maka saya katakan ada, ini adalah berdasarkan kepada pergaulan saya bersama golongan ini.

Maaf cakap, saya sendiri pernah mendengar bunyi deringan ini di banyak tempat yang tidak sepatut nya, malah di kelab-kelab malam sekali pun ia berkumandang sambil tuan-tuan punya H/P meneguk arak dan tersenyum meleret bila mendengar alunan keindahan bahasa ketuhanan ini..tidak kah ini amat menjengkelkan sekali.(Terpulang kepada pembaca untuk, menilai saya)

Oleh kerana persekitaran saya terdedah dengan masyarakat beragama lain dan masyarakat islam yang penuh dengan gejala sosial maka banyaklah perkara-perkara yang diluar adat timbul, dan amat memalukan kita sebagai pengganut islam sejak azali. Jadi saya tidak merasa hairan jika ia disalah gunakan.

Saya harap saudara dapat membayangkan bagaimana dewasa ini dosa-dosa besar dan fonomena murtad begitu berleluasa dikalangan anak muda dewasa ini. Jadi kecenderungan mereka menghina islam melalui penggunaan H/P ini adalah amat mudah dan besar sekali peratusan nya(sudah terbukti).

Jadi tanggungjawab kita membendung perkara ini dari berlaku, walaupun secara dasar nya mendengar ayat Al-Quran itu adalah baik tetapi adalah tanggungjawab kita untuk meletak kan MUKJIZAT ini ditempat yang tinggi lagi mulia.

Sesungguh nya dosa itu amat mudah untuk kita miliki, walaupun sebab musabab nya kelihatan seperti tiada memberi kesan. Seperti saya yang "tidak mendapat pahala" kerana hanya mampu untuk melihat ayat islam diperlekehkan dihadapan mata sendiri....

Jangan kita menjadi konservetif dan sibuk membicarakan sesuatu perkara berlandaskan sesuatu dikeliling kita yang kelihatan nya molek belaka, tetapi harus berlandaskan kepada yang kenyataan yang selalu nya kelihatan jelik. Kita harus sedar kerana agama kita adalah agama suci lagi benar maka banyaklah godaan yang akan diterima berbanding agama lain. Jangan kita lupa ada juga sarapah Tok guru islam kita kalah kepada Tok guru Sami,jadi "salah ayat ka atau salah pembawakan si pembaca ayat?"(Pun sudah terbukti).

Oleh sebab itu Pendakwah yang baik, ialah mereka yang memikirkan apa orang lain nak kata, sebelum memikirkan pula metode penyelesaian yang bijak dan sesuai untuk diguna pakai.Baru kelihatan Islam itu indah dan agama yang benar.

Disebabkan urusan Pahala adalah urusan Allah s.w.t. jadi sebagai insan kita hanya melakukan tanggung jawab kita sebagai hamba kepada Nya. Kalau hendak dibicarakan dengan lebih panjang adalah amat sukar diruangan yang sempit ini, apapun terima kasih sekali lagi atas pendapat saudara.

Wallahualam........

p/s: Pendapat ini adalah berlandaskan keadaan sosio ekonomi yang normal dan ia akan terbatal, sekira nya dibincangkan dari perspektif islam yang lebih dalam lagi (Atau apa yang disebut oleh saudara, "yang menjaga adap").

Blog Widget by LinkWithin