Malaysia Tanah Airku....

January 28, 2008

Antara Dua Darjat - Penyapu Dan Berus Tandas



Hadiah berus jamban untuk pentadbiran Mahdhir Khalid


Dahulu semasa Dato Seri Dr. Mohd Khir Toyo, membuat tindakan menghadiahkan penyapu kepada PBT, ramai yang menyokong beliau. Ramai yang seakan-akan membutakan mata dan memekakkan telinga, hingga lupa, banyak hati "kakitangan awam" yang telah terguris dan maruah mereka telah diinjak-injak..

Bagi menguatkan alasan Dato Seri Dr. Mohd Khir Toyo untuk menghalalkan polisi menginjak maruah "kakitangan awam", beliau telah mengeluarkan dalil bahawa ramai yang menyokong beliau, hingga mendakwa beratus-ratus email telah diterima, di mana 98% dari email tersebut konon nya amat menyokong tindakan beliau yang dianggap bermaruah tersebut.

Dengan menegaskan bahawa pemberian penyapu itu bukan bertujuan menjatuhkan maruah tetapi secara simbolik bagi membersihkan amalan negatif , beliau telah merasakan perbuatan tersebut cukup bermaruah. Dato Seri Dr. Mohd Khir Toyo seolah-olah lupa, bahawa pendapat ini hanyalah pendapat peribadi beliau sahaja, dan bukan nya pendapat para "kakitangan awam". Bagi Dato Seri Dr. Mohd Khir Toyo, misi hendaklah dicapai walaupun bakal mengguris hati "kakitangan awam". Perasaan dan maruah "kakitangan awam" telah jatuh di rangking yang terakhir, dalam mencapai matlamat, maksud dan tujuan yang hanya, Allah s.w.t. dan Dato Seri Dr. Mohd Khir Toyo sahaja yang tahu .

Apapun peristiwa itu telah pun berlaku dan terpampang dengan gah nya di dada-dada akhbar dan media elektronik. Malah sudah pun tercatat di dalam sejarah politik tanahair, sebagai peristiwa, mengaibkan dan menjatuhkan maruah kakitangan awam. Walaupun Dato Seri Dr. Mohd Khir Toyo terpaksa berlembut hati dan mengubah prinsip yang cuba beliau pertahankan, maruah "kakitangan awam" telahpun diinjak-injak. Kata orang"terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan....sendirilah tanggung".

Belum reda isu penyapu, semalam, tiba-tiba muncul pula isu hadiah berbentuk "berus tandas". Apa lagi yang hendak disensasikan ?. Cepat sungguh ia menjadi isu. Ramai pula tiba-tiba melenting, mengatakan perbuatan ini tak bermaruah dan menjatuhkan maruah "kakitangan awam". Ramai pula yang ingin menjadi pembela bermaruah secara hentam kromo, hingga tanpa disedari mereka telah "menepuk air kedulang, lalu terpercik ke muka sendiri".

Janggal sungguh perbuatan ini, dek hanya kerana sebuah artikel yang baru membuat saranan (bukan tindakan), ramai pula yang tiba-tiba berpencak silat sambil terlatah-latah.....Kemanakah agak nya, para pembela maruah "kakitangan awam" ini, semasa maruah kakitangan awam diletakkan dihujung penyapu, Dato Seri Dr. Mohd Khir Toyo satu ketika dahulu?

Lalu kita mudah faham kenapa ia terjadi, jawab nya kerana saranan itu dibuat oleh parti pembangkang...Jadi segala-gala nya dari pihak pembangkang, pada prinsip nya harus disanggah oleh pihak kerajaan. Pihak kerajaan, seakan-akan nampak ruang kosong untuk membalas serangan pembangkang tersebut dan tanpa membuang masa, peluru pun dilepaskan kesasaran, sehingga pihak kerajaan lupa bahawa mereka juga pernah, menghina "kakitangan awam", malah lebih memalukan, perbuatan itu telahpun dilaksanakan dengan tubuh fizikal dan bukan nya secara tulisan......

Mana yang lebih buruk melakukan nya kah atau sekadar saranan sahaja.... ?

Sikap double standard ini akan memusnahkan bangsa yang bertamadun. Kita sudah lama merdeka dan sudah terdedah dengan segala macam bentuk ilmu pengetahuan, jadi tindakan kita yang bermain dengan isu-isu yang "double standard" pasti akan dapat dikesan juga akhirnya...malah bakal menikam diri kita kembali...

p/s: Atau sekadar perang saraf PRU...

8 comments:

Anonymous said...

World class mentality... hanya bermain-main dengan penyapu dan berus jamban?

Mak Su said...

heh heh heh, saya jadi penonton

de_kerinchi said...

Salam mudin,

Ini world class cara mereka...memalukan...kata hendak menjadi bangsa berangkasa....banyak benda lain boleh bincang..

Salam maksu,

Maksu, Kakitangan awam kah....?

ritaemilia said...

hai..

nampak nya isu berus jamban ini menjadi isu yang penting alam agenda politik negara..pelik sungguh

de_kerinchi said...

salam rita,

Kadang-kadang boleh memalukan kalau memainkan isu, yang kena batang hidung sendiri...

ayamsabung said...

BN sudah bagi penyapu....pembangkang baru nak ura-ura bagi berus tandas...

Bn buat takpa..pembangkang buat salah pulak... siapa yang memperbodohkan siapa...?

Farhan said...

kalau kakitangan awan kat kedah tu pakat mogok baru la MB diorang tu rasa macam mana pedihnya.

tapi orang melayu ni baik.buat la apa2 pun diorang pasti diam.tak memberontak.

de_kerinchi said...

salam ayamsabung,

Kalau adil dan saksama, tak jadi isu...

salam farhan,

Nak kirakan orang melayu ni memang bangsa yang berbudi pekerti tinggi...

Blog Widget by LinkWithin