Malaysia Tanah Airku....

April 07, 2008

Kalam Pengampu



Datuk Sri Azalina kata :
"Jaga sopan santun pada pemimpin negara....."


Tapi adakah tindak tanduk pemimpin negara selama ini selalu bersopan santun dengan TDM atau rakyat nya ? Perlukah bersopan santun jika pemimpin itu tidak bersopan santun dengan orang lain..? Perlukah bersopan santun jika pemimpin itu tidak bersopan santun dalam mengendalikan isu-isu negara...?

Datuk Ismail Sabri kata: "Tun Dr. Mahathir Mohammad tiada hak untuk mendesak Paklah melepaskan jawatan, melainkan ahli - ahli UMNO."

Tapi bukankah Tun Dr. Mahathir Mohammad juga seorang ahli UMNO..? Mana hak beliau sebagai seorang ahli UMNO...? Cakap belit-belit...cakap jerlah hendak mengampu.... jangan sampai cakap membelit diri sendiri...

Datuk Ahmad Zahid Hamidi kata : Tindakan Tun umpama membaling batu ke rumah kaca... Saya sekadar mahu mengembalikan ingatan Tun Mahathir kepada semua ahli-ahli UMNO ..

Tapi bukankah segala amaran Tun dahulu demi untuk keutuhan parti malah disokong pula oleh para menteri kabinet dan akar umbi, termasuk Datuk Ahmad Zahid Hamidi ? Kalau amaran Tun salah, kenapa Datuk Ahmad Zahid Hamidi hendak ikut.... takkan hendak jaga jawatan.... cakap tak serupa bikin...bodek sahaja yang tahu.... Memang betullah ketakutan tersebut, takut rumah kaca milik Datuk Ahmad Zahid Hamidi pecah agak nya...Inikah pemimpin yang kita mahu...?

Masa dulu ramai yang sokong apa Tun buat , tapi zaman Paklah, kena fikir sebelum sokong...malah bantahan amat jelas kedengaran di akar umbi, takan but-buat tak dengar... Saya juga ingin mengembalikan ingatan Datuk Ahmad Zahid, masa zaman konferantasi Tun dan DSAI.

Senator Datuk Wan Ahmad kata: TDM dah lupa sejarah sendiri, kerana kritik yang disentuh hanya disekitar era UMNO diharamkan....

Tapi sejarah tidak pernah melupakan kita, bahawa kekalahan PRU12, adalah satu sejarah yang memeritkan dan boleh menjadi turning point...kearah pemerintahan kerajaan generasi baru.....

Lagi pun sejarah sudah mencatatkan bahawa Tun adalah bapa Malaysia Moden..... Adakah Datuk Wan Ahmad melupakan sejarah diri sendiri.. ?

Datuk Nazri Aziz berkata : Kelantan kalah dan Terengganu kalah MT tak suruh pun TDM letak jawatan....

Wahai Datuk Nazri Aziz pada masa itu, isu yang berlaku adalah amat berbeza sekali, ia berkaitan isu DSAI tetapi kini bukan sahaja isu pertembungan antara pemimpin UMNO tapi isu ketidakmampuan Paklah dalam banyak segi termasuklah kredibilitinya. Masa dahulu tidaklah sampai penyokong BN beramai-ramai pakat boikot BN, macam zaman Paklah. Takkan Datuk tak nampak.....

Perlu diingatkan rentetan kekalahan masa pemerintah Tun dahulu adalah krisis dalaman. Kekalahan BN di Sabah adalah kerana Pairin Kitingan menikam dari belakang dasn melompat ke parti Semangat 46. Manakala kekalahan di Kelantan adalah kerana akibat perpecahan UMNO semasa krisis dengan Ku Li, dimana Kuli berjaya memesongkan fikiran rakyat Kelantan pada waktu itu. Kekalahan di Terengganu pula disebabkan Menteri besarnya, Wan Mokhtar menghadapi krisis keyakinan dari kepimpinan UMNO dan rakyat Terengganu, dimana nasihat dari Tun tidak diguna pakai dan akibatnya Terengganu jatuh ketangan Pas

Zaman Paklah, BN hilang majoriti dua pertiga dalam Parlimen selepas menang 140 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen manakala pembangkang memenangi 82 kerusi. BN juga gagal mengekalkan kerajaan negeri di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor ( termasuk K. Lumpur) selain tidak dapat merampas kembali Kelantan daripada Pas.... masih menang kah BN di mata Datuk Nazri Aziz.?

Tahun 1999 walaupun ada melayu berpihak pembangkang tetapi kaum lain masih memberi sokongan kuat kpd BN sebabnya pengurusan negara yang diterajui TDM diyakini oleh rakyat. Tetapi dalam pilihanraya yg lalu, semua kelompok bangsa tak sokong paklah.

Betullah kata Datuk, sokongan Datuk hanya kepada siapa yang memerintah... mana ada pohon rendang berbuah lebat disitu lah Datuk akan berteduh... dan pokok yang dah pencen Datuk buang ketepi...macam kacang lupakan kulit.....Tak mengenang budi.. Masa zaman Tun memerintah, hebat sungguh Datuk mempertahankan Tun, bila zaman Paklah, sibuk pula bersilat untuk nya....satu lagi contoh ciri-ciri pemimpin yang berkhidmat demi untuk menjaga punggungnya... Amaran untuk Paklah , kalau Paklah pencen nanti Datuk Nazi ops maaf, Nazri ni berpotensi melawan balik......

Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata: Ia terkilan dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir yang mendakwa ahli UMNO tidak berani membincangkan prestasi buruk parti itu pada pilihan raya umum lalu. Tun Dr. Mahathir harus sedar dan memikirkan kepentingan rakyat dan UMNO sebelum meluahkan kenyataan seperti ini.

Apa hendak di terkilankan, memang kenyataan Tun itu benar, ramai ahli UMNO berjawatan pemimpin bersikap bacul... bukti dah ada depan mata, asyik angguk sahaja. Lagipun ikut logik, mahukah kenyataan ahli di cawangan kampungan, hendak didengar oleh Paklah?

Itulah gunanya suara Tun, yang memang diketahui ketokohan nya dan kredibilitinya (hanya orang dikeliling Paklah sahaja yang buat tak tahu) untuk merealisasikan dan menyampaikan apa yang ahli umno picisan macam kami ini ketengah.

Disebabkan Tun memikirkan kepentingan rakyat dan UMNO lah , Tun terus bersuara.... Kalau hendak diharapkan Datuk Ahmad Shabey untuk memulakan langkah silat, "berjanggutlah" jawab nya.

p/s: Tolonglah jangan lagi membohongi kami.....

6 comments:

Mak Su said...

mata masing2 berbeza ker?

ayamsabung said...

alahai, menteri-menteri yang bercakap ni semua boleh dipertikaikan keikhlasan nya...lagipun memang sah kroni...

arsaili said...

isu panas ni? teringin nak makan cucur pisang panas cicah sos..ummm

Anonymous said...

time tun jadi pm mestilaun. th sokong tapi skrg time pak lah jd pm makanya tun sudah dibelakangi. mesti ikut pak lah. kalau tidak ,projek tak beb. takut mati kelaparan sedangkan harta dah bertimbun. rakyat dapat 'temberang' je. makin papa kedana.

de_kerinchi said...

Salam maksu,

Mata orang berbeza, mengikut apa yang ditawarkan.. ;-)


salam ayam sabung,

Kebanyakan bercakap pasal iklas, tetapi tindakan adalah sebalik nya....


salam arsaili,

Isu panas , kalau jalan betul takpa, ni buat orang sakit hati...


salam ladymariah,

aik lama menyepi, orang yang sokong bila ada kepentingan adalah penyokong yang takda etika....Nazri Aziz no 1 kena pancung dulu....

tunku said...

azalina ni memang jenis pengampu nombor satu. sekiranya ada anugerah pengampu memang patut diberikan kepadanya. dulu tengok macam mana dia mengampu tun mahathir, lepas org tu dah tak berkuasa diupahnya org utk menghentam tun. tengoklah nanti kalau pak lah dah tak jadi pm, mau pak lah dimakinya.

Blog Widget by LinkWithin