Malaysia Tanah Airku....

April 07, 2007

Blog Lagi...


Saya ingat isu separuh masak yang dibangkitkan oleh Datuk Shaziman Abu Mansor untuk mendaftarkan blog sudah berakhir, tetapi sangkaan saya jauh meleset apabila Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin menyuarakan sokongan terhadap cadangan tersebut, malah ingin meniru budaya menyekat makumat membidas kerajaan yang diamalkan oleh Singapura. Walaupun tujuan asal untuk mendaftarkan blog ini adalah satu tujuan yang murni, tetapi yang membimbangkan ialah sekira nya kawalan berita dari blog ini akan hanya memberi kelonggaran untuk berita-berita yang enak-enak mengenai kerajaan sahaja.

Anggapan beliau bahawa keperluan untuk mendaftarkan blog yang memuatkan hiburan atau komentar sosial mungkin tidaklah sebegitu besar sebagaimana blog yang didorong oleh politik juga amat menjengkelkan. Adalah amat pelik apabila Dato Seri Zainuddin Maidin mengatakan Blog berkaitan komentar hiburan dan sosial tidak sebegitu besar impak nya berbandigkan Blog politik. Ingin ditanya, bagaimana kah pendirian kerajaan dengan Blog-blog hiburan berbentuk lucah, gay, lesbian, black metal, punk dan lain-lain yang jelas lebih memudaratkan bangsa Malaysia? Kalau hendak dibandingkan komentar politik, yang rata-rata menyuarakan pendapat dan pandangan peribadi tidaklah sangat mendatangkan impak yang besar kepada masyarakat. Yang pasti ia akan memberi kesan kepada individu tertentu yang memakan cili sahaja, lalu terlompat-lompat kepedasan.

Adakah kerana takut kuasa dan pengaruh mereka terjejas akibat imej yang tercalar, maka tindakan penguatkuasaan pendaftaran blog tiba-tiba hendak didaftarkan? Ternyata orang-orang politik lebih penting dijaga dari diri anak-anak bangsa Malaysia sendiri. Kalau tindakan ini mampu dibuat oleh kerajaan, syabas diucapkan tetapi kenapa kerajaan selama ini tidak mampu bertindak aggresif terhadap laman-laman berunsur lucah, lucah, gay, lesbian, black metal, punk yang terlebih dahulu popular di kalangan rakyat Malaysia? Oleh itu ternyata tindakan kerajaan dalam melaksanakan undang-undang ini ternyata tidak ikhlas dan boleh dipersoalkan.

Pendapat peribadi saya, kerajaan hanya mampu untuk mengawal selia dan mendaftar blog-blog yang dibuka atas domain persendirian yang berdaftar di dalam negara, Kerajaan tidak akan berjaya menguatkuasakan peraturan ke atas blog-blog “provider” yang berpengkalan di luar negara, kecuali kerajaan mengambil alih pengurusan blog-blog tersebut ataupun mengubal dasar dan peraturan dunia. Walaubagaimanapun terdapat satu lagi cara yang boleh dibuat iaitu mengambil langkah terbelakang iaitu dengan menghadkan penggunaan internet di kalangan masyarakat Malaysia atau lebih senang mengharamkan terus penggunaan internet !!!!!

p/s: Gajah di depan mata, Kuman juga yang dia nampak..sebab gajah pi main jauh-jauh, tapi kuman buat dia sakit……

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin