Malaysia Tanah Airku....

July 22, 2007

Ilmu Hisab Cara Mudah



Semalam saya sempat membelek-belek sebuah buku lama berkulit tebal yang kelihatan nya agak uzur dan lusuh, Buku ini sudah agak lama terletak di dalam kotak di Stor rumah emak saya. Buku ini diterjemahkan dan ditulis oleh Ann Cutler dan Rudolph Mcshane sekitar tahun 1960 an di bawah tajuk “The Trachtenberg speed system of basic Mathematics”. Ternyata buku ini mempunyai himpunan khazanah ilmu yang tidak ternilai harga nya.

Saya ingin berkongsi dengan pembaca blog ini, satu kaedah mudah dan cepat untuk mendarabkan nombor dengan 11.

Berapakah agak nya jawapan sekira nya 12345 x 11 = ?. Kita pasti teruja dan saya pasti kita akan menggunakan cara konvesional iaitu mendarab kan 11 dengan lima, sebelas dengan empat dan seterus nya. Cara itu nampak nya amat meletihkan dan mengambil masa yang terlalu lama. Apa kata anda gunakan cara yang ditunjukan oleh buku ini.

Kita hanya perlu mencampurkan setiap nombor itu dengan nombor di sebelah belakang nya (selepas ini dipanggil jiran), Mari kita cuba kaedah ini.

Kita akan menggunakan cara ini :

12345 x 11
--------
(jawapan
anda disini)

Letakkan angka “0” di hadapan nombor yang hendak didarabkan.

012345 x 11
---------

Kemudian mari kita teruskan dengan mencampurkan nombor "5" dengan jiran di belakang nya.
Di sebab kan nombor "5" tidak mempunyai jiran, maka dia dianggap kosong. Oleh itu 5+0 = 5 dan letakkan jawapan anda itu dibawah kotak jawapan.

012345
--------- x 11
5

Teruskan kaedah ini seperti berikut,


012345
--------- x 11 (4+5 = 9, Letakkan nombor 9, sebagai jawapan)
95


012345
--------- x 11 (3+4 = 7, Letakkan nombor 7, sebagai jawapan)
795


012345
--------- x 11 (2+3 = 5, Letakkan nombor 5, sebagai jawapan)
5795


012345
--------- x 11 (1+2 = 3, Letakkan nombor 3, sebagai jawapan)
35795


012345
--------- x 11 (0+1 = 1, Letakkan nombor 1, sebagai jawapan)
135795


Sekarang kita sudah mendapat jawapan nya iaitu 135795 mudah bukan.


p/s: Sedih bila lihat khazanah buku-buku, dimakan anai-anai dan bubuk.

12 comments:

ZABS said...

Salam kenaL dk,
Boleh dapat lagi ke buku cam tu?
Satu cara lagi untuk 12345 x 11 tu gini, 12345 tambah 0 dihujungnya = 123450 dan + dengan 12345 semula = 135795.

de_kerinchi said...

Salam kenal juga saudara zabs terima kasih atas kunjungan,

Tak salah saya di amazon.com masih boleh dapat lagi buku ini.

Cara yang saudara bagi itu pun boleh digunakan, kerana kesinambungan metamatik itu berkaitan. cuma apa yang saya baca cara "trachtenberg" ini cuba untuk mendidik fikiran menggunakan kaedah congak.

Hasrul Halid said...

Sempoi nih.. thanks guys...!

Anyway, nombor-nombor selain 'sebelas' ader tak? heh heh heh!

de_kerinchi said...

salam hasrul,

Dalam buku ni lengkap dari sifir 1 ke 12, dari mencampur, tolak, darab dan bahagi, punca kuasa, algibra macam-macam ada...muka surat buku ni sampai 270ms...takpe lain kali saya cuba translate untuk sifir-sifir yang lain..huhuhu..

Mak Su said...

boleh dikongsi kan kat anak2 ek, tima kasih

de_kerinchi said...

Maksu, memang baik untuk dikongsi dengan anak-anak kita.

nanti saya postkan versi yang lain pua..

Anonymous said...

tak minat langsung matematik walaupun sedar kepentingannya. pening!

bercakap tentang buku-buku lama, ya, buku-buku lama jangan dibuang. Ilmunya sangat berharga. zaman sekarang buku-buku berlambak, tapi banyak mana yang berkualiti?

de_kerinchi said...

salam bayan metamatik memang memeningkan, hanya yang berminat sahaja yang boleh follow..

Benar buku sekarang banyak yang berteras komersial, jarang hendak dapatkan pengetahuan dalam satu buku sahaja, kena beli buku lain...lebih-lebih lagi e-book yang berlambak kat internet kebanyakan nya berteraskan untung.

Puteri said...

ahaa.. tingat pnh dpt emel psl matematik ni dlu3.. =)

de_kerinchi said...

Puteri, memang pun dah lama, buku ni di tulis tahun 60an..hehehe

Anonymous said...

wah... ni lama2 mesti terrer maths!

affendi said...

Lady mariah..otak kalau dah berkarat diasah hari-hari akhir nya tajam juga...

Blog Widget by LinkWithin