Malaysia Tanah Airku....

September 27, 2007

Berita Dan Anda



Setiap hari kita akan didedahkan dengan maklumat tentang apa yang berlaku dikeliling kita melalui pemberitaan. Kita sering membaca atau mendengar berita tetapi tahukah anda apa itu berita? Berita merupakan satu sumber maklumat, perkhabaran atau pengumuman yang benar, tepat dan terkini mengenai sesuatu kejadian, peristiwa atau perkara. Pendapat juga boleh dijadikan satu berita. Perkara yang tidak benar, tidak tepat atau samar-samar boleh menjadi fitnah, khabar angin atau spekulasi.

Kandungan berita selalunya diperolehi daripada sumber rasmi atau pun tidak rasmi. Sumber ini boleh didapati samada melalui kaedah wawancara, sidang akhbar,kenyataan akhbar, kenyataan dokumen yang sahih atau melihat dan mendengar sendiri tempat fonemena berita itu terjadi. Berita biasanya disiarkan atau disebarkan melalui media cetak (Akhbar, Majalah, Sisipan dll.) dan media elektronik. (TV, Radio, Komputer dll.)

Bagaimana ia ditulis ?

Bagaimanakah berita itu ditulis? Berita yang ditulis dan ingin disampaikan kepada kelompok penerima, yakni pembaca atau pendengar mestilah mengandungi maklumat yang lengkap. Dan berita yang mempunyai maklumat lengkap haruslah dapat mematuhi enam pertanyaan asas dan standard dibawah:

1) Apa (What)? - Contoh : Apa yang berlaku ?
2) Kenapa (Why)? - Contoh : Kenapa ia berlaku ?
3) Bila (When)? - Contoh : Bila ia berlaku ?
4) Dimana (Where)? - Contoh : Dimana ia berlaku ?
5) Siapa(Who)? - Contoh : Siapa yang melakukannya ?
6) Bagaimana(How)? – Contoh : Bagaimana ia berlaku ?

Setelah enam maklumat asas diatas diperolehi, maka berita akan ditulis mengikut susunan nilai maklumat , fakta atau pun pandangan. Segala maklumat yang penting dan menarik perlu dijadikan ayat pertama atau pun intro diikuti oleh maklumat yang lain nya mengikut turutan kepentingan nilai nya. Ayat yang baik hendaklah tidak melebihi 35 patah perkataan setiap perenggan. Ini adalah kerana ayat yang panjang sukar untuk difahami. Setiap berita pula seboleh-boleh nya hendaklah ditulis tidak melebihi 25 perenggan kerana berita yang terlalu panjang seringkali akan membosankan pembaca.

Menilai Berita

Berita yang penting atau baik akan dijadikan berita utama. Kalau di akhbar-akhbar atau majalah ia akan dipaparkan di muka yang pertama, kalau di media elektronik ia akan disiarkan pada awal pemberitaan.

Nilai sesuatu berita bergantung kepada beberapa kriteria seperti :

1) Boleh menarik ramai pembaca, penonton atau pendengar.
2) Penting kepada umum
3) Tiada kesalahan undang-undang, agama, adat resam atau sensitiviti umum
4) Aktif untuk susulan berita seterus nya.

Intro Berita

Ciri-ciri Intro yang baik haruslah.

1) Sesuai dengan berita atau rencana.
2) Menghairahkan pembaca atau pendengar.
3) Pendek, padat dan menarik.
4) Mengandungi fakta-fakta penting.

Jenis-Jenis Intro :

1) Intro Ringkasan (Summary Intro)- Meringkaskan perkara-perkara penting dalam berita atau rencana tetapi tidak menjelaskan kesemuanya. Contoh : “Hampir 2,000, kebanyakannya peguam, berarak ke pejabat Perdana Menteri hari ini menuntut siasatan bebas dakwaan berlakunya skandal dalam badan kehakiman, susulan terbongkarnya satu klip video minggu lepas.”

2) Intro Soalan (Question Intro)- Intro yang dimulai dengan pertanyaan yang akan menimbulkan persoalan. Contoh : “Siapakah yang akan mempertikaikan tahap pembangunan Negara sekiranya ia selari dengan angka-angka ekonomi yang memberangsangkan?”

3) Intro Gambaran dan bayangan (Figurative/ Colour Intro) - Memberi gambaran yang boleh dibayangkan oleh fikiran pembaca. Contoh : “ Kelunakan suara muazim melaungkan azan subuh di Masjid Negeri Shah Alam mengundangkan rasa kesyahduan di hati para penduduk ibu negeri Selangor yang permai ”

4) Intro Pendek (Staccato intro) - Intro pendek yang dapat memberi kesan secara lansung kepada pembaca. Samada ia mengambarkan mood bising, marah, bergaduh, bunyi kuat atau lain-lain. Contoh : “Pertempuran berlaku ekoran tindakan merobohkan pentas yang dibuat untuk majlis ceramah anjuran Bersih oleh polis dan pihak berkuasa tempatan.”

5) Intro Peluru (Bullet Intro) - Menjelaskan mesej awal pemberitaan dengan mudah dan ringkas. Contoh : “Presiden Clinton disahkan mati”.

6) Intro dialog (Dialogue Intro) – Memulakan intro dengan ucapan atau dialog. Contoh : "PM, berkata “Pemberian bonus akan dipertimbangkan”

Begitulah serba sedikit maklumat asas mengenai pemberitaan dan penulisan berita. Maklumat diatas merupakan bahan kursus yang saya perolehi semasa mengikuti kursus penulisan berita pada sekitar tahun 1999 anjuran “Suara UMNO Selangor” yang boleh dikongsi untuk manfaat bersama.

p/s: Walauapapun cara yang diikuti, pemberitaan itu haruslah mengikut landasan etika seorang yang beragama ...?

9 comments:

arsaili said...

dah jadi pemberita ke skang..eheheh

Anonymous said...

wah....kadang lupa garis panduan dan perkara asas yang ditetapkan...antara kebenaran dan kepalsuan, wartawan selalunya tersepit dan seterusnya sesak nafas...

de_kerinchi said...

salam arsaili,

Bukan pemberita.....tapi penyebar berita..bagi memeriahkan keadaan...huhuh..


salam bayan,

Selalunya perkara asas tu untuk panduan awal sahaja, yang lain akan belajar melalui pengalaman, yang penting minat...Ya wartawan kadang-kadang tersepit untuk mengejar berita hingga kadang-kadang melupakan etika kewartawanan itu sendiri. .

rapat_umum said...

panduan yang baik untuk penuis yang baru.

de_kerinchi said...

rapatumum, sama-sama kita berkongsi

waliz said...

hi...terima kasih kerana berkunjung ke blog saya..nampaknya artikel yang ditulis di atas berguna untuk dijadikan panduan kepada sesiapa yg berminat dlm bidang penyiaran..

de_kerinchi said...

terima kasih kembali waliz, atas kunjungan...

Mak Su said...

terimakasih dgn maklumat ni.. saya belajar sesuatu yg baru...intro karam singh ada tak?

de_kerinchi said...

Salam maksu,

terimaksih kembali kerana membaca. Intro karam singh tak dapat, sebab karam singh tak mau bagi kitab rujukan dia...huhuhuh

"Terbakar kampung nampak asapnya, terbakar hati siapa yang tahu..."..hehehe

Blog Widget by LinkWithin