Malaysia Tanah Airku....

May 15, 2007

Drama Naik Harga


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya.

Begitulah setiap kali janji yang kita dengar dari KPDNHEP apabila terdapat kenaikan dalam harga barangan pengguna. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenaikan harga dan kekurangan minyak masak berpeket dan sekarang ini kita dikejutkan pula dengan kenaikan mendadak harga barangan keperluan pengguna.

Adalah amat dikesali apabila Datuk Mohd Shafie Apdal mengatakan bahawa setakat ini kementerian itu tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak berhubung kenaikan harga barangan runcit dan peniaga perlu memaklumkan kepada kementerian jika mereka dibebankan dengan harga barangan yang agak tinggi oleh pihak pembekal sama ada pengilang atau pengeluar. Nampaknya agensi penguatkuasa kita masih lagi mengamalkan sikap tunggu aduan baru hendak bertindak dan bukannya memantau dan menguatkuasakan peraturan. Sekira nya pihak KPDNHEP masih ingin kan laporan, tidakkah “statement” akhbar yang menyiarkan berita kenaikan ini sudah memandai untuk menjadi sandaran bagi pihak KPDNHEP melakukan pemantauan dan siasatan?.

Datuk Mohd Shafie Apdal juga awal-awal lagi sudah memberikan “green light” untuk peniaga boleh menaikan harga apabila beliau berkata jika kenaikan itu munasabah dan berpatutan dan bersebab, ia tidak menjadi masalah. Dan ini dikuatkan lagi dengan kenyataan oleh Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Pahang, Wan Suhaimi Wan Ibrahim, yang berkata tindakan tidak boleh dikenakan kepada peniaga menjual barang bukan kawalan pada harga yang tinggi kecuali jika mereka gagal meletakkan tanda harga.

Kalau dilihat sepintas lalu perkataan munasabah, berpatutan dan bersebab itu hendak disandarkan dari kaca mata pihak yang mana? Adakah pihak Pengilang?, Pemborong?, Pekedai? Pengguna? Atau Pihak Berwajib? Rasa nya seperti kes-kes yang telah lalu, pihak pengilang akan memenangi acara “tarik tali” ini. Seperti biasa Pihak Pengilang akan menawarkan khidmat nya dengan beberapa usul dan pihak kerajaan kemudian nya akan bersetuju dengan cadangan itu dengan beberapa insentif dan akhir nya barangan ini mungkin akan naik sedikit untuk didagangkan maka perkara ini pun selesai lah sudah seperti episod kenaikan harga gula dan minyak masak tempoh hari.

Kita tidak mahu perkara ini sering terjadi dan berulang-ulang, seolah-olah pihak pengilang mempunyai kuasa untuk mengertak pihak kerajaan supaya mendengar keinginan mereka. Semua ini harus dipantau, diberhentikan dan diambil tindakan segera kerana yang akan menerima impak dan merasa azab kenaikan harga barangan ini pasti nya di pihak pengguna.

p/s: Sekira nya benar pengilang-pengilang menghadapi masalah dalam menampung kos pengeluaran ini bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan ekonomi Negara yang dikatakan berada ditahap yang memberangsangkan

7 comments:

tokasid said...

Salam de_kerinchi:
I'm sorry but I have to say this.Shafie adalah menteri yg tidak afdal untuk kementerian tersebut.
Saban tahun kita di momokkan dgn phrase2 yg sama. Peniaga jgn itu jgn ini.Akan ambil tindakan itu dan ini.Tapi akhirnya barang2 masih melambung harganya.Barang2 disorok untuk keuntungan.Peniaga dan pengilang terus ketawa besar ke bank.Rakyat terus menangis di kejar along.

Kita semakin menjadi kunta-kinte di negeri bertuah ini.

Anonymous said...

kalau pakcik shafie ni jadi cm kami di sabah ntah la apa jadi... susah... susah...

de_kerinchi said...

Salam kembali Tokasid

Benar seperti apa yang saudara kata, Menteri yang sorang ni, selalu keluarkan kenyataan yang "standard" tetapi hasilnya , tunduk pada permintaan pengilang dan pengguna akan berkongsi kenaikan ini. Pasal itu bila syafie mengeluarkan amaran orang buat tak endah sahaja...dah tahu hasil nya........

Salam lady mariah

Lady terima kasih kerana memberi komen. Lady saya dan Sabah bukan asing lagi. Sudah rasa payah nya duduk disana, semua barangan dari Semenanjung lebih mahal di sana. hinggakan akhbar berita harian pun sampai RM2.Pernah merasa juga naik van sapu dari Tenghilan untuk ke KK, rasa macam suasana masa zaman tok nenek dahulu.Kadang-kadang hairan juga ada pengacara menyebut artis Sabah dan bukan nya Malaysia dalam acara antarabangsa...Kemana perginya intergerasi nasional...?

rapat_umum said...
This comment has been removed by the author.
rapat_umum said...

Harga barang naik, tepung naik, harga makanan naik dan kos hidup pun bertambah naik, aku pula nak naik angin. Cakap jer bolehlah asik pantau jer, tindakan mana kat tempat aku ni jelas harga dah naik mana pi orang KPDN ni, tidor aper.

Hasrul Halid said...

Since hang dah bukak topik ni, ni haa aku paste berita-berita hari ni dan semalam, untuk kita sama-sama bincang kat sini.

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0515&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0515&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Mukadepan/20070517001648/Article/

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Mukadepan/20070515230517/Article/

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Nasional/20070516112545/Article/

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Nasional/20070515222959/Article/

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Nasional/20070515223022/Article/

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Nasional/20070514231839/Article/

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0517&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

de_kerinchi said...

Salam Hasrul,

Terimakasih atas link tersebut.

Pagi tadi saya, makan di warung mamak, Roti kosong banjir dan teh tarik masih berharga RM1.70. Saya tanya mamak tu roti belum naik lagi ker...mamak hanya mampu tersenyum kambing... Tak tahulah besok naik harga kot...dah tepung juga dok naik

p/s: Lepas ni bawa bekal roti benggali dan teguk air kosong jer.

Blog Widget by LinkWithin