Malaysia Tanah Airku....

September 07, 2007

Santapan Rohani-Siri 6

Taubat Sang Pembunuh




Seorang pembunuh yang amat kejam telah membunuh sembilan puluh sembilan orang. Satu ketika , dia merasa amat menyesal. Lalu dia pun pergilah berjumpa seorang alim ahli ibadat dan bercerita tentang masa lalunya itu. Dia ingin untuk bertaubat dan menjadi orang yang lebih baik. Maka bertanyalah Si Pembunuh tersebut :

"Wahai orang alim ahli ibadat , apakah Tuhan akan mengampuni ku?"

Orang alim ahli ibadat itu dengan bersahaja menjawab :

"Wahai si pembunuh yang kejam, tentu saja kau tak akan diampuni-Nya."

Lalu si pembunuh pun berkata

" Kalau begitu, lebih baik kau juga kubunuh"

Dan orang alim ahli ibadat itupun mati dibunuh oleh beliau. Kemudian ia bertemu seorang alim ahi keilmuan.

Lalu ia berkata :

"Wahai orang alim yang berilmu, ketahuilah wahai engkau bahawa aku telah membunuh seratus orang dan aku ingin tahu, apakah Tuhan akan mengampuni ku jika aku bertaubat?

Lalu orang Alim ahli keilmuan itu menjawab:

"Tentu saja kau akan diampuni. Bertaubatlah sekarang juga. Aku hanya punya satu nasihat untukmu, jauhilah teman-temanmu yang jahat dan bergabunglah dengan orang-orang yang saleh, karena teman yang jahat akan mendekatkan mu kepada dosa."

Orang itu lalu bertaubat dan menyesali dosa-dosanya. Ia menangis memohon keampunan dari Tuhan. Kemudian ia pun menjauhi teman-temannya yang jahat dan pergi mencari perkampungan tempat orang-orang saleh tinggal. Namun ketika ia berada di perjalanan, ajalnya tiba.

Malik, Malaikat Penjaga Neraka, dan Ridwan, Malaikat Penjaga Syurga, sama-sama datang untuk menjemput ruh nya.

Malaikat Malik berkata: "Sesungguh nya orang itu adalah pendosa besar dan tempatnya di neraka jahanam."

Malaikat Ridwan pula berkata : "Sesungguhnya orang itu layak untuk masuk syurga, kerana orang ini telah pun bertaubat dan telah memutuskan untuk menjadi orang yang baik. Malah dia sedang menempuh perjalanan ke kampung tempat tinggal orang-orang saleh ketika ajalnya tiba.

Lalu Kedua malaikat itu pun berdebat. Dan Malaikat Jibril pun datang untuk menyelesaikan masaalah tersebut. Setelah mendengar hujah dari kedua malaikat itu, Jibril pun memutuskan:

"Mari kita ukur jaraknya. Jika tanah tempat mayatnya berada lebih dekat kepada orang-orang saleh, maka ia masuk syurga, namun jika letak mayatnya lebih dekat kepada orang-orang jahat, ia harus masuk neraka."

Karena bekas pembunuh itu baru saja meninggalkan tempat orang jahat, ia masih terletak dekat sekali dengan kawasan kejahatan. Tetapi dengan izin Allah s.w.t. disebabkan si pembunuh telah bertaubat dengan amat tulus, maka dipindahkan tubuhnya dari tempat ia meninggal ke kawasan yang hampir dengan perkampungan orang saleh. Dan hamba yang bertaubat itu pun diserahkan ke dakapan malaikat Ridhuan si penjaga syurga.

Allah s.w.t. bersabda :

"Jika hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku satu hasta, Aku akan mendekatkan diri kepadanya satu siku. Apabila dia kembali kepada-Ku sambil berjalan, Aku akan menyambutnya sambil berlari."

p/s: Wahai tuhan ku, sedetik pun kau tidak melupakan ku, setiap nadi ku bergetar hanya ihsan dari mu ya Allah...Ampunkan ku wahai tuhan, aku terkadang lalai mengingati mu...tunjukkanlah aku jalan yang benar..jalan menuju ke hadrat mu ya Allah...Aminnnn....

4 comments:

tokasid said...

Salam saudara de_kerinchi:

Kalau saya tidak silap, yg pertama di temui ialah seorang abid( ahli ibadat) dan yg kedua seorang alim( yg berilmu).

Pengajaran dari hadith ini( this a hadith soheh) ialah:
1- ALLAH akan mengampunkan semua dosa jika seseorang itu mahu bertaubat nasuha( dgn syarat-syaratnya).

2-seseorang yg kuat beramal ibadat tidak semestinya berilmu. Kadang2 kita tengok pak imam di kampung pun tak tahu sangat tentang hal-hali agama. Cuma mereka rajin beramal, dan kadangkala kita dapati amalan mereka adalah amalan ikut-ikutan sahaja.jadi adalah lebih baik jika berilmu dan beramal.

3-Untuk bertaubat dari dosa-dosa besar, adalah lebih baik seseorabng itu berhijrah ke kawasan yg lebih baik perangai penduduknya. Ini juga bermaksud kita meninggalkan persekitaran lama yg boleh menyebabkan kita terus bermaksiat.

4-Seseorang yg pernah bergelumang dgn maksiat dan dosa, hendaklah jangan sekali-kali berputus asa dgn rahmat yg ALLAH berikan. Sebagai insan, kita memang terdedah kpd melakukan dosa, tetapi ingatlah ALLAH sentiasa akan mengampunkan hambaNya yg meminta keampunan.

de_kerinchi , terima kasih kerana posting ini.

Mak Su said...

pintu taubat masih terbuka

de_kerinchi said...

salam saudara dr tok asid,

Ia benar, yang pertama adalah alim lagi beribadat dan yang kedua alim lagi berilmu....

saya tertinggal fakta tersebut...dan saya sudah tambah dalam posting saya terima kasih atas ingatan..perkataan abid amat asing dalam masyarakt kita...maka itu saya cuba menulis mengikut adat setempat...

Ya sekarang ini banyak alim dalam ibadat, perangai yang amat tidak disukai ialah apabila golongan ini sering menonjolkan keahlian mereka dalam ibadat tanpa malu-malu dan secara hentam kromo....

Saya bukan berniat hendak mengutuk, kerana saya juga hamba Allah yang serba kekurangan, tetapi sikap golongan ini sering membantutkan proses pembelajaran orang lain...kerana mereka sangka, mereka lah raja kebenaran....

Sesunguhnya dosa syirik itu adalah dosa yang paling tidak dapat dicuci melainkan ia kembali kepada mentauhidkan Allah s.w.t.


Salam Maksu,

Benar pintu taubat masih dibuka....marilah kita bertaubat...dari dosa kecil dan dosa besar...

Anonymous said...

Macam mana dengan mereka yang tak mahu taubat-taubat....?

Blog Widget by LinkWithin