Malaysia Tanah Airku....

March 06, 2007

Hanya Jauhari Mengenal Manikam

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Mohd Johari Baharum mengeluarkan kenyataan berikut :

1 - Pembebasan itu dibuat kerana polis tidak menyiasat dengan betul dan tiada bukti mencukupi.

2 - Beliau berkata sejak akhir-akhir ini juga, polis didapati tidak mengikut SOP dalam menjalankan siasatan. Mengikut SOP, polis hendaklah mengemukakan fail dalam tempoh 45 hari dan beliau mempunyai 15 hari untuk membuat keputusan sama ada hendak menahan atau membebaskan tertuduh.

Saya hanya ingin membangkitkan persoalan, kenapakah perkara ini baru “disensasikan”, setelah Datuk johari dituduh rasuah?

Kalau benar dakwaan beliau bahawa, polis tidak menyiasat dengan betul dan tidak mengikut SOP, Datuk Mohd Johari Baharum sebagai pegawai tinggi kerajaan yang bertugas pula di Kementerian Keselamatan Dalam Negeri sepatutnya mempunyai suara untuk mempertikaikan apa yang berlaku.

Agaknya kalau tidak keluar lah berita yang dilapurkan oleh laman Blog berkaitan yang menuduh beliau disogok, pasti tidak timbul isu kepincangan polis didalam menjalankan tugas. Ternyata Datuk Johari hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan kepentingan awam.

Saya menyokong usaha pihak polis yang akan menyiasat untuk menjalankan siasatan dalaman mengenai kelemahan Tatacara Operasi Piawai (SOP) dalam menjalankan siasatan ke atas mereka yang ditahan mengikut Ordinan Darurat. Cuma saya berharap siasatan akan mencakupi semua ordinan, demi memastikan imej pihak polis terus dipandang tinggi.

Siasatan rasuah ini juga harus dilakukan dengan telus dan adil, bagi penulis blog yang terlibat diharap dapat sekiranya membantu pihak polis untuk menyelesaikan siasatan kes ini.

Datuk Johari pula bukanlah soal samada benar atau tidak dia terlibat dengan skandal rasuah ini, tetapi soalnya kenapa bila ‘Dicucuk Baru Melatah’ . Kalau benar beliau tidak bersalah, bak kata Perdana menteri kita Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mereka yang tidak melakukan amalan itu tidak perlu menyimpan perasaan risau.


p/s: Ternyata kepentingan diri sendiri melebihi dari tanggunjawab kepada bangsa dan negara.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin