Malaysia Tanah Airku....

September 24, 2007

Virus Jamban....!!!!



Patutlah beberapa minggu ini komputer saya terasa teramat lembab nya, hingga nak buka notepad pun ambil masa 20 saat...bayangkan program yang besar-besar macam illustrator dan photoshop, agak nya saya boleh pi tidur sekejap. Kelembapan ini menyebabkan capaian internet saya turut lembab mengakibatkan banyak lamanweb yang dibuka asyik "error" jer.

Semalam hari Ahad, dan seperti biasa saya hidupkan komputer saya dan merasa amat terperanjat kerana dihidangkan dengan satu mesej berbunyi "Jambanmu.com"( aiik..bila pula saya sakit perut...). Patutlah saya punya komputer teramat lembab saya tak pasti bagaimana komputer saya boleh dijangkiti virus ini. Seperti biasa saya amat suka untuk memformatkan sahaja PC saya sekira nya terdapat masalah berkenaan virus. Tetapi malangnya usaha berjam-jam untuk memformat, menginstall, mengkonfigerasi komputer saya nampak nya masih menghasilkan sebuah komputer yang amat lembab. Lalu saya mengambil keputusan untuk mengoogle di Internet dan akhir nya berhasil memulihkan keadaan komputer saya. Sekarang ini saya sedang menyelesaikan masalah pada browser firefox pula yang dah tak macam browser....pening...

Oleh itu hanya inilah posting saya untuk hari ini...tengah sibuk ni...hehehehe..Kalau hendak tahu cara-cara menghapuskan virus liat ni sila ke halaman Intechclan.

p/s: Agak nya komputer ni makan bermacam-macam benda pada bulan puasa pasal tu lah dia punya isiperut meragam dan hendak cari jamban..heheheh.

19 comments:

Unknown said...

aiikkk... ada ke virus nama jamban? huhuhu... mana la datangnye virus tu ekk...download bukan2 ker ni :D?

de_kerinchi said...

Salam azahcomel,

Tulah virus merdeka..
hahaha..bukan download yang bukan-bukanlah...dah dapat trace dari mana...ni dari satu fail dari email nama dia "flashjokes" .. ingatkan memang ada jokes...lansung kena gelak dek orang..heheh

Dia punya moral jangan gatal tangan klik fail yang tak tau asal usul...heheheh

Puteri said...

wah.. makin pelik virus skrg ye.. haih..
dlu virus cinta, love ntah hape2 ntah..

haa.. yg agak populer kt tmpt sy ni exe.. ada trbaca dlm satu mjlh, ni virus yg trbesr.. alamak,. grunnya.. dlm lab komfem ada

de_kerinchi said...

Salam puteri,

alahai virus ni upradekan dirinya searah dengan kemodenan komputer...

Tapi ni virus jamban takder nama lain ker macam indah water ke..hehehe

yang best nya virus ni pandai tukar nama sendiri..hehehe..

ayamsabung said...

terima kasih DK atas posting ini, saya baru sahaja terkena virus ini, menyebabkan komputer saya hang dan tidak boleh off kan.

tokasid said...

Salam saudara de_kerinchi:

Innalillahi wa inna ilaihi roji'un kepada comp saudara yang sakit.

Saya sebenarnya hairan bin ajaib dengan orang2 yg dok hantarkan virus untuk serang komp orang lain. Maksud saya, apa yang mereka dapat? Dapat kick sebab comp org lain kantoi?

Penyebar2 virus ni samalah dengan mat rempit yang sengaja bisingkan motor di waktu malam atau bila lalu di depan masjid.
Mungkin bagi mereka itu hanya gurauan, tapi adakala gurauan mereka menyebabkan masaalah kepada orang lain.

Hampeh betoi puak-puak ni.

de_kerinchi said...

salam saudara dr. tokasid

Saya rasa mereka akan menjadi bangga buat kerja tak berfaedah ini.

Sekarang, virus ni dah menyerang komputer-komputer di office pula, melembabkan semua sistem.

Virus jamban ni, pandai membiak dengan nama-naama yang membuat orang teruja untuk klik, macam love calculator, surat mu, flash jokes, click me...hehhehe macam-macam ada...bila klik jer beranak lah dia...memang hampeh betul puak perosak bangsa ni...buat susah orang jer...nak posting pun asyik hang, komen ni pun hang dua tiga kali bila posting.....

Rasa nya lagi elok mereka cuba menggodam komputer penjenayah ker, komputer kerajaan israel ker...ada juga faedah nya..hehehehe

Anonymous said...

Thanks for the info, bro! Aku dah gi kat laman intech tu dan download file KillFlash1.0.exe tu. Simpan buat standby... :P

Anonymous said...

P/s: Tolong edit link kat nama aku tu boleh tak? Luper nak letak http:// laa... tengkiu! :)

tokasid said...

saudara de_kerinchi:

Sejak 2 hari ni, saya dapati blog saya kalau di masuki via Firefox akan nampak lengkap.Tetapi jika guna IE, sidebars semua tak ada. Saya cuba dan memang terjadi begitu( bro kerp bagitau...dia ingat saya buat buat magic show...).

Adakah ini di sebabkan oleh virus?atau blogger.com sudah tak mesra IE?

de_kerinchi said...

Salam saudara dr tok asid,

saya dah lihat blog saudara di ie, memang tak lengkap, makna nya bukan komputer saudara ada masalah kerana ia serupa bila dilihat dimana-mana komputer pun.

Selalunya kalau kita buat posting melalui firefox ada perkara yang tak mesra dengan ie, dan kena diedit melalu ie kembali.

Perkara ini selalu terjadi sekira nya kita menggunakan word dan tidak setup paragraph secara normal kemudian copy paste pada blogger melalui firefox.

Cuba saudara buat satu posting melalui ie..kemudian lihat hasil nya...kalau masih ada masalah maknanya templete yang digunakan tidak mesra ie. Cuba upload balik templete tersebut lihat hasil nya...lihat juga pada page element adakah ia teratur kedudukan nya...nanti beritahu hasilnya ..

de_kerinchi said...

salam imamkhaled

Terima kasih kembali, link saudara okey,malah saya dah letak di mybloglog linklist saya....

Puteri said...

love calculator?
oh.. dah agak dah tu virus.. tgk dlm pndrive kw2 smua ada (ms tu diorg bkk sbb nk kena present)
plik.. nape smua ada.. brminat sgt ke dgn mnde tu?

rupanya....

aria ayumi said...

uhuk. ade jgk virus nama jamban. xpenah dengo lak kite. tp, kire senang klw tahu format2 pc. tak yah susah2 anta pegi spital. huhu

de_kerinchi said...

salam puteri,

itulah tugas penyebar virus, supay orang minat nak klik pada virus nya dan kemudian tersebar..hehehe


salam aria ayumi

saya pun terkejut bila komputer saya keluar message dengan nama jamban.com.

Ya.. kalau tahu format pc selamat lah duit kita lebih kurang RM60 sekali format kalau dihantar ke hospital...

Mak Su said...

apa lar punyer virus.. seb bek gua bukan tengah makan sekarang

de_kerinchi said...

Salam maksu,

Kalau virus nama tak senonoh ni selalu nya dibuat bangsa kita..ekk heheh...

H@iRiE said...

virus jamban dibuat oleh sorang budak U d jepun... dedengar cerita bebudak IT la huhuhu.betul atau x aku pun x tau la... tp dh ada dh penawarnya...tu ari ada kawan bg.. tp ntah mana aku letak ntah..dh x ingat la.hehehe

de_kerinchi said...

H@iri virus tu kalau dibangunkan oleh orng Jepun bermakna , ia telah dikemasknikan oleh malaysian....kerna banyak juga file duplicate dibuat dalam bahasa malaysia

Blog Widget by LinkWithin