Malaysia Tanah Airku....

June 28, 2008

Bongkak Dan Sombong Amalan Kita

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz , cakap cukup sombong....Apakan tidaknya, tindakan beliau menempelak Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) dengan kata-kata yang jelas tak mencerminkan diri beliau sebagai seorang menteri yang berbudi bahasa lagi beretika malah tindakan beliau untuk menguar-uarkan isu ini di akhbar amat jelas membelakangkan semangat BN. Memang jelas dari dahulu lagi, sikap yang suka mengherdik ala-ala hulubalang, memang sinonim dengan beliau, tapi kali ini hulubalang ini mengamuk dengan juak-juak sendiri.

Kemungkinan pembawakan sikap beliau ini adalah disebabkan, beliau merasakan diri beliau adalah seorang yang amat pandai, dan tahu segala macam perkara. Tindakan beliau yang membalas tindakan BNBBC yang mengalihkan sekatan terhadap wartawan di lobi Parlimen pada Selasa lalu dengan kata-kata bagai “kebudak-budakan" dan dari "kelab samseng", jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang sangat ego dan kuat melatah, pantang dicuit sikit pasti terhambur kata-kata yang tak boleh diterima pakai sebagai seorang menteri berpendidikan. Ialah sedangkan beliau sanggup melatah hingga tak ingat dunia bila boss nya diusik, inikan pula punggungnya diraba-raba........takkah melenting panglima seorang ni kan....

Secara berakal, tidak bolehkah, Datuk Nazri bercakap dengan cara yang berdiplomasi dan menunjukkan etika ahli BN tulin (kononnya) dalam menyelesaikan masalah? Kalau dulu Tun Dr Mahathir Mohammad dok serang BN, terang-terang dok kata TDM tak ikut etika parti, yang perbuatan Datuk Nazri, heboh dok bertengkar pasal tali penghadang ni ada etika ker.....?

Lagi nampak ego, apabila Datuk Nazri, dengan angkuh mencabar ahli BN sendiri mengambil tindakan terhadap beliau malah mencadangkan agar beliau dipecat dari kabinet Paklah, lebih menampakkan betapa sombong dan angkuhnya menteri ini.

Dakwaan Datuk Nazri, bahawa BNBBC bukan satu badan yang diiktiraf oleh Perlembagaan Malaysia atau Peraturan Mesyuarat (Standing Order) juga jelas telah menelanjangi hal-hal dalaman BN dengan cara yang amat tidak beretika. Adalah amat bodoh untuk menempelak dan tidak mengiktiraf penyokong sendiri.....apatah lagi melaung-laungkan nya kepada khalayak ramai malah kepada musuh sendiri.... Ikut logik akal, dengan adanya BNBBC di Parlimen sejak dahulu lagi, secara lansung ia menggambarkan bahawa selama ini BNBBC memang telah diberi lampu hijau dan diktirafkan oleh BN, Malah tidakpun menjadi kudis kepada Datuk Nazri ketika itu, tapi kini beliau boleh pula mengungkit hingga ketahap ini......pelik bukan....? Amat jelas perkara ini menunjukkan dalam politik tiada siapa yang boleh dibuat kawan sejati....contohnya Datuk Nazri.... bila diampu, dok sayang-sayang... bila dok lawan...habis seranah tak ingat kawan.....

Amat jelas dalam keadaan imej BN yang terjejas teruk dewasa ini, Datuk Nazri telah menambahkan satu lagi point, antara sebab-sebab BN, akan kehilangan sokongan rakyat. Datuk Nazri sepatutnya berbincang dari hati ke hati, dan bukannya mengikut "panasnya hati" ............. Bayangkan kalau BNBBC membawa usul tidak percaya kepada BN, maka akan terjejas lagilah imej BN , maka akan hilanglah lagi sokongan akar-umbi.......

‘BNBBC boleh hukum saya’-Utusan Malaysia

p/s: Apalah pasal belacan pun, nak bergaduh......

4 comments:

Lily Abdullah said...

Salam,

Lama kak Lily x datang ke sini.

Malanglah nasib rakyat, dapat menteri bodoh sombong macam dia.

ayamsabung said...

salam tuan,

Menteri ni memang tak sayang mulut...memang gangster...semalam dah kena sound dengan Najib....memang tak boleh pakai....

ritaemilia said...

satu lagi tindakan melatah dari menteri yang satu ini.

Desperado said...

Thanks for the visits...

Allow me to add your link to my blog...

Salam persahabatan...

www.pilihananda08.blogspot.com

Blog Widget by LinkWithin