Malaysia Tanah Airku....

August 14, 2007

Bas Malaikat Maut...



Terburuk: 20 maut dalam nahas bas ekspres


Assalamualaikum semua, semalam kita digemparkan dengan satu tragedi yang menyayatkan hati. Kemalangan Bas yang berlaku KM 229 Lebuh Raya Utara Selatan, Bukit Gantang, telah mengorbankan 20 nyawa yang tidak bersalah. Al-Fatihah kepada yang meninggal dunia dan takziah kepada keluarga mereka. Tetapi adakah cukup dengan ucapan takziah dan simpati ini sahaja, kita dapat memulihkan segala-galanya? Tanpa tindakan drastik dan kesedaran yang menyeluruh, pasti simpati kita hanya tinggal debu dan hanya sekadar ihsan sahaja. Selagi tragedi tidak menimpa ahli keluarga kita sendiri pasti tidak ada kesedaran yang jitu tersemat di hati sanubari. Timbul persoalan di benak fikiran kita…Siapakah yang bersalah? penumpang bas?, pemandu bas?, syarikat bas?, bas?, pembuat jalan? Polis?, JPJ? hatta kerajaan sekalipun….

Mari kita lihat senario keadaan dalam kejadian ini. Kesimpulan yang dapat diambil dari siasatan dan laporan awal terhadap kemalangan tersebut, adakah anda berfikir:

1) Penumpang : Adakah penumpang bersalah bila memilih untuk menggunakan atau terpaksa menggunakan perkhidmatan awam yang diyakini atau terpaksa meyakini keselamatan nya?

2) Pemandu Bas : Yang dilaporkan memandu Bas dengan laju, tidak stabil, merbahaya dan mempunyai 2 waran tangkap dan 13 saman jalan raya.

3) Syarikat Bas : Yang membenarkan pemandu bermasalah memandu kenderaan awam, Menggunakan Bas yang dilaporkan beberapa kali gagal ujian Puspakom dan Bas ini mempunyai 11 Saman, kesalahan jalanraya.

4) Bas : Bas ini dilaporkan tidak lulus ujian Puspakom beberapa kali dan masih digunakan, mempunyai 11 saman dan semasa kejadian dikatakan pemanduan bas ini tidak stabil.

5) Menteri dan Pemegang Konsesi Jalanraya : Mengikut Dato’ Sri Sami Vellu, keadaan jalan di kawasan kemalangan adalah dalam keadaan baik dan memuaskan.

Polis dan JPJ: Dikatakan gagal membuat pemantauan menyeluruh, termasuk menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas. Ada pihak yang menyalahkan polis kerana tidak mengarahkan anggota nya bertugas di dalam Bas seperti yang dilakukan semasa musim perayaan. Apatah lagi bila difikirkan kemanakah pergi nya kempen mencari pesalah trafik tu..? susah sangat kah nak tangkap mereka yang ada waran ni? Dalam banyak-banyak road block tu lansung tak dapat tangkap ke.. mereka ni? Berkesan sangatkah sistem canggih yang dipakai sekarang ni? Ahh macam-macam lagi lah...

Apapun kejadian telah pun berlaku dan harus dijadikan iktibar kepada semua. Setiap hari kita akan berada di atas jalanraya pasti kita akan lihat begitu banyak kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan berat. Memandu Laju ( Yang pelik apa guna nya stiker had laju di badan kenderaan berat itu? Adakah hanya sebagai hiasan sahaja? Atau memang pemandu tu buta hati atau buta huruf?), memandu dengan cara merbahaya (termasuk menghimpit kenderaan kecil), memotong sesuka hati, menggunakan laluan kanan, memotong di kawasan yang tidak dibenarkan dan banyak lagi kesalahan yang boleh dilihat di hadapan mata kita, malah hampir setiap hari ia akan berlaku. Semua yang berlaku ini menyebabkan, kita sering menimbulkan pertanyaan di dalam hati…Wah…!! Kesalahan jalanraya boleh dilakukan sewenang-wenang nya tanpa dikenakan apa-apa tindakan.Tanpa kita sedari jalan raya kita, merupakan satu medan perang dan tidak selamat untuk digunakan, ia terlalu berisiko, malang nya kita terpaksa menggunakan nya dalam menempuh kehidupan moden ini. Begitu mahal harga yang perlu kita bayar dalam mengharungi hidup ini. Itu belum lagi termasuk, betapa mahal nya harga minyak (yang pengusaha nya cuba untuk menghadkan waktu meniaga nya..kata nya rugi..pelik-pelik) dan tol yang letak nya merata-rata…sampai kadang-kadang dilanggar kenderaan yang berat-berat...

Polis dan JPJ, nampak nya tidak boleh dipersalahkan sepenuh nya, kerana bukan semua kawasan yang boleh mereka capai dalam sekelip mata untuk menguatkuasakan undang-undang. Tidak semua Bas dapat dinaiki setiap hari. Tetapi yang nyata, kehadiran Polis dan JPJ di jalanraya mampu membuatkan pemandu takut (Itupun sudah cukup baik) dan sedar akan tanggungjawab mereka. Terima kasih Polis dan JPJ (yang beretika sahaja)….

Diharapkan persyaratan serta-merta untuk mewajibkan latihan khas kepada Pemandu lori dan bas ekpres masih belum terlambat. Malah janganlah kursus itu hanya sekadar kursus sahaja. Lepas kursus semua ditolak ke tepi..Bukti nya, sudah berapa ramai pemandu yang mengikuti kursus ujian memandu dan mempelajari segala ilmu undang-undang jalanraya tetapi masih lagi melanggar nya. Apapun penguatkuasaan “kotak Hitam” harus dipertimbangkan kembali…..fikir-fikirkanlah wahai penguatkuasa kerana ramai dah, tak kuasa nak "mengomen" lagi ….

Disini, yang paling penting adalah kesedaran semua pihak akan betapa penting nya keselamatan jalanraya. Pemandu Kenderaan awam harus mempunyai sikap tanggungjawab yang tinggi atas segala perbuatan mereka, mereka bertanggungjawab untuk menjaga nyawa orang awam yang mereka bawa. Fikirkanlah anak kita, isteri kita, ayah kita, ibu Kita, kawan kita, keluarga kita mungkin akan menaiki kenderaan awam juga, maka hargai lah nyawa mereka…..? Bagi pemilik syarikat, jika benar semua tuduhan yang dibuat ternyata tindakan membatalkan lesen adalah amat baik dan kena pada masa nya. Jangan disebabkan hendak mengejar keuntungan segala persyaratan dan undang-undang, hanya dipandang sebelah mata……….

p/s: Sedih dan pilu bila melihat kejadian yang menyayat hati...yang sepatut nya boleh dielakan

13 comments:

rapat_umum said...

salam DK,

Al-fatihah kepada yang terkorban, sedih sangat, sepatutnya benda boleh dielak. menaglah itu etentuan tuhan, tapi manusia ini penyebab nya.

Kalau naik motor paling takut selisih dengan lori dan bas, mereka macam takada perasaan. pendek kata perasaan macam dah mati.

de_kerinchi said...

Salam rapatumum

Ya.. kenderaan besar harus perihatin kepada kenderaan kecil.
Tadi saya balik dari kerja melalui LDP, hujan lebat saya lihat banyak lori dan bas laju-laju belaka, ada yang guna lorong kanan.. sampai saya naik gerun bila mengenangkan tragedi yang berlaku...

saya takfaham kenapa mereka masih mementingkan diri sendiri.,,atau mereka ni memang tak baca akhbar...

Hasrul Halid said...

huh! Taiping jugak! Dan syarikat bas tu la yang saya guna dulu untuk travelling dari Taiping ke Kuantan masa zaman-zaman study dolu-dolu.

Taktau pulak yang depa takdak permit perjalanan ke Kuantan.

SKBG - Syarikat Kenderaan Bukit Gantang! Yup agak popular untuk destinasi ke Pantai Timur!

Anonymous said...

Alfatihah dan tumpang sedih.

Harap semua pemandu kenderaan besar yang ta berhemah beringat dan insaf

de_kerinchi said...

Salam Hasrul,

Syarikat Kenderaan Bukit Gantang memang popular..tapi saya tak pernah menggunakan khidmat nya..taut wooo...

saya takut kalau syariat lain pun ikut resmi SKBG...



Salam Kak-G

Sama-samakita bersimpati...dan semoga pemandu tu harus ada kesedaran..amin...

de_kerinchi said...

alahai Maksu sampai tak terkata..apa nak buat..

tokasid said...

Salam saudara de_kerinchi:

SKGB ni sebahagian dari konsortium bas2 express di taiping. Kalau tak silap tokey ni ada byk syarikat(byk jenama) dan dulu syarikat dia kontrol towing servis di PLUS antara pt Buntar sehingga ke terowong Gunung Kledang. Depa mempunyai bengkel( asal nya bengkel kereta/lori/bas).

Kalau tgk rumah towkay ( antara Tesco dan Asrama King Edward) macam mahligai. Strong political connection dia ni( ini dengar cerita orang lah).

Masaalah begini akan berulang jika pemantauan di pertingkatkan( yg saya ragu2 akan dapat dilaksanakan).

Tapi kalau boleh di benteraskan rasuah mungkin sebahagian besar masaalah akan kurang.

tokasid said...

Salam:

Ada satu taktik yang gemar digunakan oleh pemandu bas ekspress( tak tahu pulak samada syarikat tahu atau tak kejadian begini).

Sahabat dan mak saya sendiri telah terkena begini. Kalau dari Melaka bas (bila bukan peak season) bas akan masuk KL(tapi tak masuk Puduraya). Di sana pemandu akan bertukar2 penumpang. Yg dari Melaka hendak setakat di Ipoh akan di pass kepada bas yg hendak ke Ipoh. Kalau yg nak ke Taiping akan naik bas yg akan berhanti di Butterworth atau Penang. Kalau nak ke Alor setar atau Sg Petani akan di naikkan ke bas utk ke AS atau Kangar.

Kadangkala pertukaran ini di buat di Kedai makan( dekat pekan Slimriver) dan ada juga dengar kat RnR Tapah.

Saya sendiri pernah kena di tukarkan bas di luar Puduraya. Kita komplen pada driver dia buar tak tahu saja.

de_kerinchi said...

Salam Saudara Dr. Tokasid,

Kalau benar perkhabaran tersebut,Strong political connection tidak boleh dijadikan alasan tindakan undang-undang tidak boleh dikenakan kepada mereka,Kalau ada politician yang melindungi mereka juga harus diheret ketengah...jangan ada doubel standard...Tak kira mana VVIP pun...sama juga VIP yang tunjuk pistol kat pahang...tu kita perlu tahu siapa dia...

Sama juga kes politik wang..saya rasa takada istilah politik wang...yang ada hanya rasuah...tapi kenapa kes poitik wang ini diasingkan definasi nya dari rasuah...?

Saya pernah sekali kena taktik tukar bas ni, tapi bukan bas SKGB,...sekali tulah saya naik bas syarkat tersebut..saya lebih selesa guna bas Plusiner untuk perjalanan utara-selatan..

Anonymous said...

takut nak naik bas besar. tu la sebabnya sanggup drive ke serata semenanjung walupun letih...

Puteri said...

hari2 naik bas.. g kmpus nek bas, blik aptmen (xmen la hostel2) nek bas, blik kg pun nek bas..
takut la plak.. hmm..

**psstt.. bila nk g mkn angin kt trowong smart? =)

de_kerinchi said...

salam ladymariah,

Naik kereta ke utara pun ada risiko, lori dan bas besar sungguh dan laju,itu yang menyebabkan saya terpaksa memandu lebih laju, untuk mengelak dari bertembung..saya kalau lori dan bas ekori di belakang..makna nya mereka harus ditinggalkan jauh-jauh..



Salam Putri,

Tawakal jer lah, nak tegur driver bas kang kena marah balik...Terowong smart tu ker..hehehe bawak naik lori nak...huhuh

Puteri said...

bereh.. ok je
(tp kene tgk spisis lori dlu)

Blog Widget by LinkWithin