Malaysia Tanah Airku....

April 19, 2007

Pemimpin Yang Keliru

Dua hari selepas mengumumkan keputusannya untuk keluar MIC kerana kecewa tidak dipilih bertanding dalam pilihan raya kecil Ijok, ketua bahagian MIC Kuala Selangor, S. P. Thirumoorthy, menukar pendirian untuk menyokong calon Barisan Nasional.

Amat memalukan, seorang pemimpin yang dikatakan orang lama dan berpengalaman berperangai kebudak-budakan. setelah mengambil sikap segera berpatah arang dengan MIC kemudian nya dengan segera juga ia mengambil langkah untuk berdamai kembali. Perbuatan nya bagaikan "meludah ke langit kena ke muka sendiri". Ternyata Thirumoorthy bukan lah pemimpin ulung yang boleh dibanggakan dan boleh diterima pakai oleh pegundi di DUN Ijok. Oleh itu tindakan MIC untuk mengenepikan nama nya sebagai calon BN di DUN Ijok adalah satu tindakan yang bijak dan tepat.

Walaupun Thirumoorthy menyangkakan, beliau selamat dengan mengandaikan perbuatannya hanyalah dibuat secara lisan bukannya bertulis, ternyata beliau silap. Thirumoorthy harus ingat bahawa pengumuman beliau bukan lagi bersifat lisan kerana kenyataan beliau telah pun menjadi bahan tontonan di kaca televisyen. Ini bermakna berjuta-juta rakyat Malaysia termasuklah pengundi di DUN Ijok telah menjadi saksi atas segala ucapan yang dibuat oleh Thirumoorthy dan lagipun kenyataan beliau kini sudah menjadi bahan "berrekod", ini bermakna imej Thirumoorthy, telah "merudum" dengan teruk dan peristiwa ini akan terpalit di dalam sejarah pejuangan politik beliau.

Sememang nya pengundi BN, tidak memerlukan pejuang dan pemimpin yang tidak rasional, cepat melatah, cepat terguris hati, membuta tuli, tidak tetap pendirian, tidak sabar dan sering berperasangka buruk. Walauapapun tindakan BN berdamai dengan Thirumoorthy juga dilihat sebagai satu langkah bijak dan berkesan bagi mempertahankan kerusi DUN Ijok. Diharapkan Thirumoorthy, akan melaksanakan janji beliau untuk memberi sokongan kepada jentera BN di DUN Ijok.


p/s: Berfikir sebelum bertindak, salah satu sikap yang perlu ada di dalam diri seorang pemimpin yang di segani ialah berani dan tetap pendirian nya bukan nya mengikut resmi lalang.......

2 comments:

tokasid said...

Salam d_kerinchi.
He shuold tell others: Jangan tiru macam Thiru.

saya rasa dia berpatah balik kerana memikirkan imbuhan by-election yg akan terlepas jika dia terus berdegil.Di umur pencen dan jika tiada jawatan beliau akan susah.Namun sekarang pun beliau pasti menyesal kerana kita tahu,kebiasaannya Samy Vellu agak sukar memaafkan sesiapa yg menentang beliau secara terang-terang. Thiru can kiss goodbye to MIC politics.

So,jangan tiru macam Thiru.

de_kerinchi said...

Salam tokasid,

setuju, dengan pendapat itu, lagipun Thiru ingat sebelum ini dia mempunyai kekuatan kerana menguasai beberapa buah cawangan mic, tetapi sangkaan beliau meleset, ternyata beliau belum cukup kuat untuk mengoncang mic, apatah lagi ingin menggegarkan BN. jauh panggang dari api....

Blog Widget by LinkWithin