Malaysia Tanah Airku....

October 04, 2007

Malaysia Boleh..!!!



Adalah dimaklumkan bahawa hari ini terdapat satu berita yang amat menarik untuk didengar, apabila sebuah persatuan teksi meminta kerajaan menaikkan tambang sehingga 600 peratus, sementara persatuan bas pula menuntut kenaikan tambang sehingga 100 peratus - 200 peratus. Pengerusi LPKP, Datuk Markiman Kobiran "mencadangkan" agar orang ramai tidak perlu panik, kerana menurut beliau , kerajaan "tidak semestinya" menerima bulat-bulat permintaan yang dibuat oleh persatuan-persatuan itu dalam ertikata lain nya, cadangan itu mungkin akan diterima atau tipis untuk tidak diterima atau tidak sekali-kali akan ditolak.

Dijangkakan kenaikan nya bukan di dalam lingkungan 600% atau 100% atau 200%. Mungkin kita akan menikmati kenaikan tidak melampau kurang dari 559.9% atau 99.9% atau 199.9% dimana peratusan itu sekurang-kurang nya tidak mencecah tuntutan melampau yang asal. Jadi kita sebagai rakyat yang setia dan rela berkorban tidak perlu lah terlalu panik dengan berita ini.

Dengan mengambil kira peningkatan kos operasi, gaji minimum pemandu dan ciri-ciri keselamatan termasuk kos yang ditanggung kerajaan untuk mengadakan kursus latihan semula pemandu bas dan kenaikan gaji kakitangan awam, maka kita sebagai rakyat "dicadangkan" untuk menyokong saranan ini. Lagi pun kita akan dapat mengelakkan Datuk Markiman dari terus mengeluh kerana dihujani kenyataan sinis yang beliau terima sejak akhir-akhir ini. apabila industri kenderaan awam mendapat perhatian orang ramai dan media berikutan kemalangan bas ekspres yang mengorbankan 22 penumpang di Bukit Gantang, Perak pada Ogos lalu.

Kita tidak perlu terlalu panik, kerana kerajaan akan tetap menaikkan tambang pada pertengahan tahun depan, sebagaimana kenaikan harga petrol, tol, ayam dan lain-lain, kita perlu mengikut segala arahan kerajaan. Rakyat Malaysia sudah terdidik dan terlatih untuk "menyerap" segala masalah dan tekanan ekoran kenaikan harga sebelum ini. Kalau dilihat kepada kes-kes kenaikan harga yang lalu dijangkakan rakyat Malaysia akan hanya terkejut sebentar, kemudian merungut sekejap dan akhir nya tersenyum akur sambil mengeluarkan duit poket mereka yang banyak itu.....Oleh kerana itu, kerajaan begitu yakin untuk meneruskan dasar ini memandangkan kesetiaan rakyat Malaysia begitu tinggi di zaman Hadhari ini, Inilah contoh model, modal insan yang berkualiti dan diharapkan oleh PM kita yang tercinta....Malaysia Boleh.....!!!

p/s: Malaysia tanahair ku, masih unggul di mataku......apa yang boleh dilakukan oleh satu undi...???

14 comments:

Mak Su said...

jemu gaks asik dipantau kendian asik dikorek poket, sampai bila ni? (sambil garu kepala yg tak gatal)

de_kerinchi said...

Salam maksu

Bila dah jemu, tulah timbul artikel kat atas tu,tu artikel menyokong sambil mengenen...

kalau ramai sangat menyokong...ikut ajerlah....huhuhhuu

tokasid said...

Salam saudara de_kerinchi:

N3 yang sinikal tapi benar kenyataannya.

Sebenarnya banyak keputusan kerajaan 'terpaksa' mengikut telunjuk industri juga akhirnya, mungkin pada kadar yang lebih rendah.

Bila ini terjadi, secara langsung rakyat yang menanggung akibatnya.
Saya faham mengapa industri meminta dinaikkan kadar tambang. Harga minyak yang tinggi, harga spare parts yang tinggi malah upah mekanik juga sudah semakin tinggi.

Dalam perniagaan saya umpamanya, harga ubat-ubatan sering naik selang 2-3 bulan. Bulan ini syarikat ini.Bulan depan syarikat lain pula. Pada awal kita dapat menyerap kos tanpa caj kepada pelanggan, tetapi apabila selama 2 tahun harga semakin naik, terasa keperitan jadi terpaksa di caj kepada pelanggan. Dan pelasnggan akan tidak puas hati, kerana caj sudah lebih dari biasa. malah harga barangan di Mini Market dan pasar basah juga sudah naik. Yang tidak naik hanya gaji mereka.

Cuma yang saya rasa masaalah di Malaysia, kerajaan seolah-olah nampak tough terhadap industri tetapi sebenarnya banyak mengikut kehendak industri, Akhirnya kerajaan akan keluarkan kenyataan sebegini:
Kita telah mencapai kata sepakat/keputusan yang akan menggembirakan semua pihak.

(eh...rasa macam ada baca kenyataan begini tentang penyelesaian babi Melaka baru-baru ini)

de_kerinchi said...

Salam saudara Dr Tokasid,

Kenaikan mengikut pasaran mahu tidak mahu harus ditelan jua. cuma pengawalan dari ahli-ahli ekonomi di pihak pemerintah kena ada idea sedikit bagaimana hendak meminimumkan kesan kenaikan ini. Jangan ikutkan sangat kehendak pasaran tanpa menyiasat apa sebenar nya yang sedang berlaku.

kata sepakat siapa ? yang mengembirakan siapa? Kenyataan itu selalu melucukan...biasa nya tiada yang memberi kemenangan bagi kedua-dua pihak....pasti ada yang tersepit..

Ya benar.. perumpamaan macam babi melaka....yang kelihatan nya gah....hinggakan terpaksa dibawa ke Mahkamah...siapa yang salah...kalau dibendung sejak awal perkara ini tidak akan berlaku...

rapat_umum said...

Sering diwar-warkan bahawa pengguna mempunyai kuasa..konon nya boleh memboikot...tapi adakah logik untuk memboikot barangan keperluan yang tiada altenatif?

de_kerinchi said...

Salam rapatumum

Memang pengguna mempunyai kuasa...tapi kalau sorang jer boikot mana nak jalan...lagi satu kalau barangan tu ada altenttif lain boleh lah boikot...

Anonymous said...

Dulu kita boikot banyak barangan yang tiada tanda halal. Alhamdulillah, usaha pihak tertentu, barangan yang diboikot semakin kurang digunakan kerana terdapat barangan alternatif yang berlogo halal.

Tapi kita nak boikot ayam...camna nak tahu halal haramnya? dan kalau tak makan ayam nak makan apa? Saya cuba nak boikot jugak...dah dua minggu tak makan ayam. Tapi masakan jadi pelik dan tak pelbagai. Kesian pengguna kan?

Sebelum ni kata tambang bas dari damansara damai ke kl cuma 1.50, tapi masih 2.00. alasannya, syarikat bas lain-lain. tapi semua bas kenakan 2.00...pilu...

Puteri said...

hmm..naik harge je.. aih.. gaji naik x? huhu

سلام عيد الفطرى
معاف ظاهير دان بطين

nak duit raye!

tunku said...

SELAMAT HARI RAYA AiDiLFiTRi DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN

Hasrul Halid said...

Andai langkah membekas lara,
Andai kata merangkai dusta,
Andai tingkah menoreh luka,
Izinkan saya bersimpuh-sila,
Menghulur tangan di bulan mulia..
Selamat hari raya Aidilfitri
~Hasrul Halid~

Anonymous said...

Salam Aidilfitri untuk rakan virtual sekalian. Maaf Zahir Batin.
Love, Lady Mariah (Kota Kinabalu, Sabah)

tokasid said...

Salam saudara de_kerinchi:

Selamat 'Eidulfitri serta maaf zahir batin jika terkasar tulisan sepanjang perkenalan kita.

de_kerinchi said...

salam Bayan...

Kadang-kadang , ada orang suka cakap..sebaba lebih senang cakap dari buat..tulah sikapa kebanyakan pemimpin kita..hehehe

de_kerinchi said...

salam Puteri...

Selamat Hari raya..duit raya tunggu kad atm mesin hehehe

Salam Tunku...

Selamat Hari raya maaf zahir batin..kembali


Salam saudara Hasrul....

Selamat hari raya maaf zahir batin..raya kedua saya balik ke Bukit Mertajam...

salam Ladymariah..

Selamat hari raya maaf zahir batin...tahun ni balik Sabah kah..?

Salam saudara dr tokasid

sama-sama kita bermohon kemaafan zahir dan batin..semoga semua nya dirahmati Allah s.w.t..

Blog Widget by LinkWithin