Malaysia Tanah Airku....

April 07, 2007

Liberal Yang Terkawal?


Datuk Seri Najib Razak berkata, rakyat perlu sanggup menerima perubahan era globalisasi yang bergerak semakin pantas supaya membangun seiring status Malaysia yang kini menuju negara maju.

Timbalan Perdana Menteri berkata, zaman sekarang menuntut rakyat menjadi lebih progresif dan liberal dari segi pemikiran kerana ia akan memastikan mereka tidak ketinggalan zaman. Ternyata kata-kata Datuk Najib itu ada benarnya tetapi mestilah ada had dan sempadan nya. Mahu atau tidak, Malaysia pasti mengecapi zaman kemodenan, tetapi ia harus berlandaskan pemikiran liberal yang terkawal. Walaupun negara kita maju, kita tidak boleh menerima segala unsur kemodenan itu secara tangkap muat, apatah lagi menjadikan pemikiran kita lebih liberal tanpa ada sebarang penapisan.

Dunia yang moden dan fikiran yang terlalu liberal akan menyebabkan kita terpaksa menerima kesan positif dan negatif untuk membentuk modal insan yang berkualiti. Oleh itu kemodenan dan pemikiran liberal seharusnya dilandaskan dengan kepercayaan, pemahaman dan pematuhan agama yang tinggi. Sekarang ini pun kita sudah letih dengan berita-berita negatif mengenai anak bangsa kita hasil dari kemajuan negara dan pemikiran yang liberal. Maka tidak hairanlah akibat kemajuan dan pemikiran liberal ibubapa dan masyarakat maka terhasillah peningkatan kadar jenayah dan gejala sosial yang dilaporkan telah meningkat melibatkan pelajar sekolah menengah di seluruh negara dan berada pada tahap membimbangkan apabila sebanyak 3,432 remaja ditahan sepanjang tahun 2006 merangkumi pelbagai kesalahan jenayah seperti curi motor, ragut, gaduh, mencuri dan lain-lain lagi.

Kita juga harus memastikan kemodenan dan pemikiran progesif dan liberal ini tidak menghasilkan perkara negatif yang melampau. Kerana sekirannya tidak dicegah perkara-perkara negatif ini maka ia akan menjadi lebih canggih, moden dan sukar dibenteras. Buktinya penjenayah kita juga semakin moden, mereka kini bersenjata api dan agresif., Malah ada yang mampu menghasilkan letupan yang dasyat hanya menggunakan bahan daripada bunga api yang dimampatkan dalam sebuah peti simpanan ais. Oleh itu Masyarakat harus menjadi moden, progersif dan liberal pemikiran nya tetapi didalam acuan yang positif dan menjadikan agama sebagai panduan nya.

p/s: Akibat kemajuan juga maka Datuk Seri S Samy Vellu telah dapat menjalani pembedahan menarik rambut yang menghasilkan senyuman perasan apabila ada orang mengatakan usia beliau 10 tahun lebih muda. Diharap berita ini bukanlah gimik politik sempena pilihanraya di Ijok nanti.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin